mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, April 23, 2018

'AIR BOAT' IA SERBAGUNA

AIRBOAT atau Bot Udara ala Hoovercraft merupakan sejenis keenderaan serbaguna yang penulis blog ujicuba naik pada minngu ini di Muar, Johor. Inilah kali pertama penulis dapat menaiki kenderaan amphibia seperti ini bersama rakan-rakan dari MoA (Sila anda lihat foto diatas). Ujicuba ini dilakukan di Sungai Muar sehingga ke persisir laut Selat Melaka mengambil masa hanya 20 minit sahaja tetapi amat mengujakan kami yang kebanyakannya kali pertama menaiki boat seperti ini. Pemilik Kilang membuat bot hebat ini iaitu Tn Alwi memandu bot ini dengan kelajuan sehingga 38 knots diatas lumpur dan sekitar 30 knots diatas air. Kehebatan airbot ini dakwanya mampu memecut lebih 20% kelajuan diatas lumpur berbanding dengan kelajuan bergerak diatas air. Memang penulis dapat rasakan kelajuan ketika bergerak diatas lumpur yang mana ia lebih laju kerana kurang gangguan ombak dan geseran air. Bot yang dicat warna hitam gelap ini seberat 5 tan diperbuat daripada besi aluminium yang tahan karat dan ringan berbanding dengan bot besi dan lebih kukuh berbanding dengan bot fiber. Kos pembinaan memang sederhana tinggi kerana ia adalah buatan tempatan menggunakan injin terbaik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengalaman menaiki airboat ini sekadar berkongsi maklumat dengan pembaca blog.


Airboat yang nampak gagah ini dipasang dengan kipas besar dibelakangnya dengan dua kemudi besi yang memang akan menentukan arah pergerakan airboat ini (Sila lihat foto disebelah). Ia juga dipasang dengan injin 550 kuasa kuda dengan boleh bergerak diatas jalanraya, diatas lumpur dan juga didalam air. Bahagian bawah bot yang menggunakan bahan Teflon memang tahan lasak dimana setelah lebih 5 tahun airboat ini digunakan pun dakwanya ia masih dalam keadaan elok. Kawalan airbot ini dilakukan dengan mudah oleh mereka yang berpengalaman dimana kelajuan maksima dengan 6 penumpang mampu mencecah lebih 40 knots. Boat ini bagaimana pun boleh dimuatkan 12 penumpang tetapi kelajuan berkuangan sedikit. Bagaimana pun bunyi injin airbot ini sangat kuat dan dapat didengar dari jauh dikawasan lapang. Bagaimana pun apabila menaiki airbot ini memang ada yang dipasang alat khas untuk bercakap atau berkomunikasi kerana kekuatan bunyi injin memang tidak membolehkan penumpang bercakap. Airboat ini mampu bergerak kekawasan yang tidak boleh dijejaki oleh bot biasa kerana ia diberikan kuasa untuk bergerak daripada kipas dipasang dibelakangnya. Ia mampu bergerak didalam lumpur yang memang bota dan manusia tidak boleh sampai atau jejak didalamnya. Kehebatannya ia tidak menganggu sangkar ikan siakap yang dilalui berhampiran, belat, jaring ikan sungai dan juga ombak yang sedikit kerana tiada 'propeller' dan airboat bergerak dengan injin diatas sahaja.


Dalam mempastikan ia mampu bergerak dikawasan tiada air atau daratan hanya perlukan kawalan yang betul. Ini kerana kawalan angin dan kuasa yang dihasilkan oleh kipas besar dibelakangnya memberi kuasa untuk airboat bergerak hanya hala kehadapan sahaja (tiada gerakan reverse movement). Kemahiran untuk mengawal ketika membelok dan melalui kawasan lumpur tidak rata perlu dilakukan dengan baik. Gegaran akibat permukaan lumpur yang tidak rata atau pun ada kayu-kayu tidak menjadi masaalah kerana permukaan bawah adalah rata tidak seperti bot biasa yang berlekuk. Airboat ini sesuai digunakan untuk tujuan penguatkuasaan seperti memeriksa pencuri kerang dikawasan berlumpur yang mana bot biasa tidak boleh memasukkinya. Lazimnya 'pencuri kerang' ini akan gunakan sampan kayu yang ditolak dengan kaki untuk bergerak dan memungut kerang. Berat manusia memang tidak boleh bergerak didalam lumpur dipantai ketika air surat. Hanya airboat ini mampu sampai kepada mereka yang mencuri kerang dipantai berlumpur ini. Dimaklumkan dimana telkah dibuat penguatkuasaan terhadap pencuri kerang daulu dan mereka telah ditangkap dimana apabila mendengar bunyi kuat dari airboat ini sudah menakutkan pencuri ini.


Pemasangan kerusi dihadapan tempat duduk membolehkan penumpang selesa (Sila lihat foto disebelah). Bahagian hadapan yang mempunyai lantai rata membolehkan bot ini mudah untuk memunggah barangan atau pencuri kerang yang ditangkap diatas lumpur. Ia mudah juga untuk parking diatas simen dengan terus menaiki tebing jeti simen yang curam terus diatas daratan (Sila lihat foto dibawah sekali). Ini memang juga membolehkan airboat ini disimpan diatas daratan dalam rumah tertutup dan elakkan kerosakkan akibat terdedah kepada hujan dan panas setiap hari. Injin berkuasa yang dipasang membolehkan airboat ini bergerak dari air naik keatas daratan setinggi 10 kaki dari paras air dengan mudah dan berhenti diatas tapak simen dengan cekap. Bagaimana pun hanya mereka yang ada kemahiran untuk mengemudi sahaja mampu mengendalikan aksi seperti ini. Pengalaman penulis blog meligat airboat dan menaikinya amat memberi satu pengalaman terbaik. Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna. Wasallam!!!..
MENAIKI AIRBOAT... MEMANG LAJU DIA...
DIATAS LUMPUR... KELAJUAN BERGANDA...
SANGAT SESUAI... BAGI PENGUATKUASA..
INOVASI TEMPATAN... BUATAN MALAYSIA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Kuala Sungai Muar, Tg Agas,
Muar, Johor,
Malaysia.
(29 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...