KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, January 15, 2016

BURUNG TERKUKUR (Part 1)


BURUNG TERKUKUR (Streptopelia chinensis) atau 'Spotted Dove' ialah sejenis burung merpati yang amat diminati oleh penghobi menternak burung di negara kita dan ia adalah burung yang disukai kerana bunyinya. Burung cantik ini tergolong dalam famili Columbidae. Bagaimana pun terbaru adalah dimana burung terkukur telah dimasukkan ke dalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan saintis dunia. Penulis kenal akan burung terkukur ini yang sering didapati liar dikawasan belukar dan kampong dan dijadikan burung diletakkan dalam sangkar dirumah jiran. Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang natif atau terdapat dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Burung ini juga merupakan spesis burung yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan tropika dimana tumbuhan agak jarang atau terbuka dan dikawasan tanah ladang. Dari segi penyebarannya, dilaporkan bahawa saintis dan penggemar burung terkukur telah dibawa masuk ke USA iaitu dikawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia dan New Zealand. Dilaporkan bahawa di Australia burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu maka burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli. Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehinggaPelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai burung terkukur untuk dijadikan bahan bacaan.


Burung Tekukur terdapat berbagai jenis diserata dunia. Antara jenis burung terkukur adalah seperti Terkukur Merbok Balam, Terkukur Jawa, Terkukur Api, Terkukur Api Gunung, Terkukur Madagascar Tutrle Cove, Terkukur Oriental Turtle Cove, Terkukur Pacific Dove dan Terkukur Red Eyed Dove. Spesis Terkukur Merbuk Balam juga dipanggil sebagai jenis Spotted Dove; Necklace Dove; Pearl-necked Dove; Spotted-necked Dove; Chinese Turtle Dove; Spotted Turtle Dove. Jenis ini banyak dijumpai di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Vietnam (Sila lihat foto disebelah). Makanan spesis burung ini terdiri dari jenis biji-bijian, buah rumput, pasir dan buah-buahan bersaiz kecil. Burung terkukur ini boleh dijumpai di kawasan yang terbuka, semak, belukar dan kawasan pertanian. Burung ini tidak dilindungi dalam Akta perlindungan Anvifauna kerajaan Malaysia. Terkukur Jawa pula atau Ringneck Dove terdapat banyak jenis dimana spesis ini mempunyai rupa bentuknya yang hampir sama tapi nama walau pun ia dari keluarga yang berlainan. Antara jenis yang hampir sama dengan Tekukur Jawa ini ialah Cape Ringdove dan African Collared Dove, Ringneck Dove. Tekukur Jawa ini unik kerana ia mempunyai pelbagai warna sehingga terdapat hampir 40 jenis warna. Spesis Terkukur Api (Little chuckoo Dove) pula merupakan jenis burung ini mendiami hutan dipterocarp atau dikawasan pinggir hutan dengan ketinggian diantara 500 m hingga 1,850m dari paras laut. Makanannya terdiri daripada buah buahan dikawasan hutan dan burung ini adalah dilindungi oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perhilitan dibawah Akta 76/72 untuk menghalang kepupusannya. Burung merpati menjadi buruan peminat burung kerana ia mempunyai nilai pasaran yang tinggi bergantung kepada keunikan dan suara yang dihasilkan olehnya.

Bentuk burung terkukur atau burung merpati adalah tirus dengan ekor yang selalunya agak panjang. Panjang badan burung ini antara 28 hingga 32 cm (11.2 - 12.8 inci) dengan dibahagian belakang sayap dan bahagian ekornya berwarna perang pucat. Burung ini juga mempunyai banyak bintik yang berwarna putih, hitam, kuning pucat dan sebagainya mengikut spesis. Semasa penerbangan lazimnya burung ini menonjolkan bulu hitam yang ditutupi oleh tepi dalaman yang berwarna kelabu pucat. Burung terkukur lazimnya mempunyai warna kedua-dua jantina adalah sama. Bagaimana pun didapati warna anak-anak burung terkukur agak lebih kelam warnanya berbanding dengan burung-burung dewasa. Burung Terkukur juga sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika umurnya muda. Kepala dan dibahagian bawah burung ini ada yang berwarna merah muda warnanya dimana ia akan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya. Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus dimana lazimnya warna kakinya sedikit kemerahan.

Burung Tekukur boleh makan banyak jenis biji-bijian (cereal), rumput, bijian, cili dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Dalam keadaan liar dilapangan lazimnya burung terkukur akan mencari makanannya di padang rumput dan ladang tanaman bijirin. Burung Tekukur  untuk membiak pada sepanjang tahun dimana ia membina sarang-sarang rantingnya biasa didapati sama ada di atas pokok, tepi bangunan atau juga di atas tanah (Sila lihat foto disebelah). selalunya burung ini mengeluarkan dua biji telur yang putih dan berbentuk lonjong yang dieram oleh induknya sehingga ia menetas. Dibeberapa negara seperti Malaysia dan Indonesia, dilaporkan bahawa burung ini lebih aktif untuk membiak pada bulan September hingga bulan Januari. Kajian saintis menunjukkan bahawa Burung Tekukur tidak begitu suka berkelompok dimana ia biasanya akan hidup bersendirian atau bersama dengan pasangannya. Burung ini jinak dan akan mengeluarkan bunyi yang mana ia akan tiba-tiba menyebabkannya terbang. Penerbangannya burung ini adalah pantas dengan pukulan kepak yang tetap. Biasanya dengan sentakan sekali sekala yang mendadak yang pada umumnya merupakan ciri burung merpati. Didapati cara atau pola penerbangannya serupa dengan Burung Merpati. Didapati semasa musim pembiakan maka burung terkukur jantan akan menyenget ekornya untuk mengelilingi burung bentina bagi tujuan mengawan. Kicauan burung terkukur yang berterusan dengan nada yang rendah dan lembut membuatkan ia dipertandingkan. Pertandingan suara burung terkukur membolehkan juara burung tersebut mendapat harga tawaran tinggi dipasaran. Artikel ini bersambung pada Part 2. Wasallam!.
BURUNG TERKUKUR... CANTIKNYA...
SUARA MERDU... ADA TANDINGANNYA...
MAKAN BIJIRIN... TUMBUHAN JUGA...
JADI PELIHARAAAN... PEMINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekuruan,
Malaysia.
(7 RabiulAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...