Support My Blog

Sunday, July 17, 2022

ISU MAKANAN AYAM DAN BEKALAN DI MALAYSIA

ISU BEKALAN AYAM DAN TELUR
telah menjadi isu hangat di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sehingga artikel ini ditulis sudah acapkali media utama mempaparkan akan isu harga dan bekalam ayam yang membimbangkan pengguna. Ia juga berkait dengan penarikan beberapa subsidi makanan bermula 1 Julai 2022 dimana perkara ini sudah boleh dikatakan pengetahuan umum. Banyak sebab yang telah dibincangkan mengenai isu ini dari pelbagai sudut dan beberapa cadangan tindakan oleh semua pihak sama ada dari kerajaan, pemain industri, peniaga dan pengguna. Antara isu utama yang sering diperkatakan adalah mengenai isu bekalan bahn asas makanan ayam. Ini kerana kebanyakan bahan asas tersebut adalah diimport seperti jagung bijirin, kacang soya dan juga bahan asas lain yang terus meningkat naik. Dalam indistri penternakan ayam dilaporkan makanan ayam perlu sesuai dengan peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik. Tempoh dan jenis makanan terpilih diberi akan mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran. Makanan Ayam ada dua jenis iaitu Makanan Permulaan (crumble) yang diberikan dalam masa 1 - 28 hari. Kedua adalah Makanan Penghabisan (pellet) yang diberikan dari 29 hari sehingga dipasarkan sekitar 30-35 hari. Dalam pada itu perlu juga bekalan air minum bersih perlu sentiasa ada. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air. Pengambilan air bergantung kepada faktur termasuk keadaan suhu alam keliling, kelembapan kandungan makanan, pengambilan makanan dan pergerakan. Ayam mesti minum 2 kali ganda dalam keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. Lazimnya ayam akan minum 2 kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan. Kos bahan makanan ayam bagaimana pun telah menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran ayam pedagung dan ayam telur dilapangan. Ini yang akhirnya pada 1 Julai 2022 kerajaan Malaysia tepah pun menetapkan harga lantai ayam daging ayam pada ketetapan RM9.40 sekilogram dan harga telura ayam mengikut gred iaitu Gred A (45 sen sebiji), Gred B (43 sen sebiji) serta Gred C (41 sen sebiji). Pengguna pelu membayar harga agak tinggi juga berbanding 3 tahun lalu untuk mendapatkan ayam dan telur sebagai bahan makanan asas yang penting di Malaysia. Artikel pada subuh dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kisah menarik berkaitan bekanan ayam dan makanan ayam seperti didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Sebelum berbincang lanjut elok merujuk kepada laporan oleh FMT media dimana isu j
aminan makanan yang sebahagian besarnya merujuk kepada keupayaan sesebuah negara untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya. Ia diukur dengan nisbah pergantungan import dan sara diri, yang mengukur berapa banyak komoditi pertanian terpilih diimport. Daging ayam dan telur ayam serta itik adalah produk makanan yang penting kerana ia adalah produk haiwan yang paling banyak digunakan di Malaysia dan merupakan sumber utama protein. Rakyat Malaysia mengambil 47.4 kilogram daging ayam dan 20.7 kilogram telur ayam dan itik setiap orang pada 2020, berbanding daging lain seperti daging lembu (5.7 kilogram setiap orang), daging kambing (1.3 kilogram) dan daging babi (17.5 kilogram). Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dimana Malaysia semakin bergantung kepada banyak produk makanan import dan mengalami defisit perdagangan bagi produk itu. Nisbah pergantungan import meningkat kepada 13.7 peratus pada 2015 iaitu ia meningkat daripada 7.4 peratus pada 1987. Pada tahun 2020, antara bahan makanan yang Malaysia bergantung kepada import ialah mangga (86.2 peratus diimport), kobis bulat (63.6 peratus), sotong (52.5 peratus), daging kambing (90.4 peratus), daging lembu (78.1 peratus) dan susu segar (53.5 peratus). Ia meningkat lagi pascaa covid-19 dan Perang Rusia-Ukraine yang berlaku pada tahun 2022. Dahulu dimana dilaporkan Malaysia masih dianggap mampu menampung bekalan sendiri bagi daging ayam, dengan mengeluarkan kira-kira 98.2 peratus daripada keperluan domestiknya. Persoalan terkini mengapa bekalan ayam di pasaran sering terputus sudah sering dilaporkan. Ini berkait dengan isu walaupun Malaysia mengeluarkan daging ayam yang mencukupi untuk keperluan tempatannya akan tetapi industri penternakan ayam sangat bergantung kepada makanan ayam yang diimport. Hampir semua bijirin yang diperlukan untuk membuat makanan ayam diimport dari AS dalam dolar AS dan terdedah kepada turun naik mata wang. Dilaporkan dimana Malaysia mengimport kira-kira 80 peratus jagung bijirinnya dari Brazil dan Argentina. Dalam pada itu juga dilaporkan 96 peratus kacang soya berasal dari Argentina. Negara perlu berbelanja berbillion ringgit hanya untuk mengimport bahan asas makanan ayam.

