mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 14, 2018

RUMAH BURUNG WALET - KOMPONENNYA (Part 1)

INDUSTRI TERNAKAN BURUNG WALET merupakan satu industri yang kini mendapat perhatian ramai pihak sama ada usahawan tempatan dan kerajaan. Pada masa ini kaedah ternakan dengan pembinaan rumah burung walet meluas dibina diseluruh negara bermula selepas peristiwa Tsunami di Acheh kerana banyak burung dari negara tersebut yang berpindah ke Malaysia dari beberapa kenyataan jurnal yang dirujuk. Pada masa ini terdapat lebih daripada 22,000 buah rumah burung walet yang direkodkan diseluruh negara dari yang bersaiz kecil sehingga yang besar dan komplikated. Sarang ini dibina didalam bandar, pinggir bandar, dikawasan kampong sehingga didalam ladang-ladang kelapa sawit. Sistem penternakan dalam rumah ini mempunyai pelbagai eperluan asas bagi burung walet menetap didalamnya termasuk dengan selesa dan selamat (Sila lihat foto diatas). Ini termasuk kayu kukuh yang disusun dibahagian bumbung rumah walet untuk dibina sarangnya dan kolam air untuk memberi keselesaan dan sistem pengudaraan yang sempurna. Dipasang juga sistem bunyi yang mana ia boleh menarik burung walet untuk masau kedalam rumah yang baru dibina. Produk sarang burung walet kini dijual dengan purata diantara RM800 - RM5,000 sekilogram bagi produk berkualiti mengikut gred. Penulis blog yang banyak kali membuat lawatan pemantau kerumah burung walet mendapati ia dikawal dengan baik oleh pemiliknya dengan memasang ciri keselamatan daripada gangguan perosak dan manusia. Antara ciri keselamatan seperti memasang pagar keselamatan dan pintu kebal serta kamera TV tertutup. Apa pun artikel malam ini sambil menonton TV Astro 801 Sukan Komanwell Gold Cost 2018 saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai beberapa info asas komponen untuk sarang burung walet bagi dijadikan bahan bacaan dan juga bahan rujukkan anda semua.


Komponen Fizikal Bangunan Burung Walet melibatkan struktur yang dibina dengan kukuh dengan sistem lengkap didalamnya untuk memberikan keadaan kondusif bagi burung walet ini tinggal. Lazimnya rumah walet ini dibina bila mencipta habitat mikro burung walet dengan tujuan menduplikasi persekitaran gua (Sila lihat foto disebelah). Pengusaha perlu menperhatikan komponen fizikal dan bukan fizikal bangunan yang dibina bertingkat-tingkat ini. Apa yangg paling asas adalah pemilihan lokasi untuk membina rumah walet ini dimana ada kemudahan asas seperti jalan, bekalan air, eletrik dan sebagainya. Bagaimana pun faktur lain seperti keujudan makanan, keselamatan, permit binaan, gangguan kepada penduduk dan sebagainya perlu diambil kira. Jika ia ingin dibina didalam kawasan bandar dengan ramai orang yang tinggal disekitarnya perlu dilihat faktur kebersihan dan keselamatan. Ini kerana banyak burung walet yang terbang dikawasan rumah walet akan menghasilkan tinja (tahi burung) yang mungkin menyebabkan kekotoran disekitarnya. Ada pengusaha yang membina rumah walet ditengah-tengah ladang kelapa sawit dimana faktur gangguan kepada manusia kurang risikonya. Burung walet mampu terbang jauh untuk mencari makanan dan akan kembali kesarangnya pada lewat petang dan pada esok harinya akan keluar lagi terbang mencari makanan di udara.


Penulis blog cuba membincangkan komponen-komponen penting untuk pembinaan rumah burung walet seperti LANTAI BANGUNAN, DINDING BANGUNAN, SILING DAN BINGKAI, KAYU, PLAT ALUMINIUM, ATAP dan LUBANG VENTILASI. Apa yang penting adalah rumah dibina mempunyai tahap keselesaan dan keselamatan untuk burung walet membina sarang didalamnya. Apa yang penting juga didalam membuat rumah burung walet dapat bintang 5 supaya burung walet cepat bersarang banyak. Untuk Lantai Bangunan ada juga setengah pengusaha sarang membiarkan lantai tanah tanpa sebarang struktur atau penutup. Walaupun lantai tanah lebih asli dan mungkin ianya lebih baik dari segi kes penstabilan kelembapan dalam rumah tetapi untuk aktiviti kebersihan susah di kekalkan dan senang menjadi lumpur. Kebanyakkan pengusaha sarang walet mengguna pakai lantai simen yang berkualiti dimana bermakna lapisan bawah diikat dengan batu-bata dan kemudian permukaan lantai dipasang BRC dan disimen (Sila lihat foto disebelah). Lantai simen ini adalah lebih mudah dilakukan aktiviti menjaga kebersihan. Lantai simen konkrit ini juga membolehkan mencegah pencuri sarang mengorek untuk masuk mengambil sarang burung. Bagaimana pun penulis blog ada juga melihat beberapa rumah walet ini terutama di rumah-rumah yang suhu dan kelembapannya ada masaalah mereka akan meletakkan selapis tanah tebal di atas lantai simen boleh membantu untuk mencapai suasana yang ideal.


