Support My Blog

Tuesday, October 6, 2026

UBI KAYU DAN FAKTA PENTING (PART 1)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Bagi penulis blog mendapati jika ubi kayu atau juga dikenali sebagai 'Singkong' di Indonesia ia adalah sejenis tanaman berubi yang menjadi sumber karbohidrat penting bagi jutaan penduduk dunia. Menyentuh tentang khasiat dan fakta manfaat ubi kayu sebagai sumber tenaga sebab ianya kaya dengan karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga yang berpanjangan. Bahan serat dalamnya juga akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan memberi rasa yang kenyang lebih lama. Ubi kayu memang ia bebas gluten dimana amat sesuai dijadikan pilihan makanan bagi individu yang ada mengalami alahan atau intoleransi gluten. Ia juga ada zat iaitu zat mineral dan vitamin seperti kalsium, kalium, magnesium serta vitamin C untuk sokongan kesihatan tubuh. Apa pun penulis blog paparkan fakta dimana ubi kayu ia tidak boleh dimakan mentah sebabnya kulit dan isi ubi kayu mengandungi sebatian toksik 'Linamarin' yang boleh menghasilkan asid hidrosianik (cyanide). Ia perlu dimasak dengan betul dimana penulis blog sebelum merebusnya iaitu kulitnya mesti dikupas sepenuhnya, dicuci dan dimasak (direbus, digoreng atau boleh di dibakar) sehingga empuk sebelum dimakan bagi tujua iaitu akan menghilangkan racun. Kegunaannya adalah pelbagai iaitu selain direbus atau dibuat kerepek dan tapai, ubi kayu diproses menjadi tepung kanji serta bahan industri lain. Apa pun di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,554 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 44,868 metrik tan pada tahun 2025 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2026). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 840 hektar menghasilkan 18,420 metrik tan pada tahun 2025 diikuti dengan Negeri Sarawak (533 hektar menghasilkan 7,289 mt) dan Negeri Selangor (322 hektar menghasilkan 5,553 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ada banyak fakta penting tentang ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Pertama dilaporkan oleh FAOStat dimana jumlah pengeluaran ubi kayu global direkodkan melebihi 333.7 juta tan metrik dengan nilai melebihi USD146.2 bilion (RM597.29 billion) pada tahun 2025. Perlu di laporkan jika taburan dan lokasi bagu ubi kayu berada di benua Afrika yang  menyumbang kira-kira 63.3% daripada jumlah keseluruhan penghasilan ubi kayu manakala Asia merangkumi pengeluaran sekitar 29.1% sahaja. Dari rekod yang penulis rujuk di laporkan iaitu negara pengeluar terbesar ubi kayu adalah negara Nigeria yang mendahului sebagai pengeluar terbesar dunia dengan jumlahnya melebihi 63 juta tan setahun dan ini diikuti oleh negara seperti Brazil, Ghana, Thailand dan Republik Demokratik Congo. Perlu tau fakta enting jika Nigeria ialah pengeluar ubi kayu (cassava) terbesar di dunia iaitu dengan jumlah pengeluaran mencecah lebih daripada 60 juta tan setiap tahun. Walaupun Nigeria memimpin pasaran global dari segi jumlah tuaian dimana fakta iaitu sebahagian besar daripada hasil ubi kayu tersebut ianya digunakan untuk penggunaan domestik berbanding jumlah ubi kayu yang dieksport. Ubi kayu merupakan Jenis Makanan Ruji Tempatan di Nigeria dan ia merupakan sumber kalori dan makanan ruji yang sangat penting bagi jutaan penduduk Nigeria. Ia diproses secara tradisional menjadi pelbagai jenis makanan ruji tempatan seperti garri (jenis serpihan ubi kayu kering), fufu dan lafun. Makana bernama '
Garri' ialah sejenis makanan ruji berbentuk serbuk kasar atau granul yang mana ia diperbuat daripada ubi kayu di Nigeria dan negara Afrika Barat yang lain. Menarik sebeb cara pembuatan dengan ubi kayu dikupas, dicuci dan diparut menjadi serbuk (mash) dan ia akan di peram selama beberapa hari untuk mengurangkan kandungan bahan asid sianida (sejenis toksin bahaya). Air berlebihan diperah keluar dan kemudian ia diayak dan akan digoreng (disangai) dalam periuk besar sehingga kering (Sila lihat foto paling bawah sekali). Dalam pada itu minyak kelapa sawit mungkin ditambah semasa proses untuk menghasilkan garri berwarna kekuningan manakala variasi tanpa minyak dipanggil garri putih. Cara Makan sama a da ia dimakan begitu sahaja atai ia direndam dalam air sejuk dicampur gula, susu, atau kacang tanah sebagai bijirin atau snek. Juga boleh dibuat sebagai makanan 'Eba' iaitu mencampur dengan air panas dan dikacau menjadi doh likat yang dimakan bersama pelbagai jenis sup pekat Afrika. Nigeria walau pun ia sejak lama memegang status sebagai pengeluar nombor satu dunia tetapi Nigeria berada di kedudukan yang rendah dalam nilai eksport global (sekitar kedudukan ke-59). Negara ASEAN lain seperti Thailand mengeksport lebih banyak produk ubi