Portal utusan.com dengan kisah 'Dedak sawit boleh bantu kurang harga ayam' menarik dikongsikan dengan pembaca blog. Dilaporkan ayam boleh diberi makan dedak sawit sebagai alternatif kepada soya dan jagung. Kalau sebelum ini terdapat laporan berita yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bahawa kenaikan harga soya dan jagung yang diimport dari Argentina dan Brazil antara punca utama kepada isu peningkatan harga ayam di pasaran. Isu kenaikan harga makanan ternakan itu menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan daripada peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna. Dilaporkan antara cara penyelesaian kepada isu kenaikan harga ayam itu terdapat pada sawit yang dikenali sebagai ‘buah emas’ kerana setiap bahagian pokok mempunyai pelbagai kegunaan. Salah satu langkah untuk membantu mengurangkan kenaikan harga ayam ialah dengan mengurangkan makanan ayam import. Sebagai alternatif dimana ada penyelidikan telah dilakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menggantikan makanan ayam dengan dedak berasaskan sawit. Kepakaran yang dimiliki oleh MPOB membolehkan dikurangkan kandungan serat dalam dedak dari isirung sawit (PKC) sehingga ke tahap sesuai untuk dijadikan makanan ayam. Sebelum ini PKC hanya dijadikan sumber makanan lembu dan kambing kerana kandungan serat terlalu tinggi tidak sesuai dijadikan makanan ayam. Sawit digunakan dalam hampir setiap industri, termasuk dalam sektor perubatan dan saya percaya ini adalah antara sebab mengapa negara-negara Barat berasa sangat terancam dengan komoditi berkenaan.  

Beberapa media utama melaporkan '
Isu bekalan makanan: NAFAS, ANGKASA bakal terlibat seluruh ekosistem industri ayam' antara yang menarik. Kisah dari Kuala Lumpur ini paparkan cadangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) diyakini berupaya membantu kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Inisiatif NAFAS dan ANGKASA untuk terlibat secara signifikan dalam industri ternakan ayam, selaras saranan Majlis Tindakan Ekonomi, sekali gus memperkukuh kerjasama awam dan swasta.  NAFAS dan Angkasa akan terlibat dalam ekosistem industri ayam bermula daripada anak ayam, makanan ternakan, vaksin, reban, pusat pemprosesan, bilik sejuk beku, logistik, pusat pengedaran dan pemasaran sehingga bekalan sampai kepada pengguna. NAFAS menyasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran sebanyak 144 juta ekor setahun, manakala Angkasa sebanyak 30 juta ekor setahun.  Kenyataan itu dikeluarkan selepas Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan Anggota Lembaga Angkasa bagi membincangkan langkah-langkah menjamin sekuriti makanan negara. Ismail Sabri berkata dimana kedua-dua agensi juga lebih proaktif dalam industri penanaman jagung bijirin, bagi mengurangkan kebergantungan import makanan ternakan tersebut. Kini pihak NAFAS telah mengenalpasti kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini ditanam dengan tanaman tembakau untuk tanaman jagung bijirin. Dalam pada itu ANGKASA mengenalpasti kawasan tanah seluas 4,000 hektar di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Setiap hektar mampu mengeluarkan 5 tan jagung bijirin dan menampung 20 peratus keperluan import bijian itu dalam tempoh lima tahun ini. Usaha NAFAS dan Angkasa yang berskala besar ini diyakini dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap jagung bijirin bagi kegunaan makanan ayam. Ini kerana NAFAS mempunyai seramai satu juta ahli, manakala tujuh juta ahli bernaung di bawah Angkasa melalui 14,835 koperasi. Kerajaan menyambut baik inisiatif NAFAS dan Angkasa untuk terlibat secara signifikan dalam industri ternakan ayam. Ia selaras dengan saranan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang mahu kerjasama awam dan swasta diperkukuh bagi meningkatkan hasil pertanian khususnya industri ternakan ayam. NAFAS dan ANGKASA akan terlibat dalam keseluruhan ekosistem industri ayam sehingga bekalan sampai kepada pengguna.

