Support My Blog

Saturday, October 1, 2016

KOPITIAM - SATU INDUSTRI

KOPITIAM atau 'Kopi Tiam' adalah satu perkataan yang semakin polular masa kini dan satu industri yang hebat dimana ianya telah ujud semenjak beratus tahun dahulu di rantau Asia Tenggara. Ia merupakan kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang asalnya didominasi oleh kaum China. Pada penulis perkataan "kopitiam" merupakan gabungan diantara dua perkataan iaitu perkataan "KOPI" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi "KEDAI" atau disebut sebagai "TIAM". Ini bermakna perkataan kopitiam kalau diterjemahkan adalah 'Kedai Kopi' yang sememangnya ada ditulis pada papan tanda kedai tersebut. Pada masa dulu oleh kerana ramai pengujung adalah orang tua (dewasa) sahaja dan kurang orang muda datang berkunjung. Mereka yang suka minum sambil berbual-bual setelah penat bekerja seharian dikebun lazimnya masyarakat tempatan berkumpul dikedai ini untuk berehat, berjumpa dengan rakan-rakan dan berbual panjang mengenai isu semasa. Beberapa buah kedai kopi atau kedai Kopitiam ini diujudkan dikawasan iaitu di bandar kecil yang beroperasi daripada subuh pagi sehingga lewat malam. Penulis yang berasal daripada Pekan Gersik, Muar, Johor mendapati di pekan kecil ini ada 3 buah kedai kopitiam dan satu buah Kedai Mamak. Konsep kedai mereka adalah sama diantara Kedai Kopi Tiam dengan Kedai Mamak hanya dibezakan jenis makanan dan minuman yang dihidangkan secara tradisional. Bagaimana pun kedua-dua outlet makanan yang popular di Malaysia kini telah berubah wajah dan konsep dengan lebih canggih dan moden. Kalau dahulu sesiapa yang pergi kedai kopitiam tradisional dianggap sebagai 'low class' berbanding mereka yang makan dan bersembang di Restoren, Hotel atau di Kompleks Beli Belah. Tetapi kini kedai kopitiam berada dalam kelasnya tersendiri dengan lebih menarik, moden, makanan yang beraneka jenis dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan umur daripada orang muda kepada orang tua. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu kupasan mengenai KOPITIAM berdasarkan kepada pengalaman, pemerhatian dan juga beberapa bahan rujukkan. 


Apa yang unik didalam kedai kopitiam tradisional adalah jenis makanan dan minuman yang dihidangkan. Secara asasnya makanan yang dihidangkan adalah ROTI BAKAR dan minuman yang asasi adalah KOPI. Roti Bakar dikedai kopitiam ini dibuat daripada roti potong yang lembutt dibakar sekeping-sekeping diatas oven atau bara kayu arang dan kemudian disapu dengan perasa planta, majerin, kaya kelapa, kaya perasa lain dan sebagainya. Ia dipotong dua atau dipotong empat dan dihidangkan dalam pinggan ceramik yang cantik buatan tempatan atay buatan China (Sila lihat foto disebelah). Enak dimakan semasa suam panas, roti bakar berperisa ini memang mengenyangkan jika diambil bersama minuman. Ada dikalangan pelanggan akan menambah pesanan makan roti bakar ini jika mereka duduk dan berbincang dikedai kopitiam ini untuk jangkamasa lama. Bagaimana pun kini telah ada makanan lain dikedai kopitiam seperti mee, mee hoon goreng dan sebagainya. Dari segi minuman pula KOPI (Coffea spp) dihidangkan dalam bentuk Kopi-O (Tanpa susu) atau Kopi (Kopi dengan susu pekat), Minuman Milo, Horlicks atau minuman lain yang berasaskan teh.  Air kopi ini akan dibancuh panas didalam cawan kecil daripada ceramik yang cantik berbunga-bunga. Cawan kecil ini didapati agak lama menyimpan kepanasan kopi yang dihidangkan. Bahan kopi campuran yang digunakan untuk kedai kopitiam lazimnya dibancuh khusus oleh [engilang kopi dimana penulis telah melawat lebih daripada 25 buah kilang kopi diseluruh negara. Mereka menggunakan pelbagai formulasi untuk pembuatan kopitiam tetapi lazimnya mereka menggunakan kopi jenis robusta yang diimport dan ada yang menggunakan kopi liberica (tempatan). Formulasi kopitiam berbeza dengan kopi campuran, white coffee, kopi herba dan sebagainya. 


Berbeza dengan Kedai Kopitiam Moden yang terletak di Premis Kompleks Perniagaan dan Kedai Besar, ianya telah disesuaikan dengan konsep kehidupan moden dan terkini. Kedai ini sama taraf dengan rantaian restoren antarabangsa seperti Restoren KFC, Starbuck, Big Mac dan sebagainya dari segi persembahan. Restoren yang strategik ini walau bagaimana pun selalunya akan menyediakan Menu dan senarai harga dan menawarkan harga lebih tinggi dari segi makanan dan minuman berbanding dengan kedai kopitiam tradisional. Menu yang dipaparkan mempunyai berpuloh jenis minuman dan makanan dan kadang kala ada yang sampai beratus pilihan. Jenis makanan yang dihidangkan juga termasuk makanan tradisional, makanan moden dan makanan barat. Sebut sahaja mengenai makanan panas ada dijual mee goreng, nasi goreng, mee kari, kuehtiow goreng, pelbagai jenis kuih dan sebagainya. Harga yang dotawarkan juga lebih mahal daripada kedai kopitiam tradisional dan dikenakan GST serta cukai-cukai lain. Melihat kepada suasa persekitaran selalunya ia mempunyai susunan meja dan kerusi yang mahal, ada sistem penghawa dingin, internet dan WIFI percuma dan menyediakan pekerja yang muda dan digaji tetap. Tarikan WIFI percuma ini berjaya menarik ramai gulungan muda untuk berkunjung di Kopitiam Moden dan menghabiskan masa lama. Ada juga kalangan beberapa ahli perniagaan yang suka makan dan berbincang perniagaannya di kedai kopitiam moden. Kini Kedai Kopitian menjadi satu industri yang hebat sebaris dengan rangkaian premis makanan segera antarabangsa.


Kopitiam di Malaysia memang boleh dijumpai di merata tempat di Malaysia. Istilah kopitiam di Malaysia merujuk kepada kedai kopi Cina yang lazimnya hanya menawarkan sajian Cina Malaysia. Kopitiam dalam zaman moden adalah sejenis "kopitiam baharu". Kelarisan kopitiam bergaya lama serta minat masyarakat terhadap tema nostalgia serta kenaikan dalam pendapatan telah mencetuskan kebangkitan jenis pseudo-kopitiam ini. "Kopitiam baharu" ini merupakan kedai makanan segera yang menampilkan gaya kopitiam lama dari segi hiasannya, tetapi lazimnya dibina dalam latar yang lebih moden dan bersih seperti pusat beli-belah dan bukannya rumah kedai. Bagi menawarkan pengalaman kopitiam sejati, kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya dan telur rebus. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara. Perbezaan antara kopitiam di Malaysia dan Singapura. Konsep perniagaan Kopitiam semakin popular sebagai satu industri makanan setanding dengan nama-nama besar dalam rantaian makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...

KEDAI KOPITIAM... IDENTITI MALAYSIA...
JENIS TRADSIONAL...MODEN PUN ADA...
SEMUA ORANG... SUDAH MENERIMA...
BACA ARTIKEL... DIKUNJUNGI SEMUA...

By,
My Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Sungai Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...