KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, January 8, 2016

POKOK SAGA


POKOK SAGA (Adenanthera pavonina) merupakan sejenis pokok besar yang tumbuh dan batangnya selalu digunakan sebagai kayu balak. Pokok saga lazimnya tumbuh liar dikawasan hutan dan tidak dimanafaatkan secara komersil. Ia juga dikenali ringkasnya sebagai Saga spp atau pun nama lainnya Adenanthera polita Miq. dan Corallaria parvifolia Rumph. Pokok saga adalah biasanya terdapat dikawasan yang beriklim tropika. Ia banyak terdapat dibeberapa negara seperti India, Brazil, Costa Rica, Honduras, Cuba, Jamaica, Puerto Rico,Trinidad, Tobago, Venezuela dan Selatan Florida, USA. Di Malaysia terdapat pokok saga dimana ia kurang diberi perhatian. Kereta pertama Malaysia diberikan nama 'Proton Saga' yang sememangnya diambil daripada biji saga yang merah. Kereta Proton Saga telah ujud semenjak berpuloh tahun dahulu sehingga kini dengan beberapa model kereta yang semakin canggih. Berbalik kepada pokok ini, ia berguna sebagai tumbuhan pengikat nitrogen sama seperti jenis pokok kekacang yang lain yang menyuburkan tanah. Bahagian daun tumbuhan ini selalunya akan dituai bagi tujuan dijadikan makanan ternakan dan ada yang mereka gunakannya sebahai tumbuhan perubatan. Selain daripada ia tumbuh liar dikawasan hutan di negara kita, kini pokok saga telah dijadikan sebagai tanaman hiasan di taman-taman terutama dikawasan bandar dan ada yang telah menggelarnya juga sebagai tumbuhan pokok di bandar. Apa yang unik mengenai tumbuhan ini adalah biji benihnya yang mempunyai bentuk dan warna cantik. Seringkali biji saga akan digunakan sebagai manik dan dibuat rantai leher. Walau pun ada laporan bahawa biji saga adalah merbahaya dimana 
biji benih mentah lazimnya beracun tetapi ia boleh dimakan selepas di masak. Artikel subuh ini saya menulis artikel kel 3,719 dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan biji saga sebagai satu sumber rujukkan.



Pokok Saga merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana hingga besar dan boleh tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Ia tumbuh menegak dengan mempunyai banyak cabang dan dahan. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan taman dan di pinggir jalan. Pokok Saga mempunyai daun yang halus dimana bunganya bewarna kekuningan dengan berjambak (Sila lihat foto disebelah)Bunga saga selalunya bersaiz kecil dengan warna kekuningan yang keluar dari dalam rimbunan kepala bunga melendut seperti bentuk ekor tikus. Buah saga unik kerana ia mempunyai lengai (pod) seperti kekacang lain yang panjangnya sehingga 20cm. Selalunya didalam pod tersebut terdapat biji benih saga yang berwarna merah kuat yang keras di dalamnya. Bentuk Pod saga adalah selalunya melengkung yang akan tergantung dengan bentuk kembung bertentangan bagi setiap biji benih. Apabila pod kering dan matang dengan sendirinya akan pecah dua dimana disetiap satu mengeluarkan biji benih merah saga yang keras. Biji saga menjadi kesukaan dikalangan kanak-kanak untuk dijadikan biji yang digunakan dalam permainan. Ada juga dilaporkan bahawa pucuk pokok saga boleh dimasak dan dimakan sebagai sayur (Mungkin rasanya sama seperti masak lemak daun turi). Kayu pokok saga yang matang adalah amat keras digunakan bagi menghasilkan sampan, bot, perabut dan paling signifikan dijadikan sebagai bahan kayu api. Dalam beberapa laporan dikatakan bahawa pokok saga ini digunakan bagi menghasilkan sabun dan pewarna merah dalam industri. Pengambilan dos yang tinggi dari biji benih saga adalah bahaya kerana kajian menunjukkna ada ujud kesan antioksida dalam kajian pada tikus.

Biji dari buah yang masak dan telah kering akan merekah dan menampakkan biji saga yang masih melekat dengan kulitnya. Selalunya apabila kulit pod terbuka maka lama-lama kelamaan biji saga akan gugur sendiri jatuh ke tanah. Bentuk biji saga yang leper membulat dengan warna 'merah saga' ini menarik ramai orang yang melihatnya (Sila lihat foto disebelah). Kegunaan biji saga dinegara kita agak kurang jelas tetapi dai beberapa cerita lama pada suatu masa dahulu biji saga pernah digunakan bagi alat mengukur berat emas. Biji saga yang merah menyala memang cantik jika dikumpulkan dan dibuat perhiasan dan ada kala akan dipamerkan dilokasi yang strategik dalam rumah atau kenderaan. Dalam pada itu sering juga penulis ingat akan penggunaan perkataan 'saga' didalam bidalan Melayu. Biji saga ini ini memang popular di dalam pantun lama dimana semasa disekolah dahulu pun cikgu ada mengajarnya. Bidalan atau pantun ini berbunyi: Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. Rangkap pantun atau bidalan ini menggunakan perkataan saga sebagai pembayang kepada perkataan 'bahasa'. Dari rujukan didapati maksud rangkap pantun tersebut adalah "Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat". Ini merupakan ingatan yang baik untuk diikuti oleh semua orang agar sentiasa berbudibahasa. Selain itu ujud ungkapan "matanya merah seperti biji saga" yang dikatakan kepada orang yang sangat marah sehingga matanya sangat merah.


Dalam pada itu perlu juga kita ketahui akan kegunaan dan manfaat dan kandungan tanaman saga. Saga adalah pokok unik dimana buahnya menyerupai petai dengan bijinya kecil berwarna merah. Tumbuhan ini berasal atau natif dari Asia Selatan namun sekarang telah tersebar dibanyak kawasan tropika.  Pokok Saga selau dijadikan sebagai pohon peneduh di jalan-jalan raya yang berkesan. Tumbuhan ini juga mudah ditemui di kawasan pantai secara semulajadi atau pun ditanam. Daunnya dapat dimakan dan mengandung alkaloid yang berkhasiat bagi penyembuhan reumatik. Bijinya mengandung asam lemak sehingga dapat menjadi sumber energi alternatif (biodiesel). Kayunya keras sehingga banyak dipakai sebagai bahan untuk struktur bangunan. Kandungan dan Komposisi dari pokok saga sama ada bahagian daun atau pun akar tumbuhan adalah protein, vitamin A, B1, B6, C, kalsium oksalate, glisirizine, flisirizinate, polygalacturomic acid dan pentosan. Secara umumnya belum banyak kegunaan dari pokok saga dalam perubatan tradisional walau pun ada yang mendakwa akan khasiat dari pokok tersebut. Semuga artikel ini memberi infi berguna kepada anda semua. Wasallam!.
POKOK SAGA... TINGGI POKOKNYA...
MUDAH HIDUP.. DEWASA BERBUNGA ...
BIJI BANYAK... MERAH WARNANYA...
ADA UNGKAPAN... DARI KATA SAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...