KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 2, 2012

KEPELUAN AIR UNTUK PADI

PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman yang perlukan air dan penting di kebanyakan negara untuk dijadikan makanan ruji. Penanaman padi di kawasan sawah memerlukan air yang berbeza-beza mengikut peringkat pertumbuhan pokok padi. Di Malaysia terdapat seluas lebih 675,000 hektar penanaman padi setiap tahun dengan penanaman padi sawah (wet paddy) sebagai tanaman utama dan hanya sebahagian kecil sahaja penanaman padi bukit (Hill Paddy). Bekalan air dalam sawah melalui sistem pengairan yang disediakan oleh pihak berkuasa dengan kawasan Jelapang Padi menjadi tumpuan penanaman. Keseimbangan keperluan air mengambilkira komponen bekalan air yang diperolehi daripada sistem pengairan atau air hujan dengan beberapa komponen kehilangan air yang berlaku melalui proses Transpirasi (Transpiration) , Pemeluhwapan (Evapotranspiration), Resapan (Seepage) , Perkolasi (Percolation) dan pengaliran air yang melempahi batas.  Pengurusan air yang berkesan adalah menjadi tanggungjawab pesawah dan petani demi mendapatkan kesan optima dalam pengurusan air dan pertumbuhan pokok padi yang diberikan bahan input. Artikel petang Isnin ini saya menulis perkara berkaitan keperluan air dalam sawah padi dalam "Anim Agro Technology" untuk bacaan bersama.

Pengurusan Air Sawah merupakan tajuk penting yang perlu diberikan kefahaman kepada pesawah untuk meningkatkan hasil optima dan menjimatkan air sawah. Pengalaman saya bertugas dikawasan sawah padi selama lebih 25 tahun membuat banyak pemerhatian mengenai pembaziran air berlaku tanpa diberikan kesedaran yang sewajarnya.  Bekalan air yang seimbant dan tepat dapat membantu tumbesaran pokok padi selain dapat mengujudkan kelestarian amalan pertanian baik yang akan membantu menibgkatkan hasil padi. Tanaman padi memang diketahui sangat SENSITIF dengan kekurangan air dalam sawah iaitu pada 20 hari sebelum dan 10 hari selepas Tangkai Terbit (Panicle initiation - PI).  

Kajian dan pemerhatian saya mendapati kekurangan air pada masa ini akan menjenaskan pembentukkan tangkai padi dan perkara ini juga menyebabkan peningkatan tangkai yang MANDUL.  Bukan manusia sahaja yang mandul tetapi kekurangan iar pada peringkat PI juga ada kesannya. Begitu juga aras air yang dalam pada peringkat reproduktif akan menyebabkan daya kekuatan batang padi  dan ini akan mengakibatkan berlakunya kejadian rebah pada pokok padi.


PARAS AIR SAWAH...MEMANG PENTING...
PERINGKAT TERBIT TANGKAI...GENTING...
PERLU DIKAWAL ... TINGKATKAN HASIL...
ELAK PEMBAZIRAN... PENYEBARAN ADIL ... 

By,
M Anem
Sawah Sg Balang, 
Muar, Johor, 
Malaysia.
(12 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...