KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, January 4, 2016

BUAYA - KENAL SIFATNYA (Part 2)

BUAYA (Crocodylus niloticus) atau Crocodile uaya adalah reptilia yang bertubuh besar yang hidup di air. Secara ilmiah penulis dapati buaya meliputi seluruh spesies dari genus Crocodylidae yang termasuk pula beberapa jenis buaya sepit (Tomistoma schlegelii). Buaya umumnya tinggal dihabitat perairan air tawar seperti sungai, danau, rawa dan kawasan yang basah lainnya walau pun diketahui ada juga buaya yang hidup di air payau seperti muara sungai. Makanan utama buaya adalah haiwan kecil yang bertulang belakang seperti jenis ikan, reptilia dan mamalia (termasuk membaham manusia) dan kadang-kadang juga makan jenis haiwan seperti siput atau moluska dan krustasea bergantung pada spesiesnya. Buaya merupakan haiwan purba dimana ia masih ujud sehingga hari ini. Ia juga ada dilaporkan telah ujud semenjak zaman purba atau zaman Dinosour. Terdapat beberapa jenis buaya yang mungkin kita pernah dengar seperti Buaya Tembaga, Buaya Katak, Buaya Julung-Julung, Buaya Kuala dan sebagainya. Dikalangan ahli bahasa pula ada bidalan 'Buaya Darat' yang memberi makna tersendiri. Nama Buaya atau 'crocodile' adalah diberikan berasal dari bahasa Yunani bermakna 'Kroko' iaitu 'Betu Kerikil' dan 'deilos' yang memberi makna 'cacing' atau 'orang'. Zaman dulu mereka ada menyebutnya dengan maksud ‘cacing berbatu’ bilamana kebiasaan buaya akan berjemur di tepian sungai yang berbatu-batu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sifat dan ciri buaya sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Buaya walau pun nampak ganas tetapi ia dilihat sebagai haiwan yang juga memiliki sifat atau instinct untuk kembali ke tempat tinggalnya semula (homing instinct). Ini ada ditulis dalam satu kisah di Australia dikatakan tiga ekor buaya yang ganas telah pun berjaya dipindahkan kerajaan ke lokasinya yang baru iaitu sejauh 400 km dengan cara menggunakan helikopter. Akan tetapi dalam masa tiga minggu haiwan ini didapati kembali dan tiba semula atau kembali di tempat asalnya. Kejadian ini telah dipantau melalui alat pemancar elektronik yang dipasang pada tubuh reptilia tersebut. Buaya yang menetas dari telur  selalunya akan menghuni kawasan habitatnya (Sila lihat foto disebelah). Buaya memiliki kaitan dengan haiwan burung purba dan dinosour jika ia dibandingkan dengan kebanyakan reptilia lainnya. Lazimnya jenis-jenis buaya yang mempunyai saiz badannya besar adalah sangat berbahaya kepada manusia. Sebagai contoh dilaporkan buaya dimuara sungai Sg Nil adalah yang paling berbahaya dengan membunuh banyak korban haiwan dan manusia setiap tahun. Kita di Malaysia iaitu di Sarawak juga ada dilaporkan buaya yang membaham manusia saban tahun. Buaya tertentu ada yang kurang agresif dan jarang menyerang manusia apabila tidak diganggu tetapi telah ujud peribahasa 'Air Tenang Jangan di sangka tiada buaya' yang telah saya tulis sebelum ini (Sila klik disini). Ia adalah haiwan pemangsa di air yang paling digeruni sehingga kehari ini. 


Dalam membuat rujukkan, penulis terbaca laporan ada peristiwa serangan buaya yang paling banyak pernah memakan jiwa manusia. Kisah ini yang terjadi di Burma pada 19 Februari 1945 iaitu semasa Perang Pulau Ramree. Sejumlah 900 orang askarJepun dalam usaha untuk mundur dan bergabung dengan pasukan infantri yang lebih besar, mereka dilaporkan telah berusaha menyeberangi paya jenis bakau sepanjang 10 batu yang dihuni buaya-buaya muara. Dua puluh (20) askar akhirnya ditawan hidup-hidup oleh pasukan tentera Inggris yang menunggu. Sementara itu seramai hampir 500 orang askar lagi diketahui telah melarikan diri dari Pulau Ramree dan dikatakan ramai tentara Jepun tersebut sebanarnya telah mati dibaham oleh buaya dimana ia telah direkodkan dalam perang dunia kedua. Meskipun buaya hidup ditakuti orang ramai tetapi produk-produk dari kulit buaya amat disukai dan berharga mahal. Kini kulit buaya dijadikan aneka barang kraftangan kulit seperti Dompet, Beg Tangan, Topi, Tali pinggang, Kasut dan lain-lain. Harga barangan ini mengikut jenama dan kualiti yang dari berharga murah sehingga beribu-ribu kerana jenama dan kualiti. Antara negara yang banyak menternak buaya untuk tujuan ini adalah Thailand dan Indonesia. Produk kulit buaya ini lazimnya akan terus dieksport keseluruh dunia dengan nilai pasaran ratusan juta ringgit setiap tahun. Antara 4 sasaran eksport produk kuit buaya utama adalah Singapura, Jepun, Korea, Itali dan beberapa negara lainnya dengan jenama terkemuka. 


Selain itu daging buaya juga dimakan di beberapa negara seperti di Australia, Etiopia, Thailand, Afrika Selatan, Cuba, dan juga beberapa lokasi di Indonesia dan USA. Daging buaya dipercayai mempunyai rasa yang enak sama seperti daging haiwan lain jenis ini. Daging buaya ada dihasilkan dengan banyak di Thailand dan dibungkus dengan rapi untuk pasaran domestik dan eksport (Sila lihat foto disebelah). Kini dilaporkan banyak populasi buaya liar yang yang jumlahnya menurun dan menuju kepunahan. Terdapat banyak jenis buaya di pelbagai negara yang dimasukkan ke dalam status dilindungi. Empat jenis buaya yang ada di Malaysia dan juga Indonesia iaitu Crocodylus novaeguineae (Buaya Irian), C. porosus (Buaya Muara), C. siamensis (Buaya Siam) dan Tomistoma schlegelii (Buaya Katak) telah dilindungi oleh undang-undang. Bagaimana pun buaya yang diternak untuk penghasilan kulit dan dagingnya terus bertahan populasinya kalau pun tidan bertambah ddibeberapa negara. Jenis Buaya Muara dan Buaya Nil adalah jenis-jenis yang paling banyak dilindungi dikawasan habitatnya. Perlindungan haiwan buaya buaya muara telah diperluaskan kawalannya seperti apa yang dilakukan di Australia. Di Malaysia buaya ada disimpan didalam Zoo untuk tontonan umum serta beberapa Pusat Taman Buaya seperti di Melaka, Perak, Pulau Pinang dan beberapa lokasi  lagi untuk tontonan orang awam. Industri Penternakan buaya di Malaysia bagaimana pun jauh lagi berbanding dengan industri ternakan buaya di Thailand. Artikel mengenai mengenali sikap dan potensi dalam dua tulisan iaitu Part 1 dan Part 2 ini diharap memberi info kepada anda. Wasallam!....

NAMA BUAYA... JENIS REPTILIA...

HAIWAN BESAR...IA MERBAHAYA...
MEKAN IKAN... JUGA MANUSIA...
JIKA DITERNAK... UNTUNG TINGGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...