Support My Blog

Sunday, July 3, 2022

KEHEBATAN KHASIAT TEH HIJAU

TEH HIJAU
merupakan sejenis bahan untuk minuman daripada tumbuhan pokok teh (Camellia sinensis) yang mana semasa diproses ianya tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan yang digunakan untuk menghasilkan teh oolong dan teh hitam. 
Penulis blog juga suka minuman dari teh hijau sama ada produk tempatan atau produk impport yang kebanyakannya dari negara China dimana ia boleh didapati dipremis pada banyak negara di Asia. Minuman teh didakwa merupakan antara minuman yang ketiga popular dikalangan penduduk dunia selepas minuman air mineral dan minuman kopi. Minuman teh hijau diantara minuman yang mempunyai seni dan cara tersendiri proses penyediaannya didalam mendapatkan khasiat dn nikmat terhebat. Dilaporkan dalam banyak laporan dimana teh hijau dibuat dengan merendam dua gram teh setiap 100ml air atau satu sudu kecil teh hijau setiap 150ml air secawan. Teh-teh hijau yang bermutu tinggi menggunakan daun yang lebih banyak yang direndam hanya beberapa kali dalam tempoh masa yang singkat. Teknik untuk gunakan suhu perendaman berbeza-beza dari 61°C sehingga pada suhu 87°C dan tempohnya boleh menjangkau dari 30 saat sehingga selama tiga minit merupakan antara syarat membuat teh hijau. Dilaporkan juga dimana ekstrak teh hijau telah banyak digunakan dalam perubatan tradisional China dan India melalui pelbagai kegunaannya. Biasanya daun-daun teh hijau mula-mulanya diproses dengan merendam dalam larutan alkohol yang berbagai-bagai ketepuannya; produk-produk sampingan daripada proses ini akan turut dibungkus dan digunakan. Ekstrak ini boleh dijual dalam bentuk cecair, serbuk, kapsul, mahupun tablet. Ekstrak teh juga boleh didapati dalam bentuk yang telah dinyahkafeinkan. Ekstrak teh hijau boleh didapati dengan mudahnya di pasaran sebagai makanan tambahan. Ekstrak teh yang mengikut piawai mengandungi 90 peratus polifenol. Satu kapsul ekstrak ini mengandungi kandungan yang sama dengan 5 cawan teh. Dilaporkan dimana teh hijau diproses dan ditanam dalam pelbagai cara bergantung kepada jenis teh hijau yang diingini. Hasilnya teh hijau dilaporkan mengandungi bahan polifenol dan sebatian organik tidak menentu yang banyak dikekalkan mempengaruhi aroma dan rasa teh. Pokok teh boleh ditumbuh sama ada dalam teduhan mahupun di bawah terik sinaran matahari. Pokok-pokok teh hijau tumbuh dalam barisan yang memudahkan pucuk-pucuknya dipangkas menghasilkan pucuk baru dalam kadar cara yang biasa dimana biasanya pokok-pokok ini akan dituai daunnya dalam tiga kali setiap tahun. Pucuk-pucuk pertama yang muncul pada musim bunga merupakan bahagian daun yang akan menghasilkan daun-daun yang bermutu tinggi dengan harga lumayan yang bersesuaian dengan kualitinya. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini selepas bersahur puasa Ramadan ke 12 saya menulis berkaitan kehebatan daun teh hijau seperti dilaporkan beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam portal berita hmetro.com menrik tajuk 'Manfaat teh hijau' untuk saya dikongsikan kali ini. DIlaporkan dimana msyarakat Jepun memang terkenal dengan usia mereka yang panjang. Rahsia-nya terletak pada pemakanan sihat, amalan minum teh hijau berserta senaman harian. Makanan Jepun juga biasanya disediakan dengan penuh teliti dan berkhasiat. Satu-satu sajiannya yang menyihatkan biasanya mengandungi ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan soya termasuk teh hijau yang lazimnya dikaitkan dengan masyarakat Jepun sejak dulu lagi. Teh