Pertama adalah bagaimana adakah kaitan sabun didalam kerja mengawal rumpai dengan menggunakan racun rumpai. Racun rumpai (weedicide) yang biasanya digunakan di kawasan pertanian dengan tujuan untuk mengawal ancaman rumpai yang boleh mengurangkan produktiviti tanaman dan sebagai perumah kepada serangga perosak. Selain itu penggunaan racunkulat (fungicide), Racun serangga (Insecticide) dan pelbagai racun lain adalah digunakan agar tanaman sihat dan mampu nebgeluarkan g=hasil tanaman yang banyak dan berkuaiti. Dalam pada itu sering dilihat juga dimana racun rumpai juga digunakan di kawasan bukan pertanian untuk mengawal rumpai di tepi-tepi tebing sungai, tepi jalan dan tidak kurang juga digunakan di halaman rumah. Penggunaanya yang meluas boleh membahayakan kesihatan manusia jika terdedah, terutama jika disalahgunakan terutama Racun Rumpai Glifosat. Glifosat dikelaskan sebagai racun rumpai yang mempunyai ketoksikan sederhana pada mamalia termasuk manusia. Sebanyak 22 kes keracunan glifosat yang dilaporkan sepanjang tahun 1989 hingga 1991 merupakan kes kedua tertinggi dalam kategori kumpulan racun rumpai. Apa pun walaupun sebatian ini kurang toksik tetapi bahan asas surfaktan (agen pembasah) yang terkandung dalam sediaan racun ini adalah berbahaya kepada manusia dan merupakan punca utama keracunan glifosat. Bahan surfaktan ini bertujuan membantu racun masuk ke dalam daun rumpai. Dilaporkan dimana racun glifosat lambat menyerap masuk melalui kulit manusia apabila ia boleh menyebabkan kulit kelihatan seperti radang terkena panas cahaya matahari. Sekiranya terkena pada kulit tindakan penting adalah dengan segera cuci dengan air yang banyak bersama sabun. Pakaian yang ada terkena racun hendaklah ditanggalkan dan dicuci dengan sabun sebelum dipakai semula. Dilaporkan kebanyakan kes keracunan yang berlaku adalah disebabkan glifosat diminum dengan tujuan membunuh diri. Manakala bagi kanak-kanak, ia diambil secara tidak sengaja disebabkan kecuaian semasa penyimpanan yang tidak selamat dan mudah dicapai. Dilaporkan dimana dos keracunan akut yang boleh membawa maut ialah sebanyak 200ml. Biasanya mangsa yang telah terminum racun glifosat (Roundup) mengalami radang di bahagian mulut dan tekak, sakit kerongkong, mual, muntah dan cirit-birit. Tanda-tanda ini akan berlarutan beberapa hari. Apabila berlaku pengambilan dos yang tinggi kesannya boleh menyebabkan pendarahan perut dan usus serta muntah mengeluarkan darah. Akibat keracunan ia boleh menyebabkan sakit radang kesesakan paru-paru. Rawatan kepada mangsa yang terminum racun glifosat ini ialah dengan memberikan mangsa minum susu atau air bagi mencairkan racun dalam perut. Emesis atau mengikhtiarkan muntah bagi mengeluarkan racun tidak digalakkan memandangkan kemudaratan yang akan timbul. Sebaiknya segera bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Radang paru-paru dan kesesakan paru-paru juga boleh terjadi jika terhidu kabus semburan berterusan dalam jangkamasa yang panjang. Tanda-tanda selepas terhidu dimana biasanya terasa pedih atau radang di bahagian saluran atas pernafasan dan bahagian tekak, terasa pahit serta kesukaran bernafas. Keracunan akut yang serius jarang berlaku dengan cara ini.
