KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 10, 2016

BIJI KASKAS - APA DIA?

BIJI KASKAS merupakan biji dari pokok popi (Papaver somniferum) yang banyak ditanam dan berasal dari Timur Tengah dan kini banyak tumbuh di China, Indo-China, India dan Afghanistan. Mendengar nama kaskas penulis ingat bagaimana pernah kerajaan kita mengambil tindakan terhadap jualan makanan di kedai mamak yang dikatakan menggunakan biji kaskas sehingga ramai pelanggan yang disaring kencingnya mengandungi dadah dan ada yang ketagih. Biji kaskas ini dikatakan dimasukkan dalam kari, kuah, minuman dan masakan seperti nasi kandar sehingga ramai yang ketagih akan masakkan tersebut. Penulis juga pernah dimaklumkan sebuah kedai mee rebus di Pontian sekitar awal tahun 1980'an yang sentiasa dipenohi ramai pelanggan tanpa henti. Rupa-rupanya setelah diserbu dan dibuat pemeriksaan polis dan Jabatan Kesihatan rupanya kuah mee rebus tersebut di dibubuh biji kaskas dan juga daun ganja. Kedai tersebut kemudian ditutup dan pemiliknya ditahan polis kerana didapati ada menanam pokok ganja dirumahnya. Penulis membuat rujukkan dimana mendapati biji kaskas atau sebenarnya biji popi ini atau perkataan 'Somniferum' itu membawa makna ‘pencetus tidur’ dimana kesan yang agak menghayalkan. Lebih dikenali sebagai biji kas kas oleh masayarkat Malaysia dahulu ia banyak digunakan untuk tujuan masakan (mungkin kini masih ada yang gunakan tanpa diketahui oleh pelanggan). Biji popi dari timur tengah ini menghasilkan lebih kandungan candu kerana cuaca disana dimusim bunga pokok popi banyak menghasilkan biji kaskas berkualiti (Sila lihat foto biji kaskas diatas yang dipetik dari internet). Hasil kajian menunjukkan biji kaskas yang ditanam di negara barat menghasilkan agak kurang candu dan getah serta kesan dadahnya kurang apabila bunganya berkembang. Kajian mendapati juga biji popi putih yang banyak ditanam diIndia, Timur Tengah atau Asia banyak digunakan dalam masakan di negara-negara tersebut. Sebenarnya ada dua jenis tumbuhan kaskas iaitu jenis eropah dan timmur tengah dan tidak banyak perbezaan dari segi antara jenis kaskas biru (Eropah) dan Kaskas putih (Timur tengah) dari segi kandungan kimianya. Bagi tujuan mengenali biji popi memang tidak sukar kepada mereka yang biasa dengannya. Bijinya dikatakan amat kecil dan keras dengan rasa dan tekstur yang hampir sama. Artikel pada malam Ahad ke 3,789 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai biji kaskas yang pernah diperkatakan dahulu digunakan dalam masakkan yang kemudian diviralkan akibat ketagihan.

Biji popi akan matang dalam kapsulnya selepas bunganya kering dan gugur. Bijinya boleh diperolehi dengan mudah dalam bentuk kering dan biji popi tersebut amat keras untuk dihancurkan. Jika anda tidak mempunyai pengisar khas untuk biji popi lazimnya apa yang boleh dilakukan adalah memanggang bijinya terlebih dahulu dan kemudian gunakan lesung batu untuk menghancurkannya. Biji popi boleh digunakan sama ada dalam bentuk asal atau serbuk yang hancur dalam masakan dan industri bakeri (Sila lihat biji kaskas foto disebelah). Apabila digunakan dalam masakan yang tidak dimasak seperti salad, ada yang dikatakan membakar bijinya terlebih dahulu kerana cara ini mampu menaikkan rasa dan aromanya. Apabila biji popi digunakan untuk pastri lazimnya ia perlu direndam dulu dalam air mendidih dan biarkan ia selama satu hingga tiga jam sebelum dikisar. Beberapa buqh artikel yang saya dipetik menyatakan bahawa biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan. Makanan India seperti kari dan rempah campuran mengandungi sejumlah kecil biji popi dan ianya mampu untuk tambah keenakkan makana tersebut. Ia berfungsi untuk 'memekatkan' kuah dan menambah rasa dalam kari (Padanlah kalau makan kari mamak sehingga menjilat jari). Manakala di negara barat pula dilaporkan yang minyak daripada biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai 'oillette' sering digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Jenis biji popi Eropah atau dikenali dengan Papaver rhoeas pula sering digunakan pula untuk dibuat cecair pekat atau sirap dan digunakan dalam sup dan kordial. Jenis ini juga turut dikenali sebagai ubat ‘sakit kepala’ kerana apabila menghidunya boleh menyebabkan rasa pening sementara. Sirap biji popi barat memiliki ciri-ciri anodin (mereda dan melegakan sakit) dan ekspektoran (menggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah untuk dibatukkan). Manakala sirap biji popi timur memiliki ciri-ciri anodin dan narkotik (melegakan kesakitan). Ramuan ubat batuk dan sirap juga banyak dibuat daripada jenis biji popi timur. Ramuan daripada air rendaman biji popi dikatakan mampu digunakan untuk melegakan kesakitan telinga dan juga sakit gigi. 

