KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, January 2, 2016

POTENSI BULUH TEMPATAN

POKOK BULOH (Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kkajian dijalankan dan potensi tanaman buloh betong sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda. 

Kita sejak dulu tahu bahawa Buluh bukanlah sekadar lemang dan rebung, arang dan meriam kampung (Sila lihat foto lemang buluh dibakar disebelah). Bagaimana pun penulis dapati ramai yang tidak begitu menghargai buluh ini meskipun sifatnya yang pelbagai guna. Apa yang lebih malang dimana kini generasi muda tidak lagi mengenali pokok buluh sedangkan ia banyak terdapat di hutan kita. Menyedari kepentingan spesies tersebut dibeberapa negara lain mereka telah melihat buluh sebenarnya satu industri yang penting dimana ia sebenarnya telah pun boleh dikomersialkan untuk menjana kekayaan. Kini telah pun banyak produk boleh dihasilkan daripada pokok buloh tetapi kita perlu mengetahui sejauh manakah dinegara kita aktiviti penyelidikan kita dapat membantu dalam industri buluh. Ini penulis fikir sumber tanaman buluh di negara ini dilaporkan berdepan cabaran kekurangan sumber bahan mentah jika tidak ada pelan perancangan dan tindakan sebenar. Apa yang berlaku ketika ini ialah bekalan utama buluh diperoleh daripada hutan dan hanya tujuh (7%) peratus hutan kita adalah pokok tersebut. Oleh itu, bagi memastikan adanya jaminan bahan mentah yang berterusan maka perlu ada program pengurusan yang tersusun buluh yang sememangnya perlu di dirangka. Penulis telah melawat FRIM dimana mendapati program tersebut banyak juga diusahakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mempelopori penyelidikan mengenai buluh tempatan.

Dalam lawatan tersebut penerangan diberi oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod menyatakan aktiviti dan penyelidikan buluh di Malaysia telah lama matang. Kesungguhan perlu digerakkan untuk menggabungkan beberapa agensi dan kementerian bagi memastikan satu mekanisma yang padat dan bersepadu dan menterjemahkannya kepada bentuk industri dan komoditi. Katanya buluh dan beberapa potensi kegunaannya mampu memecahkan tradisi pergantungan sumber kayu khususnya daripada sumber asli. Kekuatan, sifat kejuruteraan, kebolehan untuk matang dan dipakai guna dalam masa singkat lagi mesra alam adalah satu petanda bahawa ia adalah sumber bahan masa hadapan yang perlu dikembang dan terokai. “Ia bagi memastikan Malaysia tetap terus melestarikan alam sekitarnya tanpa perlu untuk kita mengorbankan secara drastik sumber-sumber sedia ada,’’ kata beliau. Abdul Latif berkata, kajian buluh tempatan yang dipelopori oleh FRIM sejak 1985, boleh dipelbagaikan kegunaannya, bukan setakat penghasilan bahan bernilai tambah tinggi seperti lelantai, komposit dan komponen peralatan eletronik. Sebaliknya ia juga sebagai sumber bahan makanan seperti rebung yang menjadi antara makanan tradisi penduduk tempatan khususnya Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan China. Penyelidikan dan pembangunan (mengenai pengkomersialan) buluh di agensi terbabit dimulakan pada awal 1990-an. “Kajian pembiakan buluh dimulakan pada tahun tersebut dan ia berkaitan teknik pembaik biak, penanaman dan pengurusan tanaman. FRIM mengenal pasti 12 spesies yang popular boleh dikomersialkan.

Teknologi dan Kaedah pembiakan itu merujuk pembaik baka tanaman buluh khususnya 12 spesies yang boleh dikomersialkan menerusi teknik pembiakan, penjagaan di nurseri dan mewujudkan ladang buluh. Bagaimanapun menurut beliau, masalah tumbul ekoran kesukaran memperoleh bahan tanaman dan kawasan penanaman (biji benih buluh) dan ia menjadi punca industri tersebut di negara ini agak terjejas. Dalam pada itu setengah pengusaha buluh seperti di Perlis pula menanam buluh madu untuk komersial kerana memandangkan pokok berkenaan semakin popular menjana industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya penghasilan rebung. Bagaimanapun sebelum memulakan projek ladang buluh, beberapa aspek penting yang perlu diambil kira ialah perlu ada pemilihan spesies buluh dan penyediaan bahan tanaman buluh berkenaan. Ia juga perlu ujudkan sistem penanaman dan penubuhan ladang buluh dimana pengurusan ladang buluh untuk pengeluaran batang dan rebungnya boleh dikawal. Aktiviti pemungutan hasil secara sistematik perlu dibuat agar pertumbuhan dan penuaian hasil berterusan. FRIM kini telah memperoleh kaedah atau protokol untuk menghasilkan benih kultur tisu buluh beting. Antara kaedah pembiakan tampang yang dikenal pasti yang selalu digunakan ialah dengan kaedah keratan rizom atau akar, keratan dahan serta keratan batang selain penggunaan kultur tisu.

Bagi mereka yang berminat untuk cuba menanam pokok buluh, spesies yang sesuai perlu digunakan di mana spesies yang (iaitu jenis) berdinding tebal seperti Buluh Beting, Buluh Semantan dan Buloh Betung (Sila lihat foto disebelah) untuk ditanam bagi menghasilkan produk bermutu tinggi seperti panel dan pepapan. Lazimnya memang tidak semua jenis buluh dimana rebungnya boleh dimakan. Diantara spesies buluh yang popular rebungnya ialah Buluh Madu, Buluh Tumpat, Buloh Beting, Buloh Betung dan Buluh Aur. Saya ada menulis banyak artikel mengenai jenis bulis sebelum ini untuk rujukkan (Sila klik disii), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Lazimnya jangka masa penanaman buluh melibatkan tempoh 15 tahun bagi keluasan 500 ekar. Secara amnya projek ladang tersebut menguntungkan pengusaha. Sebenarnya  terdapat dua corak pertumbuhan buluh. Pertamanya adalah di kawasan temperate atau iklim sederhana terdiri daripada Buluh Monopodial di mana buluh tumbuh tunggal. Satu lagi corak pertumbuhan adalah buluh di kawasan tropika pula terdiri daripada Buluh Simpodial iaitu pertumbuhan berumpun. Selalunya bagi iklim sederhana, buluh berkenaan dikenali sebagai buluh monopodial iaitu tumbuh sebatang manakala buluh di kawasan tropika dikenali sebagai simpodial iaitu tumbuh serumpun.Terdapat juga corak pertubuhan di antara kedua-duanya tetapi agak jarang ditemui. Satu daripada sifat buluh yang agak unik ialah pokok berkenaan (menunjukkan) akan mati sekiranya telah mula berbunga. Kebanyakan buluh tumbuh selepas hutan dibalak dan pertumbuhannya amat pantas . Malah buluh boleh hidup sehingga 100 tahun lama. Disebabkan oleh jangka hayat yang agak lama itu maka sebenarnya industri buluh sepatutnya memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang berminat. Artikel ke 3,706 ini diharap memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
POKOK BULOH... BEOLEH DIUSAHA...
JENIS SIMPODIAL... BULUH TROPIKA...
SENANG DITANAM... PERLU DIJAGA...
SUDAH TUMBUH... 100 TAHUN LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Disember 2016)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...