KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, October 18, 2016

JERING DAN KEGUNAANNYA

JERING (Archidendron jiringa) adalah sejenis makanan jenis ulam  yang dimakan bersama-sama nasi. Ulam Jering bagi penduduk negara ini adalah salah satu ulam popular dalam hidangan nasi. Jering ini diminati dikalangan penduduk luar bandar dan agak kurang oleh penduduk bandar kerana bila makan jering akan menyebabkan air kencing berbau kuat sama seperti makan petai. Cara memakan jering juga sama ada di makan segar, dicelur dengan air panas, digorenga atau sebagainya dioleh mengikut kreativiti masyarakat tempatan. Orang Indonesia yang menamakan jering sebagai 'Jengkol' mempunyai lebih banyak variasi memakan jering. Penulis dapati bagaimanapun bagi masyarakat di Negeri Terengganu jering bukan sekadar ulam untuk dicicah dengan sambal belacan, malah ia dijadikan makanan ringan ketika waktu santai atau ketika kenduri-kendara. Mungkin bagi sesetengah orang tidak boleh membayangkan bagaimana jering yang rasanya pedar itu dijadikan makanan ringan. Dalam satu laporan akhbat tempatan ia menyatakan ada seorang warga emas iaitu Encik Ali Umar berumur 76 tahun dimana beliau menjadikan jering sebagai dijadikan makanan ringan. Jering tersebut mula-mula dikutip datipada pokok dan dibuang kulitnnya. Ia kemudian direbus terlebih dahulu dan seterusnya akan dihidang dengan kelapa parut. Resepi ini yang merupakan kegemarannya dan kegemaran beberapa penduduk tempatan membolehkan beliau menjadikan jering rebus sebagai sumber rezeki dan perniagaannya. Dia yang merupakan peniaga jering rebus memberitahu, makanan itu amat popular di kalangan masyarakat di sini sehingga mendatangkan 'rezeki semusim' kepada peniaga dan peraih. Lazimnya aktiviti penjualan jering rebus hanya dijalankan untuk tempoh tiga bulan sahaja dalam setahun iaitu ketika musimnya berbuah. Artikel subuh ini penulis paparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai jering dan kegunaannya sebagai satu sumber ilmu kepada pembaca semua.

Musim pengeluaran hasil jering yang bermusim setiap tahun biasanya dari akhir bulan September hingga Disember. Encik Umar Ali akan akan berniaga jering rebus di gerainya di Kampung Kemunting Kuala Terengganu mengikut musim sahaja (Sila lihat foto disebelah). Jering rebus kini dijual bersama kelapa parut dengan harga sekitar RM2 bagi satu gelas plastik. Menurut beliau dia mampu memperoleh pendapatan diantara RM700 hingga RM900 sehari hasil jualan jering rebus jika cuaca baik dan ramai membelinya. Dari tinjauan semasa disepanjang tiga bulan musim jering berbuah selalunya dia bersama-sama dengan tujuh orang pekerjanya akan bermalam di gerai tersebut untuk kerja- kerja menyediakan jering rebus. Mereka akan mengopek buah jering pada sebelah malam secara bersama-sama sebelum direbus untuk jualan keesokan harinya. Secara teknikalnya jering tersebut hendaklah direbus selama 12 jam bagi menjadikannya betul-betul empuk dan sedap dimakan. Kalau proses merebus tidak sempurna akan menyebabkan rasa jering kurang enak dimakan. Ali yang berniaga jering rebus sejak tujuh tahun yang lalu memperoleh bekalan jering dari sekitar negeri ini. 'Bila musim jering berbuah lazimna akan ada beberapa pembekal akan menghubungi beliau dan kini beliau sendiri telah memajak banyak pokok jering dikawasan kamppong untuk mempastikan bekalannya tidak terputus.

Dalam penulis membuat beberapa rujukkan, dilaporkan dalam akhbar tempatan juga dimana jering merupakan sejenis ubat darah tinggi. Secara umumnya memang ada dinyatakan oleh pakar makanan bahawa apa saja jenis ulam yang diambil, tujuan utama memakannya adalah untuk membangkitkan selera makan ketika anda sedang menikmati sajian atau hidangan seperti makan nasi. Mengambil ulam sewaktu makan telah sekian lama menjadi amalan bagi masyarakat Melayu yang kemudiannya turut diikuti oleh kaum-kaum lain di Malaysia dan negara jiran. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba. Ulam-ulam tradisional itu termasuklah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung. Dalam pada itu, satu lagi ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERINGBuah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja. Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api. Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya. Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk. 

Pokok jering atau nama saintifiknya lainnya sebagai Pithecellobium jiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae merupakan jenis saka yang membesar dan rendang manakala daunnya berpasangan tanpa berbulu. Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (cm). Kulit jering tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang 3 hingga 5sm tetapi leper. Pokok jering biasanya tumbuh di kawasan hutan atau ditanam oleh penduduk kampung. Di sebalik keistimewaan buah jering sebagai ulam, ia juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan dan kesihatan. Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin memberitahu, jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus. Menurut beliau dari analisa makmal ada kandungan pemakanan lain pada jering iaitu 84.1% karbohidrat, 52% air, 1% abu, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Sebenarnya buah jering mempunyai nilai perubatan dan khasiat kepada manusia iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Kepada mereka yang mempunyai masaalah tekanan darah tinggi boleh mengambil jering dan dimakan dengan kadar yang tidak berlebihan. Bagaimana pun ada yang kurang suka makan jering kerana menyebabkan mulut berbau dan kencing yang busuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
MAKAN JERING...DIPROSES DULU...
DIREBUS LAMA...ITU DI TERENGGANU...
SUMBER REZEKI... KHASIATNYA JITU...
DARAH TINGGI...PUN AKAN BERLALU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Payang, Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
(13 Muharam 1438H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...