KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 25, 2018

SAWAH SAGIL - SATU TINJAUAN

SAWAH SAGIL merupakan satu-satunya sawah padi yang terdapat di Kampong Sawah Sagil, Air Hitam di Daerah Batu Pahat. Ia merupakan satu sawah dibawah Luar Jelapang Padi yang mendapat sistem pengairan dibawah kawalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Batu Pahat. Penulis blog yang sempat membuat pemantauan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke sawah ini merasakan sawah ini boleh dimajukan lagi dimasa akan datang dengan beberapa penambah baikan infrastruktur di sawah ini (Sila lihat foto diatas). Sawah ini kecil sahaja berbanding dengan luas sawah dikawasan jelapang padi iaitu cuma 65.59 hektar melibatkan 122 lot dibahagikan kepada dua blok iaitu Blok A seluas 40.58 hektar dan Blok B seluas 25 hektar.  Dari segi status geras pula dilaporkan dimana sebanyak 101 lot telah bergeran dan bakinya 21 lot masih belum bergeran. Terdapat seramai 79 orang pesawah yang berdaftar di sawah ini dengan kelolaan oleh Jabatan Pertanian Batu Pahat dan PPK Parit Raja melibatkan unit Peladang 02 Sawah Sagil. Walau pun sawah ini kecil sahaja tetapi mendapat subsidi dari kerajaan yang banyak dimana pada tahun ini sebanyak RM288,585 diberikan melalui pelbagai skim subsidi tanaman padi demin mempastikan makanan ruji negara ini dapat dikeluarkan dalam negara. Pecahan subsiidi paling banyak adalah seperi Subsidi Bantuan Baja (RM249,233), Subsidi Bantuan Racun (RM26,235) dan subsidi bantuan bajak (RM13,117) dan tidak masuk subsidi Insentif Pesawah, Subsidi Harga Padi dan beberapa lagi. Datok Samsul yang merupakan ADUN kawasan ini member penerangan kepada KSU dengan menyatakan dimana sawah ini juga menanam 2 kali setahun walau pun mempunyai masaalah bekalan air sawah yang tidak menentu kualiti airnya. Ini kerana pada masa tertentu air yang dipam masuk kesawah terlalu berasid menyebabkan sawah mesti perlukan kapor yang banyak untuk meningkatkan kesuburan tanaman padi. Adalah menjadi harapan pesawah jika kerajaan dapat menambah baik sistem pengairan dan saliran disawah ini didalam usaha meningkatkan produktiviti padi untuk penanaman dua kali setahun. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis hasil tinjauan sawah di Kg Sawah Sagil, Air Hitam, Batu Pahat untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.


Sawah Sagil ini sama seperti sawah lain di Malaysia mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Ketua Kelomppok Sawah Sagil adalah Encik Hadi Jaaafar dibantu oleh Timbalannya iaitu Hj Sulaiman dan Setiausaha Kelompok iaitu Jamaludin. Bendahari pula adalah Encik Roshide dengan dibantu oleh AJK Kelompok iaitu Azlan, Amri, Robaie, Aladin dan Razali yang semuanya merupakan pesawah yang tegar disini.  Dari segi sejarah dinyatakan dimana 20% daripada pesawah disini adalah orang mendatang daripada Kedah dahulu tetapi kinni mereka semua telah menjadi 'Orang Johor' yang pastinya mereka telah menyokong pasukan bolasepak JDT dan bukan menyokong pasukan Kedah lagi. Jabatan Pertanian yang telah lama membantu pesawah disini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Jadual Penanaman Padi dengan menentukan tarikh kemasukan air, jadual menanam dan seterusnya membantu didalam menguruskan bekalan benih bersama PPK KAwasan. Sawah Sagil di Air Hitam, Batu Pahat ini sering disalah tafsir sebagai 'Sagil' yang berada di Daerah Ledang (Tangkak) iaitu satu kawasan yang amat jauh kedudukannya. Negeri Johor memang paling sedikit jumlah kawasan sawah dimana penulis blog yang pernah bertugas di Johor selama 14 tahun pernah melawat beberapa sawah di Johor yang masih aktif seperti Sawah Air Papan dan Sawah Endau di Mersing, Sawah Sg Balang di Muar, Sawah Ring dan Sawah Kesang Tasik di Ledang, Sawah Kahang di Kluang dan Sawah Sagil di Batu Pahat. Bagaimana pun dari segi panorama Sawah Ring adalah paling cantik kerana ia berlatarbelakangkan Gunung Ledang.