Sebaiknya untuk komponen Dinding Bangunan rumah burung walet satu tingkat biasanya di buat setinggi 4-6 meter sementara rumah 2 tingkat tinggi dindingnya di antara 8 - 10 meter. Semakin tinggi bagi rumah maka semakin selesa bagi burung-burung bergerak didalamnya. Dinding perlu di perkuatkan dengan bata, simen konkrit dan diplaster untuk mencegah penceroboh (Sila lihat foto disebelah)Dinding rumah sarang sebaiknya di buat tebal dengan batu bata dikedua-dua sisi. Batu-bata yang perlu digunakan dinasihatkan jenis batubata merah dan bukan blog simen pasir. Tujuan dinding batu bata tebal ialah untuk menahan bunyi bising dari luar yang menganggu burung, mengawal suhu dan kelembapan dalam rumah walet. Untuk bahagian luar dinding dinasihatkan untuk di plaster 2 kali. Lapisan pertama diplaster dengan campuran simen, pasir, dan kapur dengan nisbah 1:3:9 dan juga lapisan kedua boleh diplaster dengan simen saja. Dinding dalam pula diplaster kasar dengan campuran kapur, pasir, dan simen merah dengan nisbah 1:3:1. Simen merah yang dibuat dengan serpihan batu-bata merah boleh membantu mengawal kestabilan kelembapan rumah sarang burung. Kombinasi plaster dinding dalam menghasilkan tekstur kasar. Dinding kasar lebih senang bagi anak walet yang baru belajar terbang bertenggek di dinding rumah. Dinding dalam rumah burung tidak boleh dicat langsung sebab burung walet sangat sensitif terhadap bau cat. Apa yang penting adalah komponen Siling dan Bingkai dalam rumah walet. Secara umum jenis kayu tua dan kering iaitu dari jenis tahan lama merupakan bahan terbaik untuk buat siling dan bingkai rumah burung. Kayu-kayu itu perlu di dalam keadaan secara semulajadi dimana JANGAN DICAT atau disembur dengan sebarang bahan kimia. Kebanyakkan sarang-sarang akan dibina diatas bingkai-bingkai ini. Sebab ini, kayu bingkai dibiarkan kasar supaya senang bagi burung walet membuat aktiviti menampalkan sarangnya. Pemilihan jenis Kayu juga penting. Papan kayu boleh diguna untuk siling, sedangkan kayu jenis Albasia sesuai dipasang sebagai bingkai. Jenis kayu yang terbaik untuk membina rumah sarang burung masih dibuat kajian saintis. Kayu jati memang tahan lama dan sesuai akan tetapi kekurangan kayu ini dan harga mahal menjadikannya sukar untuk digunakan dalam industri sarang. Lagipun bau kayu jati tidak berapa digemari oleh burung walet. Kayu albasia ini bertekstur kasar dan lembut, senang untuk kuku burung walet menembusi dan membuat sarang. Lagipun lazimnya pokok ini cepat tumbuh dan harganya pun berpatutan. Malangnya kayu Albasia ini senang lapuk di dalam keadaan kelembapan tinggi. Serpihan kayu lembut ini boleh tercampur di dalam sarang burung dimana ini adalah salah satu menjadikan kualiti sarang burung menurun. Banyak jenis kayu jenis lain pula akan menukarkan warna sarang-sarang menjadi coklat.


Teknologi penggunaan Plat Aluminium difikirkan bolen untuk mengatasi kelemahan kayu-kayu sebagai bahan bingkai. Kini bahan komponen struktur plat aluminium telah diuji dan didapati memang mempunyai beberapa kelebihan seperti ia adalah sangat tahan lama, kejadian kes berkulat dan lapuk tidak akan menjadi masalah (Sila lihat foto disebelah). Oleh kerana logam ini kalis air maka cendawan dan lumut tidak boleh tumbuh di atas. Dalam keadaan yang lebih lembap biasanya burung walet menyukainya. Aluminium juga tidak berinteraksi dengan sarang dimana ia membolehkan warna sarang tetap kekal warna putih. Bahan ni juga adalah lembut dan ringan dan sangat senang untuk kerja memasang. Selain itu kelebihannya dimana ia senang dibeli dari pasaran sama ada aluminium baru atau kitar semula dari pengunaan lain. Kelebihannya kerana aluminium memang boleh di buat dalam ukuran berlainan untuk tujuan mencapai pembinaan sarang optimum. Plat aluminium yang berukuran 40 - 50 cm didapati sesuai untuk pembinaan sarang-sarang. Sebelum memakai aluminium sebagai bingkai disyorkan agar lebih baik permukaan plat dicalar-calar atau digoreskan supaya senang untuk burung mencengkeraminya. Jarak antara goresan lebih kurang 10 cm dimana dilakukan sebanyak 4 goresan boleh di buat di atas plat aluminium yang berukuran 50cm lebar. Seterusnya sebanyak 4 sarang boleh ditampal melebar lebarnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Sila baca sambungan artikel ini pada Part 2. Wasallam!.
RUMAH WALET... ADA KOMPPONENNYA...
LANTAI DISIMEN... BINGKAI DIDALAMNYA...
PLAT ALUMINIUM... TAHAN STRUKTURNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(25 Rejab 1437H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...