Support My Blog

Showing posts with label BUAYA - KENAL SIFATNYA. Show all posts
Showing posts with label BUAYA - KENAL SIFATNYA. Show all posts

Monday, January 4, 2016

BUAYA - KENAL SIFATNYA (Part 2)

BUAYA (Crocodylus niloticus) atau Crocodile uaya adalah reptilia yang bertubuh besar yang hidup di air. Secara ilmiah penulis dapati buaya meliputi seluruh spesies dari genus Crocodylidae yang termasuk pula beberapa jenis buaya sepit (Tomistoma schlegelii). Buaya umumnya tinggal dihabitat perairan air tawar seperti sungai, danau, rawa dan kawasan yang basah lainnya walau pun diketahui ada juga buaya yang hidup di air payau seperti muara sungai. Makanan utama buaya adalah haiwan kecil yang bertulang belakang seperti jenis ikan, reptilia dan mamalia (termasuk membaham manusia) dan kadang-kadang juga makan jenis haiwan seperti siput atau moluska dan krustasea bergantung pada spesiesnya. Buaya merupakan haiwan purba dimana ia masih ujud sehingga hari ini. Ia juga ada dilaporkan telah ujud semenjak zaman purba atau zaman Dinosour. Terdapat beberapa jenis buaya yang mungkin kita pernah dengar seperti Buaya Tembaga, Buaya Katak, Buaya Julung-Julung, Buaya Kuala dan sebagainya. Dikalangan ahli bahasa pula ada bidalan 'Buaya Darat' yang memberi makna tersendiri. Nama Buaya atau 'crocodile' adalah diberikan berasal dari bahasa Yunani bermakna 'Kroko' iaitu 'Betu Kerikil' dan 'deilos' yang memberi makna 'cacing' atau 'orang'. Zaman dulu mereka ada menyebutnya dengan maksud ‘cacing berbatu’ bilamana kebiasaan buaya akan berjemur di tepian sungai yang berbatu-batu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sifat dan ciri buaya sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Buaya walau pun nampak ganas tetapi ia dilihat sebagai haiwan yang juga memiliki sifat atau instinct untuk kembali ke tempat tinggalnya semula (homing instinct). Ini ada ditulis dalam satu kisah di Australia dikatakan tiga ekor buaya yang ganas telah pun berjaya dipindahkan kerajaan ke lokasinya yang baru iaitu sejauh 400 km dengan cara menggunakan helikopter. Akan tetapi dalam masa tiga minggu haiwan ini didapati kembali dan tiba semula atau kembali di tempat asalnya. Kejadian ini telah dipantau melalui alat pemancar elektronik yang dipasang pada tubuh reptilia tersebut. Buaya yang menetas dari telur  selalunya akan menghuni kawasan habitatnya (Sila lihat foto disebelah). Buaya memiliki kaitan dengan haiwan burung purba dan dinosour jika ia dibandingkan dengan kebanyakan reptilia lainnya. Lazimnya jenis-jenis buaya yang mempunyai saiz badannya besar adalah sangat berbahaya kepada manusia. Sebagai contoh dilaporkan buaya dimuara sungai Sg Nil adalah yang paling berbahaya dengan membunuh banyak korban haiwan dan manusia setiap tahun. Kita di Malaysia iaitu di Sarawak juga ada dilaporkan buaya yang membaham manusia saban tahun. Buaya tertentu ada yang kurang agresif dan jarang menyerang manusia apabila tidak diganggu tetapi telah ujud peribahasa 'Air Tenang Jangan di sangka tiada buaya' yang telah saya tulis sebelum ini (Sila klik disini). Ia adalah haiwan pemangsa di air yang paling digeruni sehingga kehari ini. 


Dalam membuat rujukkan, penulis terbaca laporan ada peristiwa serangan buaya yang paling banyak pernah memakan jiwa manusia. Kisah ini yang terjadi di Burma pada 19 Februari 1945 iaitu semasa Perang Pulau Ramree. Sejumlah 900 orang askarJepun dalam usaha untuk mundur dan bergabung dengan pasukan infantri yang lebih besar, mereka dilaporkan telah berusaha menyeberangi paya jenis bakau sepanjang 10 batu yang dihuni buaya-buaya muara. Dua puluh (20) askar akhirnya ditawan hidup-hidup oleh pasukan tentera Inggris yang menunggu. Sementara itu seramai hampir 500 orang askar lagi diketahui telah melarikan diri dari Pulau Ramree dan dikatakan ramai tentara Jepun tersebut sebanarnya telah mati dibaham oleh buaya dimana ia telah direkodkan dalam perang dunia kedua. Meskipun buaya hidup ditakuti orang ramai tetapi produk-produk dari kulit buaya amat disukai dan berharga mahal. Kini kulit buaya dijadikan aneka barang kraftangan kulit seperti Dompet, Beg Tangan, Topi, Tali pinggang, Kasut dan lain-lain. Harga barangan ini mengikut jenama dan kualiti yang dari berharga murah sehingga beribu-ribu kerana jenama dan kualiti. Antara negara yang banyak menternak buaya untuk tujuan ini adalah Thailand dan Indonesia. Produk kulit buaya ini lazimnya akan terus dieksport keseluruh dunia dengan nilai pasaran ratusan juta ringgit setiap tahun. Antara 4 sasaran eksport produk kuit buaya utama adalah Singapura, Jepun, Korea, Itali dan beberapa negara lainnya dengan jenama terkemuka. 