hijau mengandungi catechin, sejenis polyphenol paling kuat yang dikatakan boleh merendahkan paras kolesterol dan meningkatkan aktiviti antioksidan dalam darah. Tumbuhan ini pada awalnya dimanfaatkan sebagai minuman perubatan yang hanya diperoleh golongan bangsawan sebelum ia mula berkembang. Lantaran pelbagai manfaat kesihatannya, teh hijau akhirnya tidak dapat dipisahkan daripada gaya hidup masyarakat Jepun yang membuatkan mereka sihat dan hidup lama. Masyarakat hari ini juga lebih prihatin terhadap kesihatan dengan adanya pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuk pilihan teh hijau. Teh hijau yang dihasilkan daripada daun pokok Camellia sinensis dengan pemprosesan yang minimum adalah satu satu daripada minuman paling menyihatkan. Fakta ini disahkan oleh banyak kajian di pelbagai institusi terkemuka termasuk di Jepun dan Amerika Syarikat. Pengambilannya secara berterusan antara lain merendahkan paras kolesterol, meningkatkan aktiviti antioksidan dalam darah, mengurangkan kaviti dan penyakit gusi. Kehadiran antioksidan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi juga meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Produk minuman Oishi, jenama teh hijau yang bermaksud 'lazat' kini antara teh hijau sedia diminum yang semakin digemari rakyat Malaysia. Edaran F&N Beverages Sdn Bhd, Oishi yang merangkumi manfaat kesihatan teh hijau dengan perisa menarik ini dihasilkan daripada 100 peratus daun teh organik yang ditanam di ladang organik yang mendapat pengiktirafan dan produk ini hanya menggunakan bahan semula jadi. Hanya tiga daun paling muda pada bahagian pucuknya dipilih daripada setiap tangkai. Daun organik muda ini kemudian diproses menggunakan teknologi terkini oleh pasukan pakar tanpa meng-gunakan bahan pengawet atau pewarna tiruan lantas ia menyediakan teh hijau premium dalam setiap botol. Teh hijau jenama ini menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna Thailand selepas ia memasuki pasaran negara terbabit pada 2003 dan kini ia diperluaskan di pasaran Malaysia. Rangkaian teh hijau di negara ini terdiri daripada perisa lemon madu, genmai, asli dan lemon teh hitam. Oishi teh hijau perisa lemon pilihan menyegarkan dengan rasa manis dan masam. Genmai pula memberikan aroma beras panggang genmai yang diadun sempurna dengan teh hijau. Perisa asli memberikan rasa yang sedikit manis daripada teh hijau organik dengan rasa dan aroma aslinya yang unik manakala lemon teh hitam pula menggabungkan rasa sensasi teh hitam dan lemon yang menyegarkan

Portal berita sama juga menyatakan '
Teh hijau pelihara wajah' dimana amapan penggunaan serbuk teh hijau dicampur bersama pemutih telur dan beras kisar boleh jadi pupur muka memang boleh diamalkan. Dilaporkan diman ateh hijau antara minuman tradisi yang diamalkan kebanyakan negara Asia kerana terdapat kepercayaan ia mengandungi bahan yang dapat memberi kebaikan kepada tubuh dan kesejahteraan mental. Malah ada tinjauan terhadap 40 ribu golongan dewasa di Jepun mendapati mereka yang mengamalkan tabiat minum teh hijau lima kali sehari boleh membantu memanjangkan hayat. Justeru kajian ke atas minuman semula jadi itu telah dijalankan beberapa saintis dan menemui beberapa bahan aktif terdapat pada daun teh berkenaan yang dikatakan mempunyai kebaikan terhadap kesihatan. Bahan aktif itu tetap kekal meskipun melalui beberapa proses penyediaan sehingga menjadi minuman. Nutrien dalam minuman itu juga masih mampu membantu memberi kebaikan kepada tubuh.  