Perlu juga kita tahu bagaimana sabun bertindak. Sabun adalah sejenis bahan kimia beralkali yang selalu diguna pakai di dalam rumah dimana ia sangat bagus dalam menanggalkan kotoran degil. Ia adalah disebabkan pada struktur dan sifat kimia sabun dimana tindakbalas bahan kimia yang berlaku sebagai asas. Sabun dibuat sabun gunakan lemak haiwan atau lemak tumbuhan sebagai bahan utama kerama keduanga adalah struktur mereka adalah lebih kurang sama. SAntara jenis minyal popular adalah seperti minyak zaitun, alkali dan kapur. Lemak dan minyak ini kemudiannya dicampur dengan cecair beralkali seperti natrium hidroksida. Reaksi di antara dua bahan kimia ini seterusnya akan menghasilkan struktur sabun yang boleh larut dalam air dan juga minyak. Apabila molekul sabun ini bertemu dengan lapisan minyak dan gris maka bahagian hidrofobik ini akan melekat kepadanya dan memecahkan lapisan minyak tersebut menjadi partikel yang lebih kecil. Molekul molekul sabun yang lain juga akan melekat pada partikel minyak berkenaan dan mengelilinginya seperti sebuah sel. Jadi minyak itu terperangkap dalam gugusan molekul sabun berkenaan dan lebih senang dibuang. Ada juga sejenis sabun yang lebih kuat dikenali sebagai 'detergen' atau dipanggi sebagai 'serbuk pencuci'. Walau pun seakan serupa akan tetapi detergen mempunyai beberapa elemen tambahan yang menguatkan kuasa pencuciannya iaitu enzim. Enzim ini sejenis protein yang kerjanya memecahkan molekul menjadi lebih kecil. Selalunya kotoran yang melekat di pakaian sifatnya sama seperti makanan dimana peranan enzim ini yang telah ditambah pada detergent adalah untuk memecahkan kotoran degil tersebut. Dalam pertanian sabun akan digunakan untuk mencuci alatan pertanian yang digunakan untuk meracun seperti tong racun, pakaian meracun. sarung tangan dan sebagainya. Ini kerana sabun akan mampu melupuskan kesan racun pada alatan tersebut. Ada juga petani yang tertentu yang tambah sabun tertentu sebagai bahan campuran dengan racun kimia yang digunakan sebagai bahan 'pelekat' atau sticker cairan racun yang selalu digunakan.
Kalangan pembaca yang tinggal di kawasan rumah yang ada tanah lapang sering ada rumpai tumbuh. Ramai pembaca blog yang hendak kawasan disekeliling rumah nampak kemas dan cantik serta selamat. Sering dilihat banyak halaman rumah yang ada rumput tinggi disebebkan tidak ada masa untuk mengawalnya atau tidak tahu bagaimana untuk memusnahkannya. Ini kerana apabila rumput liar ini dibiarkan berkemungkinan akan menjadi perumah keada haiwan merbajaya seperti ular, lipan, jengking dan sebagainya. Apa pun yang pasti dengan kehadiran tebal rumput-rumput liar dan lalang pada ruang halaman ini sudah pastinya amat menyakitkan mata yang memandang dan jiran rumah pun terfikir 'malasnya jiran aku ini'. Meskipun pelbagai cara boleh dilakukan lazimnya akibat banyak hujan dan ada banyak sinaran matahari di Malaysia maka lazimnya rumput-rumput liar ini tetap tumbuh melata di halaman sepanjang masa. Banyak tulisan dan petua bagaimana untuk mengawal rumput liar ini boleh dilakukan. Bagi penulis blog paling senang adalah dengan cara alami iaitu dengan mencabutnya semasa ada sedikiy dengan tangan atau menggunakan cangkul atau tajak yang perlu dilakukan sekerap mungkin. Ada kalanya penulis blog akan meletakkan objek seperti kepingan logam atau tikar getah dikawasan tanah lapang yang akan menghalang pertimbuhan rumput liar. Sesekali juga ada membeli racun rumpai di kedai dan menyemburnya diatas rumput liar tetapi agak kurang selesa kaedah ini kerana racun rumpai yang berlebihan 'kurang selamat' disimpan dirumah. Antara kaedah yang sekarang diamalkan adalah dengan cara menggunakan dua bahan asas yang ada dirumah dan lebih selamat digunakan. Bahan tersebut adalah terdiri daripada cuka masakan, Sabun Cecair Pencuci Pinggan serta alat asas iaitu Alat Penyembur (Sprayer) yang boleh dibeli di kedai. Mudah sahaja melakukannya iaitu dengan menuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur. Setelah itu perlu dittitiskan 3 - 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut. Botol penyembur tersebut digoncang agar keduanya sebati sebelum ianya disemburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh menjadi basah. Sebenarnya cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati. Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit (sticker) yang memastikan cuka yang disembur akan dapat melekat pada rumput liar tersebut. Adalah disyorkan hanya disembur hanya sekali (tetapi basah merata) dimana selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut. Pembaca semua boleh mencuba kaedah ini sebagai satu kaitan diantara kepentingan sabun dengan pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEMBUR RACUN... DICUCI SEGERA...
TINDAKBALAS SABUN...DIJELAS CARA...
RUMPUT LIAR DIRUMAH... GUNA PETUA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Zulhijjah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.