Selain itu daging buaya juga dimakan di beberapa negara seperti di Australia, Etiopia, Thailand, Afrika Selatan, Cuba, dan juga beberapa lokasi di Indonesia dan USA. Daging buaya dipercayai mempunyai rasa yang enak sama seperti daging haiwan lain jenis ini. Daging buaya ada dihasilkan dengan banyak di Thailand dan dibungkus dengan rapi untuk pasaran domestik dan eksport (Sila lihat foto disebelah). Kini dilaporkan banyak populasi buaya liar yang yang jumlahnya menurun dan menuju kepunahan. Terdapat banyak jenis buaya di pelbagai negara yang dimasukkan ke dalam status dilindungi. Empat jenis buaya yang ada di Malaysia dan juga Indonesia iaitu Crocodylus novaeguineae (Buaya Irian), C. porosus (Buaya Muara), C. siamensis (Buaya Siam) dan Tomistoma schlegelii (Buaya Katak) telah dilindungi oleh undang-undang. Bagaimana pun buaya yang diternak untuk penghasilan kulit dan dagingnya terus bertahan populasinya kalau pun tidan bertambah ddibeberapa negara. Jenis Buaya Muara dan Buaya Nil adalah jenis-jenis yang paling banyak dilindungi dikawasan habitatnya. Perlindungan haiwan buaya buaya muara telah diperluaskan kawalannya seperti apa yang dilakukan di Australia. Di Malaysia buaya ada disimpan didalam Zoo untuk tontonan umum serta beberapa Pusat Taman Buaya seperti di Melaka, Perak, Pulau Pinang dan beberapa lokasi  lagi untuk tontonan orang awam. Industri Penternakan buaya di Malaysia bagaimana pun jauh lagi berbanding dengan industri ternakan buaya di Thailand. Artikel mengenai mengenali sikap dan potensi dalam dua tulisan iaitu Part 1 dan Part 2 ini diharap memberi info kepada anda. Wasallam!....

NAMA BUAYA... JENIS REPTILIA...

HAIWAN BESAR...IA MERBAHAYA...
MEKAN IKAN... JUGA MANUSIA...
JIKA DITERNAK... UNTUNG TINGGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1437H)

Sunday, January 3, 2016

BUAYA - KENAL SIFATNYA (Part 1)

BUAYA (Crocodylus niloticus) atau Crocodile uaya adalah reptilia yang bertubuh besar yang hidup di air. Secara ilmiah penulis dapati buaya meliputi seluruh spesies dari genus Crocodylidae yang termasuk pula buaya sepit (Tomistoma schlegelii). Buaya umumnya tinggal dihabitat perairan air tawar seperti sungai, danau, rawa dan lahan basah lainnya walau pun diketahui ada juga buaya yang hidup di air payau seperti muara sungai. Makanan utama buaya adalah haiwan kecil bertulang belakang seperti jenis ikan, reptilia dan mamalia (termasuk membaham manusia) dan kadang-kadang juga makan jenis siput atau moluska dan krustasea bergantung pada spesiesnya. Buaya merupakan haiwan purba dimana ia masih survive sehingga hari ini. Ia dilaporkan ujud semenjak zaman dinosaurus. Terdapat beberapa jenis buaya yang mungkin kita pernah dengar seperti Buaya Tembaga, Buaya Katak, Buaya Julung-Julung dan lazim juga digelar ada Buaya Darat?. Nama Buaya atau crocodile adalah diberikan asaslnya dalam bahasa Yunani bermakna 'Kroko' iaitu 'Betu Kerikil' dan 'deilos' yang juga memberi makna 'cacing' atau 'orang'. Zaman dulu mereka ada menyebutnya dengan maksud ‘cacing berbatu’ bilamana kebiasaan buaya berjemur di tepian sungai yang berbatu-batu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sifat dan ciri buaya sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Buaya sama seperti dinosaur yang memiliki tulang-tulang belang kuat dengan menjadi bentuk struktur tubuh badannya. Buaya sesungguhnya merupakan haiwan besar yang kompleks. Ia tidak sama seperti jenis reptilia yang lain dimana buaya memiliki jantung dengan ruang empat di sekat oleh rongga badan (diafram) dan cerebral cortex.  Buaya memperlihatkan dengan jelas cara hidup sebagai pemangsa akuatik. Tubuhnya yang panjang "streamline" dimana membolehkan ia berenang cepat. Buaya melipat kakinya ke belakang melekat pada tubuhnya bertujuan untuk mengurangkan geseran air dan membolehkan ia menambah kecepatan pada semasa berenang. Jari-jari pada kaki buaya iaitu pada kaki belakangnya berselaput renang yang akan boleh digunakan sebagai pendayung ketika berenang cepat. Lazimnya selaput ini amat berguna apabila ia mahu pusing balik atau melakukan gerakan tiba-tiba didalam air atau untuk memulakan renangan (Sila lihat foto disebelah). Kaki berselaput juga merupakan keuntungan manakala buaya perlu bergerak atau berjalan di air dangkal. Buaya dapat bergerak dengan sangat cepat pada jarak pendek sama ada didarat atau di luar air.

