KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 5, 2016

AIR TENANG - DISANGKA TIADA BUAYA

Bidalan AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA merupakan satu peribahasa lama yang sering digunakan oleh orang ramai jika sesuai keadaanya.  Ia memberi makna sebagai "Orang yang tidak banyak bercakap jangan disangka bodoh atau penakut".  Peribahasa ini memang selalu digunakan dikalangan masyarakat dimana memang terdapat jenis orang yang pendiam tetapi jangan salah sangka mereka ini bodoh atau penakut tetapi apabila keluar suaranya... boleh gemparkan semua orang. Pakar bahasa lama memang pandai menggunakan haiwan buaya yang mempunyai sifat sukar dikesan pergerakannya didalam air, tahu-tahu dia sudah bersedia menyambar mangsanya tanpa diketahui oleh mangsanya. Kita yang hidup bermasyarakat perlu berhati-hati dengan orang seperti ini kerana umumnya orang seperti ini boleh mengugat keharmonian masyarakat seperti sikap buaya tadi. Selalunya jenis orang yang tidak banyak bercakap ini akan dilihat menyendiri atau berdiam diri sahaj dalam komuniti. Sama ada ia memang kurang berfikir atau terlebih berkir menyebabkan ia kurang bercakap. Sebagai seorang pemimpin dalam masyarakat ianya perlu sederhana iaitu bercakap sederhana, diam sederhana, mendengar sederhana dan serba serbi sederhana. Kalau ada ketua atau pemimpin yang jenis kurang bercakap pun kurang sesuai juga. Artikel malam ini saya menulis dlam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa 'Air yang tenang, jangan sangka tiada buaya.


Buaya adalah reptilia yang bertubuh besar yang hidup di air. Secara ilmiah penulis dapati buaya meliputi seluruh spesies dari genus Crocodylidae  yang termasuk pula buaya sepit (Tomistoma schlegelii). Buaya umumnya tinggal dihabitat perairan air tawar seperti sungai, danau, rawa dan lahan basah lainnya walau pun diketahui ada juga buaya yang hidup di air payau seperti muara sungai. Makanan utama buaya adalah haiwan kecil bertulang belakang seperti jenis ikan, reptilia dan mamalia (termasuk membaham manusia) dan kadang-kadang juga makan jenis siput atau moluska dan krustasea bergantung pada spesiesnya. Buaya merupakan haiwan purba dimana ia masih survive sehingga hari ini. Ia dilaporkan ujud semenjak zaman dinosaurus. Terdapat beberapa jenis buaya yang mungkin kita pernah dengar seperti Buaya Tembaga, Buaya Katak, Buaya Julung-Julung dan lazim juga digelar ada Buaya Darat?. Nama Buaya atau crocodile adalah diberikan asaslnya dalam bahasa Yunani bermakna 'Kroko' iaitu 'Betu Kerikil' dan 'deilos' yang memberi makna 'cacing' atau 'orang'. Zaman dulu mereka ada menyebutnya dengan maksud ‘cacing berbatu’ bilamana kebiasaan buaya berjemur di tepian sungai yang berbatu-batu.


Buaya sama seperti dinosaur yang memiliki tulang-tulang belang kuat dengan menjadi bentuk struktur tubuh badannya. Buaya sesungguhnya merupakan haiwan besar yang kompleks. Ia tidak sama seperti jenis reptilia yang lain dimana buaya memiliki jantung dengan ruang empat di sekat oleh rongga badan (diafram) dan cerebral cortex.  Buaya memperlihatkan dengan jelas cara hidup sebagai pemangsa akuatik. Tubuhnya yang "streamline" dimana ia membolehkan ia berenang cepat. Buaya melipat kakinya ke belakang melekat pada tubuhnya bertujuan untuk mengurangkan geseran air dan membolehkan ia menambah kecepatan pada semasa berenang. Jari-jari pada kaki buaya iaitu pada kaki belakangnya berselaput renang yang akan boleh digunakan sebagai pendayung ketika berenang cepat. Lazimnya selaput ini amat berguna apabila ia mahu pusing balik atau melakukan gerakan tiba-tiba didalam air atau untuk memulakan renangan (Sila lihat foto disebelah). Kaki berselaput juga merupakan keuntungan manakala buaya perlu bergerak atau berjalan di air dangkal. Buaya dapat bergerak dengan sangat cepat pada jarak pendek sama ada didarat atau di luar air. 


