Kisah bagaimana 'Harga jualan beras di Malaysia terendah di rantau ini' dialam portal hmetro.com merupakan kisah yang peling menarik penulis blog untuk kisah ini dikongsikan. Ini merupakan suatu perkara yang pembaca mungkin tidak menyangka. Di negara kita dilporkan dimana dengan harga RM2.60 sekilogram kini Malaysia menjadi negara yang mempunyai harga paling rendah bagi jualan beras di rantau ini. Berkualiti tinggi dan mempunyai bekalan yang mencukupi dimsns negara berada pada tempat pertama mendahului Thailand yang menjual komoditi itu dengan harga RM2.70 sekilogram manakala Kemboja RM3.20 sekilogram. Laporan kenyattan oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras (KPB) Azman Mahmood dimana kualiti beras tempatan adalah setara atau lebih baik berbanding beras putih import dan menjadi pilihan utama rakyat. Dia dakwa sejak 2008 dulu harga beras negara kekal rendah dan antara faktornya adalah polisi kerajaan dalam menetapkan harga siling beras tempatan (beras putih) berbanding negara lain yang bergantung kepada keadaan pasaran. Di rantau Asean dan kebanyakan negara-negara di Asia dimana beras adalah makanan ruji dan dikategorikan sebagai barang kawalan. Apa pun berbeza dengan Malaysia, harga siling tidak dikenakan. Ini seperti harga ayam di Malaysia, di mana ayam termasuk barang kawalan tetapi tidak dikenakan harga siling dan boleh berubah mengikut keadaan pasaran. Harga beras di Malaysia tidak berubah sejak Krisis Beras Sedunia pada tahun 2008. Berbeza dengan negara-negara lain di mana berlaku keadaan ketidakstabilan harga, harga beras di Malaysia kekal stabil sewaktu dunia dilanda pandemik Covid-19. Di Singapura mencatatkan harga tertinggi iaitu RM8.52 sekilogram, Brunei (RM5.60), Indonesia (RM4.10), Laos (RM4), Vietnam (RM3.34) dan Filipina RM3.33 setiap satu kilogram. Apa pun ini berkait dengan kecekapan di seluruh rantaian industri iaitu pengilangan, pemborongan, pengedaran dan peruncitan juga menyumbang kepada kestabilan harga serta mengekalkan harga pasaran yang rendah. Ianya menjadikan penggiat industri padi dan beras perlu mengoptimumkan kecekapan operasi mereka kerana berdepan dengan margin keuntungan yang rendah, mengambil kira harga siling beras. Sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import mankala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, beras basmati dan beras istimewa lain seperti beras jepun. Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan, manakala bakinya beras putih import. Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import dimana jurang perbezaan keduanya adalah kecil. Beras wangi biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang, dan beras jepun di restoran Jepun. Secara purata, rakyat Malaysia mengguna sekitar 77 kilogram setahun yang bersamaan sekitar 210 gram sehari.
Penggunaan per kapita beras di Malaysia adalah menurun di mana pada tahun 1960-an, penggunaannya ialah sekitar 140 kg setahun. Pada masa ini fokus diberikan kepada aktiviti peningkatan hasil dan pendapatan petani dan mereka sudah berpindah daripada kaedah penanaman secara manual kepada penggunaan mekanisasi yang tinggi. Pada masa yang sama katanya, negara mengeluarkan varieti beras wangi yang bermutu tinggi menerusi Mardi dan usaha sedang dijalankan untuk memperluaskan beras wangi ketahap komersil. Melalui penekanan baharu kerajaan kepada kaedah pintar sawah berskala besar (Smart SBB-MAFI), usaha mengkomersilkan beras wangi berkualiti tinggi dilihat mempunyai potensi yang besar di masa hadapan.