Dalam beberapa tulisan dilaporkan dengan sebanyak satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karboohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti Manganese, Kalsium, Magnesium, Fosforus, Ferum, Zink, Kalium dan Selemium. Ia juga kaya dengan serat dan mengandungi Asid lemak omega-3 dan Asid lemak omega-6. Ia dilaporkan boleh meredakan masaalah athsma dan batuk. Tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga amat diketahui mampu memberi kesan pada ujian dadah. Pengambilan biji popi ini mungkin boleh berlebihan dengan kerap makan kari mamak sebagai contoh dimana ia membawa kepada ujian dadah yang positif. Kajian menunjukkan ujian tersebut telah mengesan bahan dadah seperti candu dalam air kencing. Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama. Didakwa bahawa punca sebenar bukanlah dari biji popi tetapi kapsul daripada biji tidak matang dari tanaman ini keluarkan latek yang terkena bijinya. Semasa aktiviti menuai atau pun ketika mengumpul popi, bahan candu daripada kapsul itu telah dipindahkan kepada biji popi. Biji popi turut mengandungi sejumlah codeine dan morfinMalah ada juga dilaporkan dimana jika anda memakan kari mamak yang mengandungi biji popi dan kemudiannya melakukan ujian dadah ia boleh membawa kepada keputusan positif. Walaupun terdapat pelbagai khasiat biji popi namun begitu penggunaannya perlulah berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. Ini kerana bahan kaskas ini diambil apabila bunga popi sudah masak dan tidak mengandungi bahan opium tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi atau kira-kira 50 bahagian bagi setiap sejuta. 

Kaskas telah digunakan sebagai perasa makanan sebelum masalah penagihan opium bermula pada kurun ke-17 lagi. Dilaporkan kaskas mula digunakan sebagai perasa makanan di Eropah sekitar 4,000 tahun yang lalu. Di negara-negara Barat, selain digunakan dalam pembuatan roti terutamanya bread roll dan kek, kas-kas juga banyak dijual di pasar raya sebagai bahan perasa campuran salad. Sementara itu didapati di negara-negara Asia Selatan biji kaskas akan dihancurkan dan digaul di dalam kari untuk meningkatkan rasa serta memekatkan kari. Ini memang telah lama dilakukan mungkin direstoren tertentu tanpa diketahui pelanggan sebelum didedahkan oleh Persatuan Pengguna tidak berapa tahun dulu. Ada kalanya kaskas direndam didalam air untuk dijadikan minuman herba bagi tujuan untuk mengurangkan sakit badan dan menambah tenaga. Ia juga boleh dibuat cairan losen untuk melembutkan kulit. Kini dilaporkan kaskas yang terdapat di dalam pasaran tempatan diimport dari beberapa negara luar seperti India kerana dan beberapa negara pengeluar lain kerana iklim Malaysia yang tidak sesuai bagi penanaman pokok popi. Mereka yang cuba menanam tumbuhan ini boleh didakwa dibawah undang-undang Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Berhati-hati ketika makan diluar kerana mungkin pengusaha restoran atau gerai makan memasukkan kaskas didalam masakkan mereka. Wasallam!.
NAMA KASKAS... IA SERING DIGUNA...
DALAM KARI ... PEKATKAN KUAHNYA...
RASA ENAK... MACAM KETAGIH JUGA...
BACA ARTIKEL...SELALU WASPADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1437H)
Artikel hari-hari akhir sebelum bertukar ke Kuantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...