Ciri-ciri antioksidan dari kandungan polifenol dalam teh hijau juga biasanya terdapat dalam sumber hijau lain seperti bayam dan brokoli. Polifenol sangat penting dalam membantu meningkatkan metabolisme dan mencegah kerosakan sel pada sistem tubuh. Kebaikan lain teh hijau iaitu memiliki kadar kafein memadai untuk membantu memperbaiki fungsi otak selain kandungan L-theanine turut mencegah masalah saluran darah yang mengalir ke otak daripada tersumbat. Impak yang sama terhadap kesihatan wajah apabila menggunakan bahan berasaskan teh hijau dalam bahan penjagaan kecantikan. Berikut beberapa amalan yang boleh dilakukan pembaca menggunakan bahan terbabit. Pertama adalah menggunakan Serbuk Teh Hijau yang dic dicampur bersama pemutih telur dan serbuk beras, boleh menjadi pupur muka lebih organik tanpa penggunaan bahan kimia. Kaedah penyediaan mudah iaitu ambil tiga sudu besar teh hijau dicampur bersama sebiji telur yang mana bahagian putih sahaja diambil. Kemudian letakkan beras sudah dikisar. Gaul sebati dan pastikan tekstur bahan terbabit seperti likat. Sapukan pada muka dan biarkan 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan basuhan kedua dengan air sejuk. Kedua adalah dengan Air Teh Hijau dimana ia dibancuh air teh seperti penyediaan minuman. (Kira-kira 500 mililiter dengan seuncang teh hijau). Kemudian biarkan air menjadi suam dan bilas muka seperti biasa. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang lebih baik. Cara ketiga dengan menggunakan Sisa Uncang Teh Hijau dan ianya jangan dibuang uncang teh hijau selepas penyediaan minuman. Sebaiknya sejukkan di dalam peti sejuk kira-kira enam jam. Kemudian keluarkan uncang berkenaan dan letakkan di kelopak mata. Ini boleh mengurangkan masalah mata lebam atau bengkak di awal pagi.

Portal berita sinarharian.com pula dengan kisah bertajuk '5 khasiat tersembunyi teh hijau, bukan hanya bikin langsing sahaja' juga sesuai dikongsikan. Dilaporkan dengan secawan teh hijau bukan sahaja menghilangkan dahaga, malah lebih daripada itu kebaikannya untuk diambil tubuh badan manusia.  Berdasarkan historiografi, teh jenis berkenaan yang dihasilkan daripada daun spesies Camellia sinensis disifatkan sangat berkhasiat dan bernutrisi dalam kalangan penduduk negara China zaman dulu. Menariknya tentang teh hijau, ia tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan seperti penghasilan teh oolong dan teh hitam. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas lebih 40,000 penduduk dewasa di Jepun, mereka yang mengamalkan minum air berkenaan sebanyak lima cawan sehari telah menunjukkan jangka hayat yang lebih panjang!. Memperincikan lebih mendalam mengenai faedah teh hijau, SinarPlus mewawancara Pakar Perkhidmatan Dietetik dan Pemakanan, Pusat Perubatan Pakar Tawau, Nur Aliah Syazwanie menyatakan dimana pada peringkat awal, teh hijau merupakan sejenis ubat yang digunakan secara meluas dalam kalangan tabib di China. Ia kemudian barulah ia dijadikan sebagai sejenis minuman. Ia dihidangkan ketika panas, sejuk, suam dan terdapat dalam bentuk serbuk juga. Teh hijau terdapat pelbagai jenis kategori yang mana setiap fungsinya sedikit berbeza. Berikut adalah huraiannya iaitu Teh Sencha iaitu teh yang merupakan teh hijau yang selalu diambil. Ia dibuat mengikut kaedah pemprosesan yang paling umum. Biasanya, daun sencha dikukus dan digelek untuk menghasilkan teh yang asli. Kedua adalah jenis Teh Fukamushi Sencha sebagai teh hijau jenis itu dikukus kira-kira dua kali lebih lama daripada sencha. Teh yang dihasilkan akan memberi rasa yang