Support My Blog

Monday, January 11, 2016

KASKAS VS MSG

BIJI KASKAS dan MSG (Monosodium glutamate) kini merupakan dua bahan yang sering diperkatakan dikalangan masyarakat Malaysia kerana ia sering digunakan dalam bahan perisa makanan tempatan. Kepada mereka yang gemar makan diluar selalunya akan mengunjungi banyak premis dengan pelbagai menu mengikut bajet dan jenis makanan yang disukai. Memang penulis dapati pelanggan paling ramai dan destinasi popular adalah kedai mamak yang dibuka 24 jam dibanyak lokasi diseluruh negara. Sebut sahaja apa mahu makan, dikedai mamak 24 jam semua ada dijual. Bagaimana pun makanan tradisi seperti kari, roti canai dan mee goreng mamak dan teh tarik adalah sajian wajib. Adakah makanan ini menggunakan biji kaskas dan MSG?. Ini adalah antara isu keenakan makanan dan kesihatan makanan. Kaskas adalah rempah yang berasal daripada pokok Popi (Papaver somniferum) yang tidak lain tidak bukan sangat masyhur dalam penghasilan dadah berbahaya iaitu opium atau nama lamanya ia adalah candu. Jangan anda buat apa-apa spekulasi lagi mendengarnya. Pada ramai orang mungkin menganggap pokok popi ini bukanlah sebahaya yang disangka. Walaupun ramai antara kita yang menganggap pokok popi ini dilarang ditanam dan boleh didakwa dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952, tanaman ini merupakan tanaman yang membawa mudarat tetapi ada juga kegunaanya. Pokok ini menjadi bahaya apabila ianya disalahguna menjadi dadah untuk kepentingan sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan peribadi. Tidak dinafikan dadah ini dijual didalam pasaran gelap untuk kegunaan penagih-penagih dadah. Dalam dunia perubatan, dilaporkan penggunaan morfin sebagai ubat pelali sangat penting dalam pembedahan dan rawatan perubatan lain. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai biji kaskas dan bahan MSG yang sering terus diperkatakan dikalangan masyarakat kita.  


Penulis teruskan perbincangan mengenai biji kas-kas dihasilkan daripada biji popi dan ayat 'kas-kas' itu sendiri bermaksud biji popi yang dihancurkan. Pokok popi ditanam akan menghasilkan 'opium' daripada lateks (getah) popi yang akan diproses untuk menghasilkan heroin atau morfin (Sila lihat foto disebelah). Biji popi tidak mengandungi kandungan narkotik kerana lateks di dalam pucuk hanya wujud sebelum biji terbentuk. Ini jelas menunjukkan fasa perbezaan antara getah dan biji popi walaupun kedua-duanya berasal daripada pokok yang sama. Biji popi adalah selamat kerana kandungan alkaloidnya adalah sangat rendah iaitu 50 bahagian permillion. Kajian menunjukkan untuk mencapai tahap khayal dengan biji popi seseorang itu perlu makan sebanyak 1kg biji kaskas. Namun begitu masih ujud kehadiran unsur morfin dan boleh dikesan dalam air kencing walaupun tiada bukti yang menunjukkan biji popi boleh mengakibatkan ketagihan. Biji popi berbentuk seakan-akan ginjal yang berwarna kebiru-biruan dan bersaiz kecil. Biji ini mempunyai rasa seperti kekacang dimana ia boleh digunakan sebagai agen pengental dalam masakan kari dan sos serta dapat meningkatkan aroma masakan. Ia juga ada yang diproses untuk dijadikan minyak yang digunakan dalam produk bakery seperti bagel dan muffin. Ia juga selalu digunakan dalam sayur-sayuran dan dressing salad. Dalam kebanyakan hidangan Turki, mereka  menggunakan biji popi yang dipanggang manakala rempah-ratus dari India dan Turki adalah biji popi yang dihancurkan atau dikenali sebagai kaskas. Kaskas diimport dari negara tropika termasuk India kerana penanaman popi di Malaysia adalah diharamkan dan cuaca di Malaysia tidak sesuai untuk penanaman popi. Sungguhpun dilaporkan biji popi tidak berbahaya dan tidak menyebabkan ketagihan akan tetapi anda dinasihatkan agar berhati-hati kalau hendak makan nasi kandar.


Beralih kepada perkara mengenai apa itu MSG?

