Support My Blog

Friday, July 6, 2012

KEDALAMAN TANAM PADI

KEDALAMAN PENANAMAN BENIH PADI PRA-CAMBAH (Oryza sativa) mempunyai kesan yang sangat bererti (significant) terhadap pertumbuhan anakbenih padi varieti MR 219. Teknologi penanaman padi secara tabur terus pada masa  kini merupakan satu amalan yang telah menjadi kebiasaan kepada pesawah berbanding dengan teknologi mengubau anak semaian padi pada masa dahulu. Kaedah ini telah menjadi satu amalan di seluruh Asia Tenggara kerana teknologi ini mampu mengurangkan kos tenagakerja dan juga mengurangkan kos pengeluaran disamping dapat dilaksanakan dengan masa singkat. Kerja menabur benih padi ini diserakkan setelah kerja-kerja penyediaan kawasan selesai tanpa proses menyemai benih dahulu. Teknik Tabur Terus basah merupakan satu kaedah dimana anakbenih pra-cambah ditabur dalam tanah sawah yang tepu air. Cara ini didapat meningkatkan hasil kerana faktur kecukupan air, kerataan tanah dan pengurusan sawah yang baik. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis berkaitan pengaruh kedalaman menanam benih padi pra-cambah terhadap kebolehan untuk tumbuh dilsawah dalam 'Anim Agro Technology'.


Varieti padi MR 219 merupakan satu varieti yang berpotensi untuk memberikan hasil tinggi dengan syarat ditanam mengikut Amalan Pertanian Baik dan Teknologi yang sesuai. Dalam sawah padi, bekalan air yang mencukupi merupakan pra-syarat bagi mendapat penapakan anakbenih padi pracambah yang baru ditabur. lazimnya tanah yang kering adalah berongga dan apabila air dimasukkan kedalam sawah maka rongga-rongga tersebut akan dimasukki air sehingga tepu. Menurut pemerhtian yang dijalankan oleh Pn Raudah Taib daripada PTIF Jabatan Pertanian Titi Gantong, Perak mendapati peratus pertumbuhan anakbenih padi MR 219 adalah sangat berkurangan dengan sagat ketara (very significant) apabila tahap penanaman semakin dalam. Taburan permukaan tanah pada tahap 0 cm mencatatkan pertumbuhan tertinggi iaitu pada 85% dan ianya terus menurun dengan paras kedalaman air. Data yang di kumpul menunjukkan pada kedalaman 1 cm kadar percambahan sebanyak 55.6%, kedalaman 2 cm (34.0%) dan kedalaman 3 cm sekadar 8.6% sahaja. 


Para pesawah perlu faham akan keadaan ini dimana kajian oleh beberapa pakar pertanian mendapati jika benih padi ditabur pada kedalaman air 1 cm atau lebih akan menjejaskan prestasi penapakan anak benih dan secara langsung akan menjejaskan tahap penghasilan padi.  Teknik tabur terus boleh menyebabkan pertumbuhan anak pokok menjadi sangat lemah (very weak) disebabkan oleh kekurangan oksigen apabila biji benih diselaputi tanah. Keadaan akan menjadi lebih serius dan teruk jika anak benih terbenam didalam tanah. Beberapa kajian mengesyorkan agar biji benih padi disalut dengan bahan kalsium peroksida kerana bahan ini sangat beresan dalam memperbaiki pertumbuhan dan perkmbangan anakbenih padi.  ini kerana Kalsium peroksida akan melepaska molikul oksigen yang akan bertindakbalas dengan air yang akan digunakan oleh biji benih dalam proses percambahan.


Apa yang saya faham kini kedalaman menanam biji benih padi MR 219 memberikan kesan yang sangat bererti (significant) dalam pertumbuhan anakbenih padi. Kaedah menabur benih padi menggunakan alat peyembor mesin motor galas diatas tanah liat yang tinggi atau tanah yang tepu air atau tanah yang lembut akan menyebabkan bijibenih pra-cambah terbenam kedalam tanah. Ini akan menyebabkan kadar percambahan menurun kerana banyak bijibenih akan mati. kalau pesawah hendak menggunakan mesin motor galas juga perlu pastikan agar keadaan tanah sesuai agar anak benih pra-cambah tidak terbenam kedalam tanah.  Sikaranya terdapat paras air dalam dalam sawah, pesawah perlu mengeluarkan ait tersebut dengan membuat parit-parit atau alor air dipermukaaan sawah sebelum menabur benih padi.  Semuaga teknologi dan artikel ini memberikan sedikit ilmu kepada pembaca Anim Agro Technology kali ini. Wasallam.


MENANAM PADI ... CARA TABUR TERUS...
BENIH PRA-CAMBAH...MESTI DI URUS...
PARAS AIR...MEMANG PALING KRITIKAL...
PERCAMBAHAN TINGGI... HASILNYA BAIK..


By,
M Anem
Raub, Pahang,
Malaysia
(16 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...