Support My Blog

Sunday, July 1, 2012

KANJI

KANJI (Starch) adalah sejenis bahan Karbohiderat Kompleks yang mengandungi tinggi komponen Glukos yang digabungkan dengan Ikatan Glykosidik. Saya mengenali kanji dalam bentuk tepung yang boleh dibeli dikedai runcit zaman kanak-kanak dulu untuk dijadikan gam bagi melekatkan gambar diatas buku lukisan dan sebagainya. selain itu kanji ini boleh dimasak dengan air yang melekit dan dibubuh gula untuk dimakan seperti bubur.  Kini saya telah faham bahawa kanji adalah bentuk makanan yang disimpan oleh tumbuh-tumbuhan berdaun hijau dalam bentuk Polisakarida (Polysaccharides). Bahan kanji merupakan bahan asas makanan ruji bagi ramai penduduk dunia yang boleh didapati didalam banyak jenis Bijirin seperti Beras (Oryza sativa) , Barli (Hordium vulgare),  Oats (Avena sativa), Jagung (Zea mays), Gandum (Triticum spp) dan tanaman umbisi seperti Kentang (Solanum tuberosum), ubi kayu (Manihot esculenta). Kanji tidak mempunyai apa-apa rasa tetapi untuk dijadikan makanan perlu dimasak dalam pelbagai menu dan perasa. Artikel malam ini saya menulis mengenai kanji dan perkara berkaitan kanji untuk para pembaca blog Anim Agro Technology.

Pembacaan dari beberapa buku menyatakan Kanji boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu AMYLOSE dan AMYLOPECTIN. Kanji asli tumbuhan merupakan kombinasi campuran Amylose (10-20%) dengan Amylopectin (80 - 90%).  Bahan Amylose lazimnya akan menjadi kental atau membeku apabila dicampur dengan air panas. Ianya akan menjadi melekit dan sering zaman dulu digunakan untuk gam kertas dan buku sekolah. Bahan Amylopection pula sering tidak larut dalam air.  Kanji yang merupakan struktur kimia yang panjang dan kompleks ini tergulung dalam 'Karbohiderat Kompleks'. Ianya mudah di tukarkan menjadi gula dalam darah manusia oleh itu mereka yang mempunyai masaalah diabetis tidak digalakkan mengambil karbohiderat dan kanji.

Kanji merupakan bahan penting untuk dijadikan makanan oleh manusia semenjak dulu.  Sesetengah jenis kanji daripada bijirin merupakan makanan ruji seperti beras, jagung, gandum, barli, oat dan juga umbisi seperti kentang, ubi kayu dan sebagainya. Tanaman ini ditanam dikebanyakan negara dan dikawasan keliling rumah untuk diambil hasilnya dan diproses untuk dijadikan bahan makanan. Kilang memproses makanan berasaskan kanji d an karbohiderat seperti kilang roti, roti canai dan sebagainya menggunakan banyak bahan tepong untuk diproses. Kanji merupakan bahan penting  yang perlu kita tahu.
NAMANYA KANJI .... 'STARCH' NAMANYA...
DALAM BIJIRIN DAN UBI... ASAL USULNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...PELBAGAI BENTUKNYA...
DALAM KARBOHIDERAT... TINGGI GULANYA...

By,
M Anem
Presint 11,
Putrajaya
Malaysia
(11 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...