KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 5, 2018

MULBERI - BAGAIMANA TANAM

POKOK MULBERI (Morus spp) sebenarnya merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Moraceae. Ia juga dipanggil sebagai Mulberry tree, Bebesaran atau Kertau. Penulis blog melihat tanaman mulberi ini kali pertama pada sekitar tahhun 1980 di Ajil, Terengganu yang ditanam secara meluas untuk dijadikan makanan ulat sutera. Pokok ini mampu mengeluarkan buah yang juga boleh dimakan atau diproses. Tumbuhan Mulberi dari segi taksonomi mempunyai sebanyak 10 -16 spesies pokok dimana ia dipercayai berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia. Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing) dilaporkan kadar pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Daripada pemerhatian penulis blog semasa melawat ladang Mulberi di Thailand mendapati ketinggian pokok Mulberi jarang melebihi 10 - 15 meter dan biasanya akan dilakukan cantasan terkawal. Lazimnya daun pokok Mulberi berurat seperti jala dan bercuping serta bergeriji terutama di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah unik yang berbentuk majmuk yang mana ia mampu mencapai saiz panjang 2 - 3 cm dan 1.0 cm lebar iaitu hijau semasa muda bertukar kepada warna merah bila hampir masak dan ungu tua bila ranum. Buah mulberi ini adalah enak dimakan segar. Bagaimana pun penanaman di Malaysia dilaporkan ada sedikit masaalah dengan potensi penghasilan buah mulberi. Mulberi juga terkenal akan penggunaan bahagian daunnya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu terdapat tumbuhan dikenali dengan nama Andalas (Morus macroura) iaitu salah satu spesies Mulberi dimana pada batangnya sering digunakan untuk dibuat lantai rumah atau marble kerana kuat dan keras. Dari segi taksonomi kumpulan tumbuhan Morus ini sebenarnya sangat kompleks dimana terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga Morus Mulberi. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai tumbuhan mulberi dari segi penanaman dan kehebatannya.


Tumbuhan mulberi memang mempunyai banyak jenis dan spesisnya mengikut asal usul dan penyelidikan biakbaka yang dijalankan. Antara Mulberi yang diterima umum setakat ini seperti jenis dikenalni dengan nama botani Morus alba Linn atau pun dinamakan sebagai Mulberi Putih yang banyak ditanam di Asia Timur. Spesis kedua adalah Morus australis Poir atau pun dikenali dengan nama Mulberi Cina yang tumbuh dan banyak ditanam sekitar Asia Tenggara termasuk dinegara kita sedikit. Bgi spesis Morus celtidifolia Kunth pula banyak ditanam di kawasan Amerika Latin dan Mexico manakala jenis Morus insignis pula natif dan ditanam di Amerika Selatan dimana ia adalah hidup subur di lembah Amazon. Seterusnya adalah mulberi jenis Morus mesozygia yang juga dinamakan sebagai Mulberi Afrika tumbuh dengan banyak dikawasan Afrika Tengah dan Afrika Selatan khususnya yang hidup dibahagian negra Congo. Spesis lain iaitu Morus microphylla yang dikenali dengan nama Mulberi Texas banyak tumbuh dan ditanam di Mexico dan di Texas (USA). Jenis seterusnya adalah Morus nigra Linn dikenali dengan nama Mulberi Hitam yang tumbuh di Asia Barat Daya. Akhir sekali spesis mulberi yang ditanam adalah Morus rubra Linn atau ia juga dinamakan dengan Mulberi Merah yang ditanam sekitar Amerika Timur Laut. Apa pun biasanya tanaman mulberi ini memangbanyak bergantung kepada jenisnya dan kesesuaian iklim setempat.


Kaedah menanam pokok mulberi mudah dilakukan berbanding dengan tanaman lain. Ini kerana pokok mulberi boleh dibiakkan melalui dua kaedah iaitu KAEDAH TUT (Marcotting) dan juga Kaedah KERATAN BATANG (Stem cuttings). Dahan dan ranting pokok mulberi mempunyai struktur batang yang mudah untuk ditutkan dengan gunakan media tut yang sesuai. Apabila cukup masa maka akarnya keluar dan dipotong serta dimasukkan kedalam polibeg atau boleh terus ditanam diladang mengikut kesesuaian. Perlu disediakan benih tut dan keratan secukupnya untuk ditanam dalam kebun yang luas. Bagaimana pun jika ingin menanam pokok mulberi dalam pasu atau bekas khas sebaiknya menggunakan pasu yang besar diisi dengan media tanaman seperti tanah campuran 3:2:1 (3 bahagian Tanah, 2 pasir dan 1 baja organik) atau cocopeat. Sediakan lubang penanaman ikut kesesuain dan bubuh baja Muriatr of Potash serta baja organik dilubang penanaman. Masukan benih sedalam 3-4 inci dalam tanah dan padatkan. Peringkat awal penanaman perlukan air bagi proses pertumbuhan awal. Bagi benih yang dikutip dari keratan batang sebaiknya ia disimpan dulu dalam nurseri selama 4 minggu atau sehingga anakbenih mulberi tersebut mempunyai sekitar 10 helai daun baru boleh ianya dipindahkan keladang. Elakkan dari pokok bergoyang untuk elakkan akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya rosak. Lazimnya apabila anak pokok sudah masuk 2 bulan boleh dibaja NPK 15:15:15 dan sedikit baja organik sehingga pokok hampir matang. Pokok dewasa boleh ditabur baja NPK 12:12:17:2+TE untuk ia menghasilkan daun dan bunga serta buah (Jika sesuai). Lazimnya daun mulberi yang mana berwarna hijau disukai oleh beberapa serangga perosak. Kawalan dengan kaedah organik adalah disyorkan untuk tanaman mulberi ini.