Binatang ini memiliki rahang yang sangat kuat, dimana ia dapat menggigit dengan kekuatan luar biasa. Ini menjadikan buaya sebagai haiwan dengan kekuatan gigitan yang paling besar. Tekanan gigitan buaya ini tidak kurang dari 5,000 psi (pounds per square inch) atau ia setara dengan 315 kg/cm²). Ini jika dibuat perbandingan dengan kekuatan gigitan Anjing Rottweiler yang hanya 335 psi sahaja. Gigi-gigi buaya runcing dan tajam dimana ia amat berguna untuk memegang mangsanya. Buaya lazimna akan menyerang mangsanya dengan cara menerkam sekaligus menggigit mangsanya itu dan kemudian menariknya dengan kuat dan tiba-tiba ke air. Ini disebabkan otot-otot di sekitar rahangnya berkembang baik sehingga dapat mengatup dengan amat kuat mangsa dalam mulutnya. Mulut yang telah mengatup demikian juga amat sukar dibuka. Akan tetapi sebaliknya berlaku dimana otot-otot yang berfungsi untuk membuka mulut buaya amat lemah. Para saintis buaya selalu melilitkan pita perekat besar beberapa kali atau mengikatkan tali getah di hujung muncong buaya. Ini dilakukan semasa saintis hendak membuat penelitian mengenai buaya tersebut dengan mengikat bahagian mulutnya dengan selamat.  Kuku buaya amat kuat dan tajam tetapi sebenarnya dibahagian lehernya amat kaku sehingga buaya tidak begitu mudah menyerang ke kiri-kanan atau menyerang di belakang.

Makanan buaya secara semulajadi dalam habitatnya adalah seperti ikan, burung, mamalia dan kadang-kadang juga buaya lain yang lebih kecil atau bangkai buaya dewasa. Reptilia ini merupakan jenis haiwan pemangsa yang akan menyerang dengan 'serang hendap' dimana ia akan menunggu mangsanya haiwan darat atau ikan mendekat, lalu menerkamnya dengan tiba-tiba. Sebagai haiwan yang berdarah dingin maka predator ini dapat bertahan cukup lama tanpa makanan dan jarang benar-benar perlu bergerak untuk memburu mangsanya. Meskipun nampaknya lembab namun buaya merupakan pemangsahebat dimana ia boleh menyerang ikan yu dan lembu yang besar. Ada juga buaya yang mengangakan mulut ditepi sungai berjemur dan burung datang masuk mulut buaya untuk makan tetapi apabila mulut buaya 'ngap' maka settlelah buaya yang kelaparan itu. Buaya mengawan dan akan bertelur dimana masa ini buaya amat sangat agresif dan mudah menyerang manusia atau haiwan lain yang mendekatinya. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga sarang dan telur-telurnya dan merbahaya untuk didekati. Induk buaya betina umumnya menyimpan telur-telurnya dengan membenamkannya di bawah longgokkan tanah atau pasir bercampur dengan perca daun dan ranting. Induk tersebut kemudian menunggu sarang telur dari jarak sekitar 2 meter dan amat garang. Artikel ini bersambung pada Part 2. Wasallam!.
NAMA BUAYA... JENIS REPTILIA...
HAIWAN BESAR...IA MERBAHAYA...
MEKAN IKAN... JUGA MANUSIA...
JIKA DITERNAK... UNTUNG TINGGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...