kayu kerana mereka mempunyai sistem pemprosesan industri yang lebih maju. Dalam kes potensi industri di Nigeria dimana kini sudah ada terdapat usaha untuk mengurangkan pembaziran hasil tuaian dan meningkatkan ekonomi petani dengan cara mereka membina kilang pemprosesan berhampiran ladang. Ubi kayu diproses menjadi kanji industri, etanol, sirap, serta pemanis bernilai tinggi untuk pasaran tempatan dan global. Menarik sebab negara Thailand ialah pengeluar ubi kayu ketiga terbesar di dunia berada di belakang Nigeria dan Republik Demokratik Kongo akan tetapi ia memegang takhta sebagai pengeksport produk ubi kayu terbesar di dunia dengan menguasai sekitar 60 - 65% pasaran eksport global. Apa pun status Thailand sebagai pengeksport utama dunia dan pelopor industri ubi kayu dunia dimana hasil tuaian mereka menjadi produk kering untuk pasaran eksport. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan teknologi status penanaman dan hasil ubi kayu di Thailand yang dieksport dalam bentuk produk kanji atau produk tepung ubi kayu (tapioca starch), pelet dan cip ubi kayu kering. Produk ini digunakan secara meluas dalam industri pembuatan makanan, makanan ternakan, pemanis tiruan, serta penghasilan etanol (biobahan api). Direkodkan dimana negara pembeli utama bagi produk ubi kayu Thailand ialah China (terutama untuk pembuatan industri dan tenaga), diikuti oleh Jepun, Taiwan, dan Indonesia. Industri tanaman ini diusahakan oleh lebih 580,000 keluarga petani di Thailand terutamanya di kawasan timur laut (Isan) yang mempunyai tanah berpasir yang amat sesuai untuk ubi kayu.  


Fakta penting adalah bagaimana cara dan penggunaan ubi kayu dunia iaitu sebagai salah satu Makanan Ruji Manusia serta ia menjadi sumber karbohidrat ketiga penting di kawasan tropika dan negara subtropika selepas makanan dari Padi (Oryza sativa) dan Jagung (Zea mays) yang mana ia diproses menjadi makanan tradisional seperti gari dan fufu atau direbus, digoreng dan dijadikan kuih. DIlaporkan ada b
anyak negara di benua Afrika (seperti Nigeria, Republik Demokratik Congo, Ghana dan Mozambique) yang menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji. Sudah di laporkan jika Nigeria sebagai pengeluar ubi kayu terbesar di dunia manakala negara jirannya seperti Republik Demokratik Congo dan Ghana sangat bergantung padanya untuk bekalan kalori harian. Ubi kayu akan di jadikan berjenis hidangan dan ia kerap diproses menjadi tepung atau ditumbuk menjadi doh likat yang dikenali sebagai fufu atau eba, yang dimakan bersama sup dan kuah pekat. Ubi Kayu ini ia menjadi pilihan kerana ia sangat mudah hidup di tanah yang kurang subur dan tahan cuaca panas atau kemarau. Bagi penulis blog pernah dengar di Malaysia dimana ubi kayu pernah menjadi makanan ruji sementara ketika zaman Pendudukan Jepun (Perang Dunia Kedua) apabila bekalan beras sukar diperolehi untuk rakyat semasa perang. Kedua adalah kepentingan ubi kayu didalam Industri Kanji dan Tepung sangat dominan dimana ubi kayu akan di proses menjadi tepung ubi kayu atau kanji (tapioca starch) untuk ianya digunakan dalam industri pembuatan produk hiliran termasuk monosodium glutamat (MSG), gam, kertas dan tekstil. Dalam industri kanji dan juga tepung ubi kayu ia merupakan sektor ekonomi yang selalu memproses akar pokok ubi kayu menjadi serbuk kanji atau tepung tapioka untuk kegunaan makanan, pembuatan produk komersial, dan bahan mentah industri. Ia menggunakan bahan asas dari ubi dibahagian akar ubi kayu dengan ubi segar ia akan berwarna putih, tidak berbau, tidak berperisa, bebas gluten dan mempunyai sifat kelikatan yang tinggi. Tepung Ubi atau 'tapioka flour' ini ia biasanya merujuk kepada bahan gred makanan manakala kanji ubi kayu kerap digunakan sebagai istilah untuk gred perindustrian.  Ketiga kegunaan ubi kayu dalam Produk Industri Makanan dimana ia banyak dgunakan sebagai bahan pemekat dalam sos, membuat berjenis kuih-muih tradisional, keropok, bihun dan produk bebas gluten. Ia juga sada kegunaan keempat iaitu dalam Industri Bukan Makanan seperti ia menjadi bahan asas pembuatan gam, kertas, tekstil, produk detergen, farmaseutikal dan produk plastik mudah hurai (bioplastik). Ubi kayu juga sebagai 'Biotenaga. bila ia diproses untuk menghasilkan 'Bioetanol' sebagai bahan api alternatif. Kelima adalah kegunaan ubi kayu sebagai Jenis Makanan Haiwan dimana ia paling selalu akan digunakan sebagai bahan asas atau tambahan dalam usaha membuat pengeluaran makanan ternakan seperti bagi jenis makanan ayam, lembu dan makanan ikan. Keenam adalah pepentingan fakta ubi kayu yabg di jadikan Bahan Industri Lain dan Biobahan Api dimana ia juga menjadi bahan mentah dalam sektor farmaseutikal serta penghasilan etanol sebagai alternatif biobahan api.


