KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, October 5, 2016

KOTAK MADU KELULUT - PERLU DIPERIKSA

PENTERNAKAN KELULUT (Trigona spp) kini merupakan satu industri yang semakin menarik ramai usahawan di Malaysia. Terdapat beberapa spesies kelulut yang popular diternak dikalangan ushawan iaitu Trigona itama dan Trigona thoracica. Pada masa artikel ini ditulis terdapat situasi dimana serangan perosak kelulut merupakan satu cabaran yang sedang ditangani oleh semua pihak. Serangan oleh serangga Lalat Soldadu Hitam (Hermetia ilucens) atau dikenali dengan nama Black Soldier Fly (BSF) dan serangan oleh Kumbang Pendebunga (Haptoncus luteous) baru-baru ini telah merosakkan banyak koloni kelulut di Semenanjung Malaysia. Serangan dilaporkan serius dinegeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang serta beberapa negeri lain selepas musim panas dan kemarau panjang akibat El-Nino kemudian diikuti dengan hujan semenjak bulan Mei 2016.Penulis dalam beberapa lawatan dan tinjauan ke lokasi dimana berlaku serangan oleh BSF dan Kumbang Pendebunga mendapati kesan perubahan suhu yang ekstrim merupakan diantara punca serangan berlaku. Sebagai contoh di kawasan Pahang Tengah yang tidak menerima hujan  serta suhu tinggi selama 4.5 bulan dari Januari sehingga Mei dimana ini menjadikan ia mampu menghasilkan koloni kelulut dan madu yang agak banyak. Bagaimana pun kejadian hujan berlaku pada bulan Jun menyebabkan beberapa lokasi penternakkan kelulut di Daerah Temerloh, Bentong, Kuantan dan Maran diserang BSF. Sementara itu serangan oleh kumbang pendebunga dilaporkan berlaku di Daerah Pekan dan Kuantan terutama dikawasan persekitaran pokok akasia. Penulis dalam usaha memberikan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal juga memberitahu beberapa langkah pemeriksaan pada semua koloni kelulut mesti dilakukan sekerap mungkin. Ini kerana jika tidak dijalankan pemeriksaan rapi dan kerap akan terus menyebabkan serangan akan menjadi lebih teruk lagi. Hujan yang turun membolehkan persekitaran menjadi kondusif untuk proses pembiakan perosak tersebut. Artikel Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pentingnya dilakukan aktiviti pemeriksaan yang kerap pada koloni kelulut untuk kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan perosak dan masaalah berkaitan.


Antara faktur lain mengapa berlaku 'tarikan' untuk perosak seperti BSF dan Kumbang Pendebunga ini apabila kantung madu telah pecah (Sila lihat foto disebelah). Kantung Madu yang telah pecah ini selalunya akan menyebabkan madu meleleh dalam log atau kotak madu dan akhirnya menjadi bau masam (asidic smell) yang amat disukai oleh lalat BSF dan Kumbang Pendebunga. Perosak ini akan berusaha untuk masuk kedalam koloni kelulut melalui lubang masuk utama atau ruang lain yang ianya boleh masuk. Ia aakan bertelur san seterusnya larva kedua-dua perosak ini akan merosakkan sarang dengan makan madu, lilin, propolis, pollen dan sebagainya. Keujudan serangga BSF dan Kumbang Pendebunga ini dikawasan berdekatan akan membolehkan ia cepat menyerang koloni kelulut jika pemeriksaan jarang dilakukan. Umumnya penulis dapati keadaan persekitaran yang tidak bersih (poor sanitation) akan membolehkan ia meengundang BSF serta perosak yang lain untuk menyerang. Keujudan reban ayam kampong dimana najis bertaburan juga dilaporkan antara punca serangan BSF. Ini kerana tahi ayam adalah antara lokasi favorite bagi pembiakan BSF. Keadaan persekitaran yang lembab dan redup juga antara faktur serangan BSF dan beberapa serangga perosak lain.


Dalam pada penulis membuat tinjauan teliti, didapati keadaan log kayu kelulut yang tidak kemas dimana ada lubang atau rekahan atau rengangan membolehkan BSF, Kumbang Pendebunga dan perosak lain masuk kedalamnya.Kotak Madu lama yang rengang memudahkan serangga dewasa dan larva masuk kedalamnya (Sila anda lihat foto disebelah). Pembuatan kotak ini perlu dipastikan ia kukuh dari bahan kayu yang kuat. Pemeriksaan perlu dilakukan sentiasa jika ada rekahan sama ada ia boleh dipaku semula atau pun ditutup dengan bahan tampalan yang kuat dan kukuh. Ada sesetengah penternak kelulut yang tidak teliti akan kejadian ujudnya ruang atau lubang pada kayu log dan kotak madu jika tidak diperiksa selalu. Dalam kes lain penulis dapati ada lubang atau ruang diantara kayu log dengan bahagian bawah kotak madu. Iini membolehkan serangga perosak BSF dan perosak lain masuk dengan mudah tanpa disedari. Walau pun lazimnya koloni kelulut akan cuba menutup ruangan tersebut tetapi jika saiznya besar akan memberi ruang mencukupi untuk seranggan perosak menceroboh. Paling perlu diperiksa juga adalah jika log kayu yang digunakan sudah mula mereput. Kayu yang mereput in adalah lembut dam memudahkan pencerobohan perosak terutama jenis perosak 'decomposer' seperti BSF. Gantikan log layu yang hampir mereput dengan kayu log lain yang sesuai jika boleh dilakukan. Pemeriksaan dan penandaan umur log kayu perlu dilakukan sebagai inventori.


Kerja pemeriksaan log kelulut perlu dijalankan mengikut jadual dan kekerapan kepada semua yang ada dalam apiari. Semasa membuat pemeriksaan dan menuai madu juga juga amat penting untuk TIDAK MEMBUKA TERLALU LAMA penutup kelulut tersebut. Jika penutup itu dibuka untuk satu jangkamasa lama membolehkan perosak seperti BSF dan kumbang pendebunga dan perosak dewasa lain akan masuk tanpa disedari. Ada juga penternak yang sering menggunakan alatan yang sama untuk menyelenggara koloni kelulut. Berkemungkinan ada alatan yang digunakan membawa larva BSF dan larva kumbang pendebunga kekotak lain yang masih sihat. Penggunaan peralatan perlu dikawal agar tidak menjadi punca merebaknya serangan perosak kelulut. Keseluruhan log kelulut perlu diperiksa daripapa ia diserang perosak yang boleh lebih merugikan pengusaha. Jadualkan pemantauan setiap koloni dan rekodkan dengan sistematik setiap log kelulut dari semua aspek dari tahap pengeluaran madu, kadar kes serangan oleh perosak, kecacatan pada struktur dan juga aktiviti harian koloni kelulut. Hanya koloni yang sihat, kuat dan bilangan koloni yang kuat akan memberikan hasil madu yang banyak, berkualiti dan memberikan pendapatan lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

PELIHARA KELULUT... PERLU DIPERIKSA...
LEBIH KERAP DIBUAT... LEBIH BERJAYA...
ADA PEROSAK... PERLU DIKAWAL SEGERA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT BANYAK IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut Tanah Putih,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(2 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...