lebih kuat dan warna hijau yang lebih gelap. Jenis ke 3 adalah Teh Gyokuro iaitu teh tersebut akan ditutup dengan kain atau tapisan buluh kira-kira 20 hari sebelum dipetik. Ia dilakukan bertujuan untuk mengehadkan jumlah cahaya yang masuk. Penghasilan catechin daripada asid amino (theanine) yang ditekan akan menghasilkan astringensi yang lebih rendah dan rasa yang kaya. Aromanya serupa dengan rumput laut nori. Ke 4 adalah jenis Teh Kabusecha yang merupakan sejenis teh hijau ditanam dalam keadaan tertutup seperti gyokuro. Namun, jangka masanya matang lebih pendek. Dalam tempoh seminggu, kabusecha sudah boleh dipetik dan aroma tehnya memang harum. Jenis ke 5 adalah Teh Matcha iaitu antara jenis teh hijau yang popular di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Matcha dikatakan digunakan secara menyeluruh termasuk dalam upacara minum teh tradisional di Jepun. Ke 6 pula adalah jenis Teh Tencha dimana teh ini selalu ditanam mengikut kaedah kultur tertutup bagi menyekat sebahagian besar sinar matahari. Ia lazimnya akan dikukus dan dikeringkan. Setelah mengeluarkan tangkai dan urat daun, bintik daun teh akan menjadi tencha. Ke 7 adalah dari jenis Teh Genmaicha yang berasal daripada perkataan Jepun iaitu bermaksud beras perang. Beras perang dicampur dengan teh hijau asli iaitu sencha dengan nisbah seimbang. Kandungan kafein bagi genmaicha lebih rendah berbanding teh hijau lain. Ke 8 pula adalah Teh Hojicha yang diperbuat daripada teh sencha yang dipanggang untuk menghasilkan aroma yang menarik. Akhirnya ke 9 adalah Teh Shincha iaitu sejenis teh baharu yang baru dikenali. Ia dipetik bermula dari kawasan beriklim sederhana. Selain itu, jenis-jenis teh yang lain terdiri daripada ichibancha, nibancha dan sanbancha. Meskipun teh hijau diuar-uarkan mempunyai 1,001 khasiat, ia tidak boleh diminum secara semberono. Semuanya perlu mengikut kuantiti dan masa yang sesuai. Lazimnya individu yang bekerja atau pelajar yang ingin fokus ketika pembelajaran berlangsung akan memilih untuk minum secawan teh hijau atau kopi. Pun demikian dilaporkan dimana teh hijau juga merupakan pilihan yang lebih baik. Walau pun ramai yang masih tidak tahu bahawa terdapat kafein dalam teh hijau, selain mengandungi satu lagi komponen yang kita panggil L-theanine, sejenis asid amino yang akan membangkitkan rasa tenang. Kedua-dua komponen itu (kafein dan L-theanine) akan ‘bekerjasama’ bagi melancarkan fungsi otak. Oleh sebab itu, minuman ini lebih sesuai untuk diambil pada waktu pagi. Bagi atlet dan mereka yang bergiat aktif dalam arena sukan pula, satu kajian membuktikan seseorang yang meneguk teh hijau sebelum memulakan aktiviti fizikal atau senaman, dapat membakar lemak lebih cepat. Perlu diingat, walaupun teh hijau banyak ‘keuntungannya‘ ketika diambil pada waktu pagi atau pada saat mahu melakukan senaman, ada masanya teh hijau tidak sesuai untuk diambil pada waktu tertentu. Antaranya ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Mengapa? Ini kerana ia akan menyebabkan rintangan terhadap penyerapan nutrien bagi sesetengah individu dan akan menyebabkan gangguan tidur bagi individu yang sensitif terhadap kafein. Apa pun paling ideal adalah teh jenis itu disarankan diminum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari dan ia sudah memadai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEH HIJAU... HEBAT KHASIATNYA...
RASANYA ENAK... PANAS MUNUMNYA...
MUDAH DIBELI... SESUAI HARGANYA...
BANYAK DILAPOR... DALAM MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...