KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 9, 2012

DAGING KAMBING

DAGING KAMBING adalah sejenis daging yang dihasilkan dari Kambing. Dalam bahasa Inggeris daging kambing di panggil mengikut terminologi khas iaitu LAMB, MUTTON dan HOGGET iaitu mengikut jenis kambing, umur kambing dan negara pengeluar atau pengguna. 'Lamb' adalah daging kambing bebiri dibawah unur 12 tahun dimana giginya belum tumbuh penoh. 'Mutton' pula adalah nama daging kambing bagi bebriri betina atau bebiri jantan yang di kasi berumur hampir dua tahun. 'Hogget' pula diberikan kepada daging kambing bebiri yang berumur kurang dua tahun. Dalam bahasa Malaysia pula tidak terdapat panggilan khusus daging kambing dengan nyata cuma kita panggil Daging Kambing Kampong, Daging Kambing Bebiri dan tidak dibezakan mengikut umur kambing. Ramai orang Malaysia yang takut makan daging kambing dengan pelbagai sebab diantaranya badan jadi panas, berbau hamis, berbau kambing, pening kepala selepas makan, takut darah tinggi, sakit kepala dan pelbagai alasan lagi. Daging kambing di negara kita sering di masak seperti masak kari kambing, sate kambing, kambing panggang, sup kambing, kambing kuzi dan sebagainya. Artikel Anim Agro Technologi subuh ini menulis beberapa informasi mengenai daging kambing untuk berkongsi pengalaman.

Daging kambing berwarna merah dengan daging bebiri muda berwarna merah muda dan akan menjadi lebih merah kuat apabila kambing lebih dewasa. Saya masih ingat di kampong dulu ketika zaman kanak-kanak, ada memelihara lebih daripada 40 - 50 ekor kambing kampong dalam satu reban besar. Setiap tahun memang ada makan daging kambing segar selain daripada di jual kepada peraih kambing yang datang dari Serom, Muar, Johor. Pada pendapat saya memelihara kambing adalah menguntungkan kerana hasil yang diperolehi memang sangat menggalakkan. Selain daripada untuk mendapatkan daging kambing yang lazat, aktiviti penternakan kambing mampu menghasilkan Kulit Kambing (Boleh di buat kompang untuk bunyi sangat baik), Tahi Kambing (Sumber untuk di jadikan baja organik yang kaya dengan Amonia), Kulit dan bulu kambing (Untuk kraftangan dan Tekstil), Tanduk Kambing (Dibuat kraftangan) dan Usus Kambing (Digunakan sebagai benang dalam pembedahan). Berbanding dengan ternakan lembu, aktivti penternakan kambing tidak memelukan kawasan luas memadai dengan kawasan seluan 3 ekar untuk kawasan ragutan, kandang dan ada sumber rumput dan makanan dari kawasan lain.

Terdapat banyak laporan dari perubatan moden yang menyatakan daging kambing mengandungi protin yang berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan jantung. Daging ini juga mengandungi nisbah lemak yang sihat untuk dimakan. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja saya dapati jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing. Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja. Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok . Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi. Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Saya dapati daging kambing di masak dalam pelbagai jenis masakan mengikut kegemaran. Diantara masakan daging kambing adalah seperti Daging Kambing Panggang, Sate, Kari Daging Kambing, Masak Kuzi, Masak Sup Kambing dan sebagainya. Paling saya suka sejak dulu adalah Nasi Beriyani Daging Kambing terutama nasi Beriyani Gam dan Nasi Beriyani SHAH di Batu Pahat. Walau pun bekalan daging kambing tempatan tidak mencukupi tetpi tidak sukar untuk mendapatkan bekalan daging kambing impot di Pasar Borong, Pasar Malam dan juga Hypermarket. Kajian saya mendapati harga daging kambing sekitar RM 25 - RM 40 sekilogram bergantung kepada kualiti daging tersebut. Sama-samalah kita kempen makan daging kambing untuk mendapatkan menafaat daging tersebut yang di gemari oleh nabi kita. Wasallam!

DAGING KAMBING ... MERAH WARNANYA....
KAMBING KAMPONG... KUAT BAUNYA....
KAMBING BEBIRI ....AGAK MURAH HARGANYA...
NASI BERIYANI GAM...AMBOI ENAKNYA ...




By,
M Anem
Room 304, Wan Leong Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(18 Syaaban 1433H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...