Fakta penting perlu di kongsikan oleh penulis blog adalah berkaitan dengan Nilai Pasaran Ubi Kayu Dunia (global cassava market) dimana setiap tahun dianggarkan bernilai antara USD 81.42 - USD 171.1 bilion (RM332.63 - RM699.83 billion) dengan julat perbezaan nilai ini bergantung kepada skop laporan firma penyelidikan pasaran iaitu sama ada mereka mengira nilai ubi kayu mentah sahaja atau sudah  merangkumi semua produk hiliran seperti kanji, tepung dan serpihan ubi kayu (cassava chips). Merujuk laporan dimana secara purata, jumlah pengeluaran ubi kayu di seluruh dunia mencecah lebih 300 juta tan metrik setahun dimana jumlah pasaran global ini dijangka terus berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sekitar 4.3 - 6.25% dan unjuran nilai pasaran boleh melepasi USD 200 bilion (RM817.08 ) iaitu bila ia sampai atau menjelang awal tahun 2030. Dilaporkn dimana rantau paling dominan industri pasaran ubi kayu berada di kawasan Asia Pasifik dimana mereka memonopoli pasaran dunia dengan pegangan syer sekitar 46% - 60% daripada keseluruhan nilai pasaran di dunia. Walau pun negara menjadi pengeluar terbesar ubi kayu masih negara Nigeria tetapi situasi ini berlainan sebab ia merupakan pengeluar ubi kayu terbesar di dunia dan kegunaan utamanya untuk jaminan makanan domestik sahaja sedangan di Thailand dan Vietnam adalah pelopor utama dalam rantaian eksport komersial dan industri kanji dunia. Berlaku keadaan dimana kenaikan nilai pasaran ini dipacu kuat oleh lonjakan permintaan produk bebas gluten (gluten-free), peningkatan penggunaan kanji ubi kayu (tapioca starch) dalam industri makanan/minuman dan tekstil, serta permintaan cip ubi kayu untuk penghasilan bioetanol (tenaga boleh diperbaharui). Negara C
hina didakwa ia merupakan pengimport utama ubi kayu (dan juga produk turunannya seperti kanji tapioka) terbesar di dunia. Negara tersebut mendominasi pasaran import global dengan jumlah pegangan mencecah sekitar 75 - 80% daripada keseluruhan volum import dunia bagi memenuhi permintaan industrinya. Apa pun selain negara China ada terdapat beberapa negara lain yang turut dikategorikan sebagai pengimport utama ubi kayu di peringkat global dan China masih mendominasi pasaran global untuk pembuatan bio-etanol, makanan ternakan dan kanji industri. Indonesia juga walaupun ia juga merupakan antara pengeluar utama, Indonesia tetap mengimport jumlah import yang besar (terutama dalam bentuk kanji atau ubi kering) bagi menampung kekosongan pasaran bermusim kilang pengolahan tempatan. Berlainan dengan  Malaysia yang mana ia tetap konsisten berada dalam senarai teratas antara 5 buah negara pengimport kanji ubi kayu global untuk kegunaan industri pembuatan makanan (seperti snek dn dan kerepak makanan ringan), produk mi serta jenis produk mononatrium glutamat (MSG). Negara Amerika Syarikat (USA) bagaimana pun ada mengimport ubi kayu untuk diguna dalam sektor pemprosesan makanan komersial serta pembuatan kertas dan pelekat. Bagi Jepun dan Filipina mereka juga ada mengimport dan menggunakannya bagi industri makanan dan juga makanan ternakan.  Sebahagian besar bekalan ubi kayu antarabangsa ini dieksport oleh negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand (penebksport terbesar dunia) dan Vietnam Harga pasaran purata bagi eksport ubi kayu (cassava) di peringkat antarabangsa adalah sekitar US$393 (kurang lebih RM1,700) setiap tan metrik, bergantung kepada bentuk produk sama ada ubi segar, kerepek, tepung atau kanji. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang sangat edukatif. Wasallam!!!...
TANAMAN UBI KAYU... TAPIOCA CASSAVA...
ADA BANYAK JENIS...IA MAKANAN UTAMA...
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK PRODUKYA...
MEMBACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1448 Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...