mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, April 27, 2018

LADA SULAH - APA DIA?


Apakah dia LADA SULAH?. Lada sulah merupakan satu nama lain bagi LADA PUTIH (White pepper) yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Lada Sulah atau Lada Putih merupakan salah satu jenis rempah yang penuh dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Penanaman Lada (Piper nigrum) di Malaysia yang dipercayai berasal dari Barat-Daya India rempah daripada keluarga Piperaceae yang digunakan dengan meluas diseluruh dunia. Serbuk lada hitam digunakan sebagai perasa makananmerupakan produk buah daripada tumbuhan tropika jenis memanjat. Di Malaysia tanaman lada hitam banyak ditanam di Sarawak selain dari pada sedikit ditanam di Johor (Kulai), Pahang, Kedah dan juga Terengganu serta Sabah. Keluasan tanaman lada hitam di Malaysia adalah pada kadar sekitar 13,000 hektar dimana kebanyakannya ditanam oleh pekebun kecil terutama di negeri Sarawak. Tanaman lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Tanaman ini telah dibawa masuk ke negara kita oleh penjajah yang membawanya daripada negara lain. Kini tanaman lada masih merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan untuk kira-kira 67,000 penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. Keluasan purata kebun lada adalah 0.2 hektar (Setengah ekar). Lada Hitam banyak ditanam di beberapa daerah di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak mendapati anggaran luas kawasan penanaman lada ialah kira-kira 13,000 hektar. Di Johor Lada Hitam di tanam oleh beberapa pengusaha Cina di Kawasan Kulai dan Kluang. Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik lada pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang masing-masingnya bernilai RM113.2 juta dan RM120.0 juta. Hampir 98 peratus pengeluaran lada di Malaysia adalah di Sarawak. Pengeluaran untuk tahun 2004 adalah 20,000 tan metrik. Malaysia kini menduduki tangga kelima negara pengeluar lada dunia selepas negara Vietnam, India, Brazil dan Indonesia. Kira-kira 95 peratus perdagangan lada dunia adalah dalam bentuk lada hitam dan putih, manakala selebihnya adalah dalam bentuk oleoresin lada, minyak lada, lada hijau dan lada kisar. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Lada Sulah atau Lada Putih sebagai satu bahan rujukkan semua.



Lada Hitam dan Lada Putih adalah hasil daripada penanaman pokok lada yang ditanam dimana buahnya diproses menjadi dua bentuk lada. Buah yang masak perlu dipetik secara manual dengan memilih tangkai buah yang matang dan dimasukkan didalam bakul untuk dikumpulkan dipusat pengumpulan (Sila lihat foto disebelah). Lada hitam diproses dengan menjemur biji lada yang dipetik sehingga kering sepenuhnya sama ada dengan jemuran dibawah matahari atau kaedah oven pemanas eletrik sebelum digredkan dan dipasarkan. Bagaimana pun kini terdapat beberapa proses membuat lada sulah atau lada putih untuk menjadikan kualiti yang baik bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Lada sulah dijual dengan harga lebih tinggi daripada lada hitam kerana ia perlukan proses yang agak rumit dan jumlah berat yang kurang. Kini lada sulah banyak dijua didalam bentuk serbuk (powder) untuk diguna terus walau pun masih banyak yang dijual dalam bentuk biji dalam pek kecil-kecil. Lada Suah atau Lada putih paling biasa dihidangkan diatas meja direstoren atau hotel-hotel bersama kicap dan garam sebagai satu set kelengkapan yang mesti ada. Biasanya lada sulah ini akan dimakan dengan teur separuh masak dengan menabur lada sulah dan kicap bersamanya. Direstoren makanan segera seperti di McDonald, KFC dan Burger King juga disediakan pek kecil lada sulah untuk dimakan bersama menu hidangan dijual direstoren tersebut.