. MSG adalah singkatan kepada bahan Monosodium Glutamate iaitu bahan merupakan aditif makanan yang umum digunakan sebagai penyedap rasa. MSG juga dipanggil sebagai Asid Glutamate yang dihasilkan dari proses fermentasi titisan tebu dan pati makanan. Asid glutamate sebenarnya merupakan Asid Amino yang juga terdapat dalam tubuh badan manusia. Ketika diletakkan pada lidah manusia, deria rasa kita akan merangsang bahan seperti rasa daging dan lemak rasanya. MSG banyak dijual dalam pelbagai jenama dan paling lama dipasaran adalah Aji-no-moto selain daripada banyak produk MSG yang lain seperti Aji-Shio, MSG Sea Seosoning, 999 dan beberapa lagi. Ramai mungkin akan rasa 'pening' selepas makan makanan yang mengandungi banyak MSG mungkin kesan daripada bahan tersebut terhadap seseorang. Pertanyaan tentang keselamatan mengambil bahan MSG timbul setelah sekian lama produk tersebut ujud dipasaran. Sebenarnya ramai saintis mendakwa pengambilan bahan MSG masih dianggap selamat jika diambil dalam jumlah sederhana atau rendah. Hanya pengambilan dalam jumlah banyak yang tidak terkawal yang menyebabkan potensi untuk membahayakan kesihatan. Sebenarnya ada dikalangan beberapa orang yang sensitif terhadap MSG dengan merasakan kesan sampingan seperti kepala, mual, sakit dada, denyut jantung cepat dan kesan seperti mengantuk. Bagaimana pun bagi mereka yang mempunyai kadar toleransi yang lebih tinggi kesan-kesan sampingan hanya berlaku atau dirasai satu jam setelah mengambil minimal 3 gram MSG semasa perut kosong. Ada beberapa laporan mengaitkan MSG dengan kesan lain seperti masaalah obesiti, Alzheimer dan penyakit kronik lainnya. Ummumnya bagi mengelakkan kesan dari MSG sebaiknya pengguna membaca label MSG dengan teliti.

Penulis berpendapat dalam usaha kita mengatasi masaalah biji kaskas dan MSG dalam makanan sebaiknya masak sendiri dirumah dan kurangkan makan diluar. Apa pun elakkan makanan mee segera selalu kerana ramuan didalamnya dipercayai banyak mengandungi bahan MSG walau pun anda makan dirumah sendiri (Sila lihat foto disebelah). Produk mee segera, junk food, preserved food yang dijual dipasaran ada yang mungkin mengandungi bahan biji kaskas dan MSG. Sebaiknya anda MESTI baca label pada bungkusan tersebut sama ada dinyatakan mengandungi bahan tersebut atau tidak. Dalam usaha untuk membincangkan hal ini sebenarnya deria asas manusia terutama untuk organ lidah ada lima (5+1) yang utama. Deria tersebut adalah Manis, Masam, Pahit, Masin, Pedas dan yang kelima adalah rasa MSG. Masakan yang dimasak tanpa lima deria asas ini tidak akan sedap dimakan. Seorang tukang masak yang handal perlu pandai mengimbagkan antara kelima-lima asas rasa tersebut. Pengusaha kedai makanan tidak pentingkan kesihatan pelanggan asalkan mereka beratur membeli makanan yang dijualnya. Mereka tidak ambil kisah jika ada teori bahan tersebut merbahaya dan membawa masalah kesihatan. Ini kerana belum ada dilaporkan secara rasmi nilai kadar sebenar biji kaskas dan MSG yang selamat dan perlu digunakan untuk tubuh badan manusia. Mee segera lama bertahan di negara kita memang banyak kandungan MSG. Kalaulah apa yang telah digembar-gemburkan itu betul tentang keburukan pengambilan MSG ini ada persoalan kenapa FDA di Amerika tidak mengharamkan kegunaan bahan ini?. Apakah deria lidah kita sudah dilatih dengan rasa perasa MSG ini pada setiap makanan sejak lama dahulu?.

Kepada mereka yang suka makan luar terutama rangkaian restoren Kedai Mamak yang beroperasi 24 jam dan suka makanan tersbut perlu fikir semula. Kalau sesekali itu mungkin tidak mengapa bukannya 4-6 kali sehari. Ini kerana sering juga dilaporkan makanan tersebut dimasukkan dengan serbuk kas-kas yang digunakan untuk pekatkan lauk nasi kandar itu iaitu keadaan lebih bahaya dari MSG ini (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana biji kaskas adalah diperolehi dari biji dari pokok popi atau pokok candu yang mana ia juga menghasilkan dadah Morphine. Dadah Morphine dihasilkan dari kelaran pada buah pokok candu yang hasilkan getah. Buah candu ini lah juga yang akan dikutip dan mengandungi biji kaskas. Sekiranya ambil lauk nasi kandar berlebihan yang menggunakan serbuk kas-kas memang ada beberapa kemungkinan ujian air kencing akan menunjukkan positif dadah. Oleh itu semua pembaca blog ini perlu sedikit perhatian dan awas juga. Dalam pada itu ada dilaporkan di Airport Dubai jika terdapat didalam kocek anda ada kas-kas maka hukumannya anda boleh dipenjara. Beberapa negara seperti Arab Saudi, Emirate Arab, Australia dan Singapura juga telah mengharamkan pengimpotan biji kas-kas ini tetapi belum di negara kita. Bahan-bahan yg mengandungi walau pun sedikit ketamin tetapi masih punyai kekuatan untuk ketagihan masih dilarang seperti Daun Ketum. Diharap tulisan ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog 'Anim Agro Technology' semua. Wasallam!.
BIJI KASKAS.... MENAMBAH PERISA...
MSG PULA... JENAMA YANG LAMA...
PENYEDAP MAKANAN...ENAKNYA...
ANDA SEMUA...PERLU WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(29 RabiulAwal 1437H)
- Last few days stay in Putrajaya Quarters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...