Binatang ini memiliki rahang yang sangat kuat, dimana ia dapat menggigit dengan kekuatan luar biasa. Ini menjadikan buaya sebagai haiwan dengan kekuatan gigitan yang paling besar. Tekanan gigitan buaya ini tidak kurang dari 5,000 psi (pounds per square inch) atau ia setara dengan 315 kg/cm²). Ini jika dibuat perbandingan dengan kekuatan gigitan Anjing Rottweiler yang hanya 335 psi sahaja. Gigi-gigi buaya runcing dan tajam dimana ia amat berguna untuk memegang mangsanya. Buaya lazimna akan menyerang mangsanya dengan cara menerkam sekaligus menggigit mangsanya itu dan kemudian menariknya dengan kuat dan tiba-tiba ke air. Ini disebabkan otot-otot di sekitar rahangnya berkembang baik sehingga dapat mengatup dengan amat kuat mangsa dalam mulutnya. Mulut yang telah mengatup demikian juga amat sukar dibuka. Akan tetapi sebaliknya berlaku dimana otot-otot yang berfungsi untuk membuka mulut buaya amat lemah. Para saintis buaya selalu melilitkan pita perekat besar beberapa kali atau mengikatkan tali getah di hujung muncong buaya. Ini dilakukan semasa saintis hendak membuat penelitian mengenai buaya tersebut dengan mengikat bahagian mulutnya dengan selamat.  Kuku buaya amat kuat dan tajam tetapi sebenarnya dibahagian lehernya amat kaku sehingga buaya tidak begitu mudah menyerang ke kiri-kanan atau menyerang di belakang.


Makanan buaya secara semulajadi dalam habitatnya adalah seperti ikan, burung, mamalia dan kadang-kadang juga buaya lain yang lebih kecil atau bangkai buaya dewasa. Reptilia ini merupakan pemangsa yang menyerang dengan serang hendap dimana ia akan menunggu mangsanya haiwan darat atau ikan mendekat, lalu menerkamnya dengan tiba-tiba. Sebagai haiwan yang berdarah dingin maka predator ini dapat bertahan cukup lama tanpa makanan dan jarang benar-benar perlu bergerak untuk memburu mangsanya. Meskipun nampaknya lembab namun buaya merupakan pemangsahebat dimana ia boleh menyerang ikan yu dan lembu yang besar. Ada juga buaya yang mengangakan mulut ditepi sungai berjemur dan burung datang masuk mulut buaya untuk makan tetapi apabila mulut buaya 'ngap' maka settlelah buaya yang kelaparan itu. Buaya mengawan dan akan bertelur dimana masa ini buaya amat sangat agresif dan mudah menyerang manusia atau haiwan lain yang mendekatinya. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga sarang dan telur-telurnya dan merbahaya untuk didekati. Induk buaya betina umumnya menyimpan telur-telurnya dengan membenamkannya di bawah longgokkan tanah atau pasir bercampur dengan perca daun dan ranting. Induk tersebut kemudian menunggu sarang telur dari jarak sekitar 2 meter dan amat garang. Kepada mereka yang suka bermain air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Lebih merbahaya jika buaya yang berhampiran dengan air teneng tersebut sedang bertelur dan mengeramkan telurnya. Waspada sentiasa. Wasallam!.
AIR TENANG... SEMAK ADA BUAYA...
BUAYA GARANG... BERTELUR DIA...
MAKAN IKAN... LAIN2 DISAPU JUGA...
BUAYA KOMERSIL...UNTUNG NIAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Buaya, Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(12 RabiulAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...