Bagaimanakah cara memproses lada menjadi lada putih atau lada sulah?. Ini kerana lada sulah amat enak dimakan dengan telur ayam separuh masak untuk sarapan pagi (Sila lihat foto disebelah). Lada mampu memberikan rasa pedas dan hilangkan bau hanyir pada telur ayam ini untuk dimakan. Lada merupakan salah satu tanaman yang boleh ditanam dan dibiakkan dengan semaian biji tetpi lebih mudah dan cepat membiakannya dengan KERATAN BATANG. Tumbuhan yang digelar sebagai ''The King of Spice'' ini disebut sebagau Merica di Indonesia dengan nama saintifiknya sinonim sebagai Piper albi Linn merupakan sejenis rempahratus kaya dengan kandungan kimia seperti minyak lada, minyak lemak (Fatty acid) dan juga ekstrak pati. Semenjak dulu lada iini diburu oleh pedagang-pedagang dari Eropah dan pelusuk dunia untuk dijadikan bahan perisa makanan yang unggul. Ini kerana selain rasa pedas didakwa lada sulah memberikan aroma yang enak dan membuka selera terutama untuk makanan berasaskan daging, telur dan sebagainya. Memproses lada putih melalui beberapa proses iaitu proses MERENDAM, MEMBERSIH, PENGERINGAN, PENGREDAN  dan juga PEMBUNGKUSAN serta proses PENYIMPANAN. Jika proses ini tidak dilakukan dengan baik maka kualiti lada putih ini kurang berkualiti dan menjejaskan pasaran.


Proses perendaman dalam membuat lada putih penting dilakukan dengan mana buah lada masak yang baru dipetik dimasukkan dalam karung goni direndam dalam air bersih yang mengalir selama 7 - 10 hari atau sekitar 8 hari untuk melembutkan kulit buah supaya mudah terlucut dari bijinya. Apa yang penting masa merendam ini  dimana pastikan air rendaman harus bersih dan sentiasa mengalir bertujuan menghasilkan lada yang berkualiti (putih bersih). Penggunaan air rendaman yang kotor dan tidak mengalir akan menghasilkan lada putih yang kurang baik dimana ianya kotor, warna kelabu kecoklatan. Selepas proses merendam dalam air mengalir maka ia dikeluarkan  dari karung dan dimasukkan dalam tampi atau dulang dimana perl dilakukan bahagian kulitnya dipisahkan dari biji dengan menggunakan tangan. Ianya kemudian lada tersebut dimasukkan dalam karung atau bakul pada air mengalir sambil digoyang-goyang supaya kulit hanyut atau terbuang keluar. Setelah biji bersih dari kulit dan tangkai buah maka ia ditoskan sampai airnya tidak menitis lagi. Pproses berikutnya adlah proses Pengeringan dimana biji lada bersih kemudian dijemur dibawah sinar matahari selama 3  7 hari sehingga smpai cukup kering. Proses Pengeringan biji lada dilakukan dengan mengunakan tikar atau lantai sesuai  jemuran yang dibuat lebih tinggi agar lebih efektif. Semasa proses ini sebaiknya diterbalikkan lada  atau ditipiskan dengan cara mempergunakan alat cakar dibuat dari kayu agar pada keseluruhannnya ia cepat kering dan rata. Apabila lada ini sudah cukup kering diperiksa dimana tandanya adlah semasa dipicit degan tangan menghasilkan bunyi seperti 
menggeretak dan bunyi pecah. Setelah lada cukup kering sebaiknya dikumpulkan dan ditampi dengan tampi atau dianginkan untuk membuang bahan-bahan yang ringan serta benda asing lainnya seperti tanah, pasir, daun kering, tangkai daun, serat-serat dan juga sebahagian dari lada ringan. Bila lada telah kering dan bersih maka is boleh dimasukkan dalam karung penyimpanan lain yang kuat dan bersih. Hasil kemasan kemudian disimpan disetor simpanan yang kering dan tidak lembab (Kelembapan sekitar ± 70%). Diperingkat kampong lazimnya guni ini diberi alas dari bauloh atau kayu setinggi ± 15 cm dari permukaan lantai sehingga bahagian bawah karung tidak terletak diatas lantai. Biasanya dari kajian dari 100 kg lada basah yang masih bertangkai apabila diproses hanya tinggal 25 - 40 kg lada putih sahaja. Kuantiti dan kualiti lada sulah atau lada putih yang dihasilkan bergantung kepada tahap kematangan buah, varieti dan kaedah pemprosesan yang dijalankan. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LADA SULAH... LADA PUTIH SAMA....
LADA HITAM... ADA KULIT LEKATNYA...
BIJI DIRENDAM... MENGALIR AIRNYA...
DIJEMUR PANAS... DISIMPAN LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1317, Hotel Hilton,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(23 Rejab 1439H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...