Dalam media sinarharian.com pula dipaparkan kisah mengenai '
Penanaman jagung boleh kurang beban penternak ayam' yaang berkait dengan tajuk kali ini. Dilaporkan dimana ada usaha kerajaan menyediakan tanah TOL untuk tujuan penanaman jagung sebagai sumber alternatif kepada makanan ayam wajar dilaksanakan segera bagi mengurangkan isu kenaikan harga dedak yang dihadapi penternak. Usaha kerajaan menyediakan tanah Lesen Kependudukan Sementara (TOL) untuk tujuan penanaman jagung sebagai sumber alternatif kepada makanan ayam wajar dilaksanakan segera bagi usaha untuk mengurangkan isu kenaikan harga dedak yang dihadapi penternak. Bagi Pengerusi Persatuan Penternak Manjung, Tan Wooi Perng berkata, dedak merupakan masalah utama yang dihadapi kebanyakan penternak di kawasan itu. Menurutnya, harga ayam dan telur banyak ditentukan oleh harga makanan ayam yang meliputi lebih 50 peratus daripada jumlah kos pengeluaran ayam. Dakwanya subsidi dedak perlu disediakan sebagai usaha tambahan kerajaan dalam menstabilkan bekalan ayam di pasaran negara. Harga dedak yang naik mendadak setiap bulan membebankan penternak. Harga bagi 50 kilogram dedak kini mencecah RM130 berbanding bulan lalu hanya RM126, manakala Mac lalu harga dedak hanya RM123. Harga dedak dijangka akan naik Jun 2022 ini. Usaha kerajaan untuk sediakan tanah bagi penanaman jagung itu boleh dilaksanakan. Penanaman skala besar diperlukan kerana kandungan dedak seperti jagung, gandum dan soya diimport 100 peratus. Masalah dedak ini dihadapi seluruh dunia malah, kualiti dedak yang rendah menyebabkan ayam lambat matang untuk dijual. Wooi Perng berkata dimana kerajaan digesa mengkaji semula harga kawalan ayam yang tidak lagi relevan ekoran kos perlu ditanggung peringkat ladang. Kini penulis blog dapati mulai 1 Julai 2022 harga siling ayam ditetapkan pada RM9.40 sekilogram dipasaran.  Apa pun berlaku dakwaan dimana pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini juga tidaklah menguntungkan penternak. Sekiranya kerajaan hentikan eksport ayam, harga jualan tidak boleh dinaikkan dan keuntungan yang diterima penternak juga sedikit. Kerajaan juga perlu melihat bagaimana penyediaan tenaga kerja asing dalam industri penternakan ini. Tenaga kerja asing diperlukan dalam melancarkan aktiviti pengeluaran ayam. Media melaporkan pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu. Isu kekurangan bekalan ayam meruncing pada hujung minggu lalu apabila ada syarikat pengeluar ayam bertindak tidak mengeluarkan ayam ke pasaran menyebabkan kekurangan bekalan. Kabinet meminta kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan tanah TOL untuk penanaman jagung bagi jangka masa panjang.

Akhbar kosmo juga melaporkan dimana '
Isu bekalan ayam: Gangguan bekalan akibat kualiti dedak, penyakit' yang sesuai juga dirujuk. Berita dari Putrajaya ini laporkan dimana bekalan ayam di kawasan tertentu mengalami gangguan akibat beberapa faktor seperti kualiti dedak serta jangkitan penyakit.  Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi satu kenyataan hari ini.  Menurutnya, antara perkara yang menyebabkan gangguan bekalan ayam juga adalah cuaca panas yang melampau, sekali gus mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka. Ini telah memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasan tertentu. Dalam pada itu, MAFI berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melakukan pemeriksaan terhadap syarikat ladang ayam yang dilaporkan memberikan alasan kekurangan bekalan ayam kerana ternakan itu belum mencapai berat jualan akibat masalah penggemukan. Susulan pemeriksaan oleh DVS, penjelasan pihak syarikat ladang ayam terbabit serta sesi libat urus yang diadakan mendapati laporan tersebut kurang tepat.  Menurutnya, pihak syarikat ladang ayam terbabit telah memberikan jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam ‘super’, ayam ‘standard’ serta keratan ayam. Pada masa sama, katanya, pemeriksaan yang dilakukan oleh DVS juga mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam. Kementerian juga ingin menjelaskan bahawa proses penilaian pemberian subsidi ayam melalui DVS kepada penternak yang mengemukakan permohonan sedang disegerakan. Penternak yang memenuhi syarat dan mendapat kelulusan pembayaran memperlolehi tuntutan dalam tempoh yang telah dijanjikan. MAFI menegaskan bahawa mereka akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ISU BEKALAN AYAM... SELELU DI MEDIA...
SUMBER MAKANAN... PUNCA UTAMA....
PERLU DIIMPORT... DARI LUAR NEGARA...
ADA CADANGAN... PELBAGAI DI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...