Support My Blog

Tuesday, July 3, 2012

SEMINAR PERTANIAN ORGANIK 2012

SEMINAR PERTANIAN ORGANIK KEBANGSAAN 2012 (National Organic Agriculture Seminar 2012) telah diadakan dari 2 - 3 Julai 2012 di Hotel Armads, Petaling Jaya, Selangor. Seminar ini telah dianjurkan oleh Centre for Environment, Technology & Development, Malaysia  (CETDEM) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia.  CETDEM merupakan satu badan NGO yang terlibat dalam aktiviti meningkatkan kualiti alam sekitar melalui teknologi yang sesuai dalam pembangunann lestari di tubuhkan semanjak tahun 1985.  Badan ini juga merupakan pertubuhan yang mempromosikan Ladang Bertaraf Organik di Malaysia melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikannya. Pertanian atau Perladangan Organik di Malaysia (Organic Farming) telah di mulakan di Malaysia semenjak tahun 1986 secara kecil-kecilan melalui pelbagai program. Dianggarkan cuma 0.01% sahaja kawasan pengeluaran pertanian yang menjalankan aktiviti perladangan organi berbanding dengan perladangan konvensional.  Bagaimana pun beberapa negara jiran seperti Thailand yang bermula sekitar tahun 1992 telah menjalankan aktiviti perladangan organik meliputi kawasan seluas 0.1 - 0.2% daripada keluasan tanah yang bertanam. Artikel malam ini saya menulis beberapa maklumat mengenai perladangan organik untuk makluman bersama.


Mengapakah pembangunan ladang organik sangat lambat membangun di Malaysia? Apakah ini berlaku akibat kurang penekanan daripada polisi dan dasar kerajaan? Apakan kurang permintaan untuk produk organik? Apakan ruang untuk perladangan organik pada masa akan datang ?... Ini merupakan beberapa isu yang dibincangkan dalam seminar ini. Tema Seminar kali ini adalah "Fast Fowarding Organic Agriculture in Malaysia" yang membentangkan sebanyak 10 kertaskerja dari pelbagai pihak terlibat seperti pihak Kerajaan, Usahawan, NGO dan beberapa pengalaman dari luar negara. Lebih daripada 50 peserta hadir dalam seminar ini. Paper 1 bertajuk 'Addressing on the OA impediments in Malaysia - research and prespective' dibentang oleh MARDI diikuti dengan Kertas 2 bertajuk "Addressing the OA impediments in Malaysia - NGO Prespectives" oleh Mr Gurmit Singh iaitu Pengerusi CETDEM.


En Andrea Leu membentangkan kertas 3 bertajuk "Future  trends for organic agriculture - participatory guarantee Systems or Standards?" iaitu merupakan presiden kepada IFOAM Malaysia. Seterusnya peserta diberikan maklumat mengenai "Potential for developing non-plants organic farming standards - livestock and aquatic" oleh En Chan dari SIRIM).    Kertas 5 bertajuk "The constrainsts and challanges faced by Malaysian organic farmers" yang dibentangkan oleh En Lim Mok Lai seorang Faunder Titi Eco farm Resorts. Banyak masaalah yang dinyatakan dalam beliau melaksanakan pertanian organik sehingga berjaya sebagai satu syarikat berasaskan kepada pertanian organik yang berjaya. Kertas 6 pula membincangkan kaitan antara pertanian organik dengan AFTA bertajuk "Will organic Agriculture in Malaysia adapt to AFTA?" oleh Dr Anni Mitin daripada SEACON.


Pembentangan seterusnya berkaitan kemajuan pertanian organik di negara Thailand yang dibentangkan oleh Vitoon Panyakul iaitu Presiden Persatuan Pengekspot Organik Thailand dan Green Net bertajuk " Learning from Thailand Experiences". Menurut Vitoon pembangunan ladang organik di Thailand mencapai 0.2% dengan peranan kerajaan meluluskan sebanyak 5 billion Baht untuk program ini. Kini ada 4 akreditasi berkaitan organik di Thailand dengan penglibatan ramai petani. Kertas ke 7 bertajuk "Goverments plans to accelerate Organic Farming - NKRA Components" yang dibentangkan oleh Tn Hj Mohd Anim Hosnan dari Jabatan Pertanian Putrajaya. Setakat ini katanya sebanyak 275 ladang telah memohon sijil SOM tetapi hanya sebanyak 75 ladang sahaja yang telah menerima sijil Sijil Organik Malaysia (SOM). Beberapa projek pertanian organik telah di laksanakan melibatkan peruntukan dari Jabatan Pertanian termasuk untuk latihan, peralatan ladang, media organik, penyediaan kawasan dan sebagainya setiap tahun.


Kertas ke 9 pula membentang kan isu berkaitan pasaran oleh En Tan Siew Luang dari CETDEM bertajuk " Organic Argriculture in Malaysia - beyond the niche market" yang membincangkan isu-isu mengenai pemasaran produk organik. Kertas terakhir (Ke 10) pula agak menarik dengan tajuk "Marketing Organic Produce and Branding - How can market help?". Ramai pengguna dan petani masih kabur dengan kebaikan produk organik dan terdapatnya pelbagai LOGO berkaitan organik diseluruh dunia. Kemungkinan satu logo yang standard dan seragam boleh membantu dalam pemasaran produk organik. Setiap negara mempunyai logo yang berbeza-beza bergantung kepada agensi pelaksana atau NGO yang bergerak. Ada yang kata 'With logo to show that it was not the certified organic produce". Mungkian industri pertanian organik akan terus dimajukan pada masa akan datang untuk pengeluaran makanan yang berkualiti, murah dan selamat dimakan.


PRODUK ORGANIK ... SELAMAT DIMAKAN...
PERSIJILAN SOM .... PERLU DIDAPATKAN...
PERANAN NGO ... MESTI DITERUSKAN...
PERTANIAN ORGANIK ... PATUT DIAMALKAN..


By,
M Anem
Hotel Armada,
Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
(13 Syaaban 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...