Dari sebuah portal bertajuk 'Bakal menjadi pesaing nanas MD2, ini keunikan nanas pink' agak menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Walau pun dari ciri fizikal luar kelihatan nampak agak sama seperti nanas MD2 iaitu warna kulitnya berwarna hijau dan kekuningan apabila matang akan tetapi uniknya apabila ia dibelah dilihat dimana isinya berwarna merah jambu atau pun warna pink (Sila lihat foto disebelah). Nanas Pink merupakan nanas yang dicipta melalui penyelidikan selama 16 tahun 0leh syarikat gergasi nanas dunia iaitu Del Monte dengan jenama yang diberikan kepada nanas ini adalah Pinkgl0w Pineapple. Apa pun dilaporkan iaitu kaedah penghasilan nanas ini dibuat melalui perubahan ginetik (GMO) ke atas nanas dengan mengubah dan mengurangkan kandungan enzim di dalam buah nanas kepada pink pigmen lycopene daripada yellow pigmen beta cerotene. Lycopene adalah pigmen yang terdapat pada buah tomat0 dan tembikai yang memberikan warna merah ke atas buah. Nama jenis nanas ini adalah 'Nanas Pinkglow' telah pun mendapat kelulusan U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk di pasarkan dan di makan dengan selamat 0leh pengguna. Nanas ini ditanam di Cssta Rica dengan pasaran yang masih terhad di sekitar negara Amerika Syarikat. Ada laporan dimana ia dikatakan memberikan citarasa lebih manis, kurang masam dan lebih berjus dimana ia juga adalah merupakan nanas segar termahal iaitu dengan harga sekitar USD50 sebiji (RM150-200) dan boleh dibeli secara online di website Pinkglow melalui pemborong Melissa’s dan Tr0pical Fruit B0x. Jika anakbenih nanas ini boleh diperolehi di Malaysia satu hari nanatu mungkinkah nanas pink ini akan menjadi pesaing kepada nanas MD2?. Hanya masa akan menentukan perkara ini dimasa akan datang dan sama-samalah kita tunggu.
Dalam portal berita cnnindonesia.com yang dirujuk dengan tajuk berita 'Tak Lagi Kuning, Kini Ada Nanas Warna Pink' juga berkait dengan tulisan kali ini untuk ditulis semula. Dilaporkan dimana nanas dikenal dengan isi daging buahnya yang berwarna kuning cerah akan tetapi sekarang daging buah nanas tak cuma berwarna kuning semata malahan ada yang kini sudah berwarna pink. Pada tahun 2016 dilaporkan muncul berita bahwa FDA telah menyetujui nanas berdaging merah muda yang dikembangkan Del Monte untuk dimakan oleh manusia. Namun ia perlukan jangkamasa empat tahun untuk mereka menjual produk tersebut dengan nama komersil 'Pinkglow Pineapples'. Nanas Pinkglow adalah produk yang sangat kami banggakan dimana ia tidak hanya disebabkan oleh ciri warnanya yang indah dan rasanya yang enak akan tetapi juga disebabkan oleh proses penjagaannya semasa menanam sehingga menuai memerlukan kaedah khusus sehingga mampu menghasilkan buah unik ini. Merujuk kepada kenyataan oleh Pablo Rivero sebagai wakil syarikat yang terkait dengan kaedah pemasaran berada di Amerika Utara bagi Syarikat Fresh Del Monte merujuk kepada laporan oleh pihak Food and Wine, USA. Didakwa dimana pihaknya mendapati iaitu warna merah muda ini diperolehi melalui kajian pembiakbakan gunakan aplikasi genetik. Nanas ini dihasilkan untuk menghasilkan enzim yang lebih rendah dibanding nanas biasa. Enzim ini didakwa akan mengubah pigmen beta karoten yang membuat warna jadi kuning menjadi 'pigmen likopen' yang menghasilkan warna merah muda. Likopen adalah pigmen yang sama seperti di dalam buah tomato merah dan buah tembikai. Dinyatakan dimana apabila tiba dipasaran maka nanas ini dijual dengan harga US$49 atau sekitar RM218 sebiji. DIlaporkan dimana cadangan harga ini adalah aaiantara harga yang sangat mahal untuk sebiji nanas. Persoalannya adalaj mengapa nanas ini sangat mahal?. Kemudian disoalkan dimana mengapa butuh waktu lama untuk masuk ke pasar setelah persetujuan FDA?. Soalan ketiga adalah dimana pihak Del Monte menjelaskan bahwa nanas sebenarnya memerlukan jangkamasa selama 24 bulan untuk tumbuh dimana Syarikat Pinkglows secara khusus menyatakan ketika ini jumlah buah yang boleh dipetik adalah terhad yang diusahakan di Costa Rica. Diperingkat awal penjagaan adalah teliti agar ia lebih stabil aspek penanaman nanas tersebut. Pasa sepokok nanas pink lazimnya hasil dituai adalah berupa buah nanasnya sahaja tanpa bahagian jambul atau mahkota daunnya. Mahkota buah ini akan ditanam lagi untuk menjamin kesinambungan usaha penanaman di pusat tersebut yabg masih diperingkat awal lagi. Pada masa ini para pembeli nanas pink juga akan diberi sertifikat yang menjamin keaslian nanas tersebut sebagai kawalan khas untuk bahan penanaman. Syarikat sedia ada mendakwa dimana buah nanas pink juga disebut sebagai 'Permata hutan ' keranai a memiliki rasa yang lebih segar dan manis daripada nanas tradisional. Selain itu buah nanas pink ini juga disebut memiliki rasa yang unik dan memiliki aroma seperti rasa gula-gula.
SUDAH DITANAM... DI AMERIKA SANA....
BELUM KOMERSIAL... PROMOSI DI MULA...
DAPAT TANAM ... TUNGGU UJIRASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Zulhijjan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.