Support My Blog

Saturday, July 7, 2012

PERLADANGAN ORGANIK THAILAND

PERLADANGAN ORGANIK (Organic Agriculture) di Thailand telah di majukan semenjak tahun 1993 dan kini merupakan satu cabang aktiviti penting di negara tersebut. Satu kertaskerja telah dibentangkan oleh Mr Vitoon Panyakul pada seminar pertanian organik Kebangsaan 2012 yang diadakan du Armada Hotel , Petaling Jaya, Selangor dari 2-3 Julai 2012. Tajuk kertas beliau adalah "Thailand Organic 2012" dimana beliau adalah merupakan aktivis untuk NGO Green Net - earth Net dengan emailnya vitoon@greennet.or.th. Perladangan Organik di Thailand di mulakan pada 1991 dengan penglibatan Capital Rice Co iaitu satu syarikat pengekspot beras terbesar di Thailand dengan mempromosikan beras organik. Kini Thailand mempunyai seluas 112,153 rai (Hampir 20,000 hektar) kawasan penanaman padi organik untuk pasaran tempatan dan ekspot. Banyak rujukan mengenai takrif perladangan organik didalam internet tetapi yang saya faham adalah perladangan tanpa menggunakan bahan kimia dan cuma menggunakan bahan semulajadi sahaja (Kompos, tahi ternakan dan mikrobs). Artikel 'Anim Agro Teknology' kali ini berminat mempaparkan teknologi dan perkembangan perladangan organik di Thailand.


Perkembangan perladangan organik di Thailand pada tahun 1992 berkembang dengan mengadakan Pameran dan Promosi Produk Organik yang di adakan di Surin. Green Net yang aktif dalam mempromosikan perlaksanaan OA telah ditubuhkan pada tahun 1993 dimana beras wangi organik Thailand mula di ekspot mulai 1994. Seterusnya kaedah akreditasi dan aktiviti perladangan organik terus maju di Thailand dengan penubuhan ACT Inspection, IFOAM Certification, ACFS Certification dan banyak lagi standards yang dibangunkan. Kerajaan leluluskan peruntukkan sebanyak USD 15.6 juta untuk pembangunan ladang organik selama 3 tahun dan menghasilkan produk organik dengan jenama "ORGANIC THAILAND". Satu projek pertanik berskala besar telah dilancarkan pada tahhun 2003 di Surin, Thailand melibatkan seramai 16,000 orang petani yang melibatkan kawasan pertanian seluas 37.760 hektar.  Projek ini telah berjaya membawa Thailand sebagai salah satu pengeluar beras organik yang terbesar didunia.


Bagi mengukuhkan pertanian organik sebanyak 1.2 billion Baht (Agak-agak RM 12 juta) diluluskan untuk projek pengeluaran baja organik. Pada masa ini TOTA (Thai Organic Traders Assiciation) telah ditubuhkan dan menjalankan banyak aktiviti berkaitan perladangan organik sehingga pada tahun yang sama kerajaan mampu menyediakan 'Pelan Tindakan Perladangan Organik Kebangsaan". Pada masa ini perladangan organik di Thailand melibatkan seramai 5,358 buah ladang dengan keluasan kawasan sebanyak 30,755 hektar (0.15%) daripada keluasan tanah pertanian di Thailand. Terdapat seramai 5.1 juta petani yang terlibat dengan pertanian organik di Thailand pada masa ini. 


Bagaimana status pengeluaran hasil organik di Thailand sekarang?.... Laporan dari Mr Vitoon menunjukkan sebanyak 44,295 metrik tan produk organik dihasilkan pada tahun 2011 dengan nilai pengeluaran sebanyak 1,291.70 juta Baht (Berapa RM tu?). Kawasan paling luas yang menerima persijilan organik adalah Tanaman Padi (seluas 112,152 rai), Tanaman Kontan (43,520 rai), Sayur-sayuran (18,058 rai), Buah-buahan (7,342 rai) dan tanaman lain (1,500 rai). Sifir bagi pertukaran ialah 6.25 rai = 1 hektar. Memang telah maju pertanian organik di Thailand. Pertanian Organik di Malaysia bagaimana pula?


NEGARA THAILAND ...PERTANIAN MAJU....
PRODUK BIASA ... YANG ORGANIK DITUMPU...
NEGARA KITA ... BOLEHKAH JADI BEGITU ...
PERANAN SEMUA... AMATLAH PERLU...


By,
M Anem
Hotel Amanda, Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
(12 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...