Menanam pokok mulberi sendiri didalam pasu atau diatas tanah dikeliling rumah memang memberikan kelebihan kepada penanamnya. Ada laporan mendakwa dimana memang tidak rugi jika ada yang menanam pokok mulberry ini sebab ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan. Buah mulberi pula mengandungi asid citrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberri mengandungi bahan seperti Adenin, Amilas, Asid Suksinik, Karoten dan Kolin. Biji mulberri pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. Pendek kata pokok mulberi ini memang memberikan khasiat terbaik kepada penanamnya. Ada dakwaan dimana daun mulberri sangat baik untuk dijadikan sebagai pencuci mata yang bengkak. Caranya dengan anda merebusnya dan airnya perlu di sapu pada mata yang bengkak di awal pagi dan petang. Daun mulberri yang dikeringkan dilaporkan juga amat berkesan melegakan masaalah selesema, batuk, demam panas dan membersihkan dalaman badan. Ada kaedah bagaimana menggunakan daun mulberri iaitu dengan merebus daun kering dan minum airnya. Daun mulberri juga berkesan melegahkan gigitan serangga dengan menumbuk 6 helai daun hingga lumat dan tampal pada kesan gigitan.  Sementara itu jika kita ambil bahagian daun atau bahagian pucuk boleh dijadikan buat sayur masak lemak dan buat celup tepong untuk dijadikan makanan yang enak. Buah mulberi pula berkesan untuk menyembuhkan penyakit kronik pencernaan, meransang rembesan cecair gastrik, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut. Ada amalan dimana mereka yang demam sesuai sangat makan untuk penyembuhan. Sementara itu ada dakwaan dimana akar mulberi merawat penyakit asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil. Kulit pokok mulberi pula amat baik merawat masaalah sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis,menyingkirkan kahak dan mengawal tekanan darah tinggi. Sementara itu bahagian pucuk muda mulberi sesuai dijadikan sebagai ulam atau sayur tumis. Rasa seperti kangkung atau tutan tetapi tidaklah pahit. Apapun sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika menggunakannya sebagai ubat bagi mengelak daripada sebarang masalah yang tidak dingini.


Merujuk kepada industri benang sutera asli, dibeberapa negara pengeluar kain sutera bergantung kepada pokok mulberi untuk diberikan kepada ULAT SUTERA. 
Ulat sutera (Bombyx mori) juga dikenali dengan nama Ulat Sutera Pokok Mulberi adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi yang segar dari ladang. Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar dan makan dengan laju. Ia makan daun siang dan malam berterusan tanpa berhenti. Dengan itu mereka cepat membesar. Didapati apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap maka ianya bererti masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali biasanya badan mereka akan menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat dimana ini adalah menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera. Ulat sutera lazimnya menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1,000 hingga 3,000 kaki). Sekiranya ulat bulu dibiarkan mengigit keluar daripada kepompong secara sendiri maka benang sutera akan dipotong pendek dan sutera menjadi tidak berguna lagi. Maka dengan itu perlu kepompong ulat sutera akan direbus untuk membunuh ulat sutera dan memudahkan penguraian benang sutera. Ulat sutera itu sendiri sering kali dimakan. Kupu-kupu dewasa yang dibela untuk penghasilan sutera tidak boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu sutera atau ulat sutera mulberi dimana disebabkan sejarahnya yang lama dan dan kepentingan ekonomi aaka ulat sutera genom telah menjadi tumpuan kajian moden. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
POKOK MULBERI... BANYAK JENISNYA...
MUDAH DITANAM... TUT KERATANNYA...
ADA YANG BERBUAH... BERKHASIAT DIA...
KELILING RUMAH.. SESUAI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Mac 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...