Support My Blog

Sunday, July 24, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 2)

ULAM
atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makana nini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari lauk[auk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(4) ULAM RAJA
Ulam Raja (Cosmos caudatus) kini merupakan sejenis ulam dari famili Compositae yang popular di Malaysia di samping ulam-ulaman lain seperti Tenggek Burung, Jering, Petai, Daun Cekur, Timun, Terung Lalap dan sebagainya. Ulam raja juga di panggil dengan epbagai nama di negara lain iaitu King Salad, Cosmos, Kenikir ; Randa midang (Indonesia), Ulam Raja ; Intan Berayun; Pelampong (Malaysia) ; Cosmos ; Turay-turay; Onwad (Filipina), Daoruang khana; Kkamhae (Thailand). Ulam Raja juga ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Kebanyajan ulam raja di tanam dalam pasu keliling rumah untuk kegunaan sendiri tetapi petani komersil menanamnya dalam kebun. Tidak ada angka rasmi keluasan tanaman ulam raja di Malaysia tetaapi penulis bloh mengganggarkan sekitar 140 - 175 hektar setahun. Ulam raja selalu digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga dapat menguatkan tulang. Kajian juga mendapati bahan kimia Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.coli. Ulam raja biasanya dimakan mentah terus dan jarang-jarang di masak atau dicelur. Cara ini dapat mempastikan khasiat ulam raja masih segar dan original. 
Antara manfaat ulam raja yang lain ialah ianya boleh mengawal paras gula dalam darah, kaya dengan antioksida dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

(5) PEGAGA
Pegaga 
(Centella asiatica) atau juga dikenali sebagai pokok antanan (Dipanggil 'pennywort' dalam Inggeris) adalah sejenis pokok ulam dari keluarga Mackinlyaceae yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Tumbuhan ini merupakan tanaman jenis herba dan ulaman yang mengandungi khasiat yang penting. Tiada catitan rasmi keluasan tanaman pegaga di Malaysia kerana ia kebanyakannya ditanam secara kecil-kecilan. Hasil dari kajian mengenai kandungan pegaga yang di jalankan oleh beberapa penyelidik mendapati setiap 100 gram pegaga mengandungi 87.7% air, 2.0% protin, 6.7% Kaarbohiderat, 0.2% lemak dan 1.6% Serat. Zat lain yang terdapat dalam pegaga seperti Vitamin A (0.4 mg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.19 mg), Vitamin B3 (0.2 mg) dan Vitamin C (1.6 mg) setiap 100 gm pegaga. Pegaga juga kaya dengan bahan galian seperti Kalsium (171.0 mg), Ferus atau Zat Besi (5.6 mg), Sodium (21.0 mg), Pottasium (391.0 mg) dan Posforus (32.0 mg). Pegaga juga dilapor mengandungi komponen Pectin yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia. Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan badan manusia. Ulam pegaga merupakan ulam yang dimakan mentah atau dicelur serta ada digunakan sebagai sayur dalam bidang masakan atau sebagai ramuan perubatan. Antara khasiatnya ialah ianya boleh mengawal paras gula serta ia meredakan insomnia atau gangguan tidur dan mencegah parut. Ianya juga turut digunakan dalam bidang kecantikan kulit kerana daun dan batang pegaga dikatakan mampu meredakan keradangan kulit.

(6) JANTUNG PISANG
Jantung Pisang 
atau 'Banana Flowers' adalah bunga yang dihasilkan oleh Pokok Pisang (Musa spp.) iaitu sejenis pokok atau tumbuhan dari kelurga Musaceae yang berfungsi untuk menghasilkan buah pisang. Kini jantung pisang sesuai dimakan sebagai ulam atau sayuran bagi spesis pisang tertentu. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini didapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Satu pokok pisang lazimnya hanya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses pendebungaan. Jantung pisang pada penulis blog merupakan antara jenis ulam yang kena dengan citarasa orang kita. Ianya juga unik dan mempunyai khasiat tersendiri. Ia juga merupakan bunga pisang yang berbentuk seperti jantung dimana selalunya akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ini rasanya berlemak, sesuai dibuat gulai. Antara manfaatnya ialah mengelakkan jangkitan, mencegah anemia dan mengawal berat badan.  Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...