Styrofoam adalah produk yng dihasilkan oleh Syarikat Dow Chemical di USA yang mendapat perlindungan Trademark untuk tujuan asal sebagai penebat haba dan kegunaan kapalterbang. Ia merupakan buih dari polystyrene yang banyak digunakan kini sebagai cawan minuman, penebat haba, bahan pelapik (coutioning) pembungkusan baranganan (terutama produk eletronik) dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Bahan ini lazimnya berwarna putih dengan ada bentuk buih terapong yang boleh diceraikan mengikut butiran (pieces). Ia mudah dipotong dan 'rangup' atau 'crunchy' dan mudah larut dalam pelarut organik seperti cyanoacrylate. Selain itu nama dagangan lain untuk bahan ini adalah 'Thermocol' yang dihasilkan oleh syarikat BASF. Dari segi sejarah, bahan ini dicipta pada tahun 1941 di Makmal Dow Chemical oleh ketua saintis Ray McIntire. Sebenarnya Styrofoam terdiri daripada 98% udara (air) yang membuatkan ia ringan dan 'buoyant'. Ia menjadi bahan terapong terbaik dipermukaan air sebagai rakit. Ia juga sering digunakan sebagai bahan hiasan untuk mencucuk bunga (berwarna hijau) dan kraftangan. Ia juga boleh dicat dengan warna lain yang sesuai untk taman bunga selain daripada warna putih. Ia ditakrifkan sebagai bahan merbahaya kepada manusia kerana kandungan Carcinogen seperti dinyatakan oleh EPA (IARC). Ia pernah diharamkan penjualannya di New York City, USA pada tahun 2015. Baru-baru ini saintis menjumpai sejenis kumbang (Darkling beetle) yang akan memakan styrofoam dimana 100 ekor larvanya mampu makan sebanyak 39 mg styrofoam sehari. Tahi dari ulat ini dikatakan sesuai dan selamat digunakan sebagai baja untuk tanaman dan tumbuhan. Kajian lanjut berkaitan perkara ini mungkin perlu dilakukan untuk mengesahkan dakwaan ini.
Media Styrofoam yang digunakan untuk sistem tanaman hidroponik mempunyai beberapa kelabihan tersendiri. Ia adalah bahan yang bersih dan mudah untuk dicuci jika ada kekotoran dengan air biasa. Ia mudah disusun atur dalam ruangan kecil, bertingkat-tingkat dan dalam banyak bentuk (shape) mengikut keperluan. Tanaman sayuran dan pokok hiasan sesuai ditanam menggunakan bahan ini (Sila lihat foto disebelah) sama ada untuk hobi atau taraf komersil. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang sedikit terutama mereka yang tinggal dikawasan bandar seperti rumah teres, rumah flat, kawasan sempit asalkan ruang sesuai. Penggunaan air untuk sistem ini juga sedikit dan mudah dikawal serta dapat digunakan kembali. Bahan ini juga tidak mengandungi pencemaran nutrien atau bahan kimia kain yang memberikan kesan negatif kepada tanaman dan persekitaran. Dengan pengurusan sistem penanaman yang baik dan terurus maka media ini mampu untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan berkualiti. Pengurusan tanaman seperti kawalan serangga perosak dan penyakit mudah untuk dijalankan. Ia juga mudah menyelirkan air berlebihan jika mempunyai lubang untuk mengeluarkan air. Jika ada tanaman yang mati maka dapat dengan mudah diganti dengan tanaman yang baru. Styrofoam kini amat sesuai digunakan sebagai media penanaman dalam teknologi hidroponik yang berkesan. Wasallam!...
GUNA STYROFOAM... SUDAH CUBA...
BAHAN RINGAN... PUTIH WARNANYA..
SESUAI DIBANDAR... DIMANA JUGA...
MEDIA TANAMAN... MURAH SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Permai, Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 2016)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.