Support My Blog

Thursday, July 12, 2012

SISTEM TERNAKAN KAMBING

SISTEM TERNAKAN KAMBING yang dijalankan di negara kita mempunyai 3 cara pengurusan iaitu SISTEM TERNAKAN INTENSIF, SISTEM TERNAKAN SEMI-INTENSIF  dan juga SISTEM  TERNAKAN EKSTENSIF. Kambing (Copra hircus) merupakan haiwan ruminan kecil yang suka memamah dan memakan daun-daun dan batang tumbuhan yang menyebabkan ia mampu didapati di kawasan padang, gurun , bukit bukau dan apa lagi kawasan banyak rumput seperti di Malaysia. Kemampuannya makan rumput tanpa memilih menyababkan kambing adalah agen biologi kawalan rumpai yang sangat berkesan. Bagaimanapun kehadirannya menyebabkan kambing juga menjadi musuh utama kepada pekebun-pekebun kerana ianya makan tanaman yang ditanam dikkawasan rumah dan kawasan kebun. Kambing suka meneroka kawasan baru untuk meragut dan ini menyebabkan ianya menumbukan masaalah pengurusan dimana tuan tanah akan marah. Sebaiknya memelihara kambing di kawasan yang berpagar untuk kurangkan risiko bergaduh sebab kambing. Anim Agro Technology akan berkongsi info mengenai sistem ternakan kambing.


Kaedah Ternakan Intensif dijalankan dimana kambing di tempatkan didalam kandanh sepenohnya dan tidak dilepaskan. Konsep ini seperti kaedah menternak lembu fidlot dimana makanan akan diberikan kepada kambing dalam kandang. Kaedah ternakan yang dikurung dengan memberikan makan yang dipotong dari kawasan lain dan diangkut kedalam kandang. Selain rumput, dedak, bekalan air minum dan batu garam, kebersihan kandang kambing perlu dijaga dengan baik dan sentiasa dijalankan kerja-kerja pemungutan najis. Kaedah ini memang perlukan tenaga kerja agak lebih kerana semuanya diuruskan menggunakan tenagakerja. Cara ini mempastikan kurang serangan kecacingan (Helmintiasis) dan keracunan makanan. Kaedah ini memudahkan kita menjaga kambing dan kurang masaalah dengan orang kampong.


Cara penternakan Semi-Intensih pula dimana kambing dipelihara dalam kandang dan akan dilepaskan pada masa dan kawasan ragutan tertentu sahaja. Pengalaman saya yang memelihara kambing masa kecil dulu akan membuka kandang kambing selepas jam 12.00 tengahari dan menutup pintu kandang kambing jam 7.00 malam. Ini bermakna kambing akan dilepaskan dan meragut makanan selama 7 jam didalam kawasan kebun yang di pagar. Masaalahnya kadang-kadang ada kawasan pagar yang berlubang atau orang tidak tutup pintu menyebabkan kambing akan keluar dan 'enjoy' di luar kawasan pagar yang terpaksa kita pergi mencarinya untuk di halau balik kedalam kandang. Cara ini paling lazim diamalkan dimana ianya effisien dan mengurangkan stress kepada kambing didalam kandang dan masa tersebut kita boleh bersihkan kawasan kandang kambing.


Sistem Ternkanan Ekstensif adalah satu kaedah paling banyak diamalkan oleh penternak kecil-kecilan secara hobi dikawasan kampong. Kambing akan dibiarkan lepas dan bebas dimana-mana sahaja dikawasan kampong untuk meragut dan mancari makanan. Kaedah ini tidak diamalkan oleh ladang-ladang komersil kerana banyak masaalah yang akan timbul. Diantara masaalah kaedah ini adalah seperti kehilangan kambing ( Dicuri orang, di makan binatang buas, kemalangan dsb), Serangan penyakit parasit (Kecacingan), masaalah keracunan makanan dan juga masaalah kekurangan makanan. Lazimnya kambing akan kurus dan tidak sihat dan banyak tulang daripada daging (Sesuai untuk di buat sup tulang - Kambing Organik kot!). Kaedah ini juga sering menimbulkan masaalah kepada penduduk kampung yang terpaksa membuat pagar, menghalau kambing (kadang-kadang mencederakan kambing) dan sering menimbulkan pergaduhan dikalangan masyarakat.  Kepada mereka yang hendak menternak kambing disyorkan membuat perancangan dengan betul dan mempunyai modal, kawasan dan ilmu menternak kambing dengan menghadiri kurusu penternakan kambing secara formal.Wasallam....!  


CARA TERNAK KAMBING -- ADA 3 CARA....
YANG INTENSIF ...MODAL MESTI ADA...
CARA EKSTENSIF .... CARA BIASA SAJA...
MEMANG SERONOK... JIKA KAMBING ADA...


By,
M Anem
Room 430, Pulai Spring Resort,
Johor Bahru, Johor ,Malaysia.
(23 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...