Dari tinjauan penulis blog mendapati varieti padi yang ditanam disawah ini adalah MR269. Hasil padi untuk musim 1/2017 adalah sebanyak 83.475 metrik tan yang bernilai RM100,170 dan hasil bagi musim 2/2017 sebanyak 201.78 metrik tan yang bernilai RM242,143. Ini menjadikan jumlah pengeluaran padi dari sawah ini sebanyak 285.1 metrik tan atau bernilai RM 342,313 pada tahun 2017. Dari segi produktiviti pula ia merupakan sawah yang agak kurang infrastrukturnya dengan produktiviti pada Luar Musim 2017 hanya 1.27 metrik tan sehektar dan produktiviti pada Musim Utama 2017 sebanyak 3.08 metrik tan sehektar. Produktiviti rendah pada luar musim disebabkan oleh kualiti air yang masam dan juga bekalan air kesawah yang tidak menentu akibat dari sistem pengairan kurang sempurna. Tanaman padi sanagt memerlukan air teruama sebelum dan selapas 'panicle initiation' dimana kelkurangan atau ketiadaan air menyebabkan penurunan hasil yang sangat ketara. Bagaimana pun dibeberapa sawah lain yang ada bekalan air mencukupi lazimnya penghasilan padi luar musim adalah lebih tinggi. Bantuan terbaharu untuk tahun 2018 terdiri daripada bantuan kapor dari Jabatan Pertanian sebanyak 1,600 beg dan upah menabur baja disumbangan oleh YB Adun Datuk Samsul berniolai RM11,200. Pesawah dijangka mampu menghasilkan padi lebih produktif dengan bantuan seperti ini (Sila lihat foto disebelah). Kemasaman tanah juga merupakan masaalah yang perlu diatas bersama JPS dengan mengalihkan sumber bekalan air di lokasi atas sawah padi disini.


Penulis Blog juga dimaklumkan Sawah Sagil amat popular didalam mereka memanafaatkan aktiviti riadah. Antaranya adalah dimana sawah ini beberapa tahun menganjurkan Jembori Riadan 'Remote Control' yang mendapat penyertaan dari seluruh negara (Sila lihat foto disebelah). Peminat Sukan dan aktivis seperti ini akan datang membawa kapalterbang kecil, helicopter, drone dan sebagainya untuk dipertandingkan dikawasan yang lapang. Sawah Sagil yang terletak berhampiran dengan lebuhraya PLUS membolehkan ia mudah dikunjungi kumpulan ini. Selain itu sungaii yang panjang disebelah sawah akan digunakan untuk pertandingan bot 'remote control' sebagai satu lagi tarikan aktiviti di sawah ini. Konsep Pelancongan Agrotourism juga sesuai dikembangkan dikawsan ini diman tanpa sebarang promosi ianya sudah ada pelancong tempatan yang datang disini. Bagi rakyat Johor sawah ini juga merupakan sawah yang paling Selatan boleh dikunjungi kerana tidak banyak sawah dinegeri ini. Pelancong dai Singapura juga ada yang datang untuk mereka melihat 'Pokok Beras' dengan melihatnya sendiri. Beberapa infra asas untuk Agrotourism perlu dibina dan dibuat promosi agar sawah ini mampu menjana pendapatan kepada penduduk tempatan. Semuga lawatan dan coretan penulis blog anim agro technology ini memberi info kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
SAWAH SAGIL... DI AIR HITAM LOKASINYA...
DILUAR JELAPANG... RENDAH HASILNYA....
PENDUDUK TEMPATAN...AMAT BANGGA...
LAWATAN DIBUAT... BANTUAN DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Sawah Sagil, Air Hitam, 
Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(28 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...