Dalam portalberita utusanborneo.com dengan kisah bertajuk 'Haryana, beras Basmathi berkhasiat daripada Liansin' juga menarik untuk dikongsikan. Kisah daripada Kuching, Sarawak ini menyatakan dimana sebuah syarikat pembekal beras tersohor di Sarawak, Liansin Trading Sdn Bhd baru-baru ini memperkenal beras jenama baharu dikenali sebagai Haryana yang kini telah memasuki pasaran tempatan (Sila lihat foto disebelah). Menurut Pengarah Eksekutif Liansin Lai Chun Lian dimana syarikat tersebut kini mempunyai 14 jenama beras dan Haryana merupakan salah satu beras Basmathi keluaran syarikat tersebut. Buat masa ini kita telah mengeluarkan dua jenama beras Basmathi dan Haryana merupakan salah satu daripadanya. Di Sarawak Beras Basmathi merupakan satu jenis beras yang berkhasiat dan sihat untuk sesiapa sahaja yang memakannya namun, apa yang membezakan beras Haryana dengan Basmathi yang lain ialah dimana Haryana mengandungi lemak dan gula yang rendah yang mana jarang didapati dalam beras Basmathi berjenama lain. Bahan seperti Liansin begitu mengutamakan tahap kesihatan tubuh badan pengguna-pengguna beras keluaran mereka dan pastinya dengan keluaran beras jenama Haryana, ia akan menjadi beras pilihan ramai kerana kandungannya yang menepati ciri-ciri penjagaan tahap kesihatan paling maksimum. Sumber beras ini (Haryana) adalah dari Utara India berhampiran Himalaya dan ia ditanam di kawasan persekitaran yang mempunyai landskap dan cuaca yang sempurna. Kini dengan aromanya yang segar pastinya akan membuka selera sesiapa sahaja. Haryana menjanjikan kandungan yang begitu selamat dan sihat di mana lemak dan gula dalam penghasilan beras ini telah dikurangkan ke tahap paling rendah. Beras ini selamat serta sesuai dimakan oleh semua peringkat umur, lebih-lebih lagi golongan masyarakat yang menghidap penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan banyak lagi. Beras Haryana berkemampuan untuk mengawal jumlah kolesterol dan sistem kardiovaskular dalam badan selain mengawal kenaikan berat badan yang sering menjadi kebimbangan masyarakat hari ini. Antara keunikan beras jenama Haryana seperti didakwa ia jenis beras yang kaya mineral itu akan menghasilkan bau wangi yang menyelerakan serta teksturnya yang lembut dan gebu. Kena ujirasa beras Haryana baharu barulah semua akan merasai kepuasannya. Kini beras jenama Haryana dijual dalam bungkusan bersaiz lima kilogram (5kg) pada harga RM49 sebungkus. Beras keluaran Liansin telah mendapat pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Plant’ (HACCP), ISO 9001:2008 dan perakuan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Promosi Haryana tidak hanya merangkumi Kuching sahaja akan tetapi ia meliputi seluruh negeri Sarawak. Beras jenama Haryana boleh didapati di semua pasar raya dan kedai runcit di seluruh negeri ini, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba.

Kisah bagaimana 'Kadar zakat fitrah orang Selangor, ikut jenis beras dimakan' menarik untuk dikongsikan dan berkait dengan artikel kali ini. Penulis blog yang membayar zakat fitrah di Melaka juga mendapati ia adalah kisah yang sama dengan kisah di Selangor dan kebanyakan negeri lain juga. Kisah dari Shah Alam menyatakan dimana pada tahun 2022 (1443 Hijrah) dimana kadar zakat fitrah di Selangor kekal seperti tahun sebelum ini iaitu pada kadar RM7, RM14 dan RM21. Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) dimana penetapan itu berdasarkan kepada harga 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh penduduk di Selangor. LZS menggalakkan golongan lain yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan dimana kaedah ini juga telah bermula sejak 2018. Kadar zakat fitrah sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni atau beras wangi. Manakala kadar zakat fitrah RM21 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi, beras jepun atau beras merah. Di Selangor jumlah kutipan zakat fitrah pada tahun 2021 adalah berjumlah RM31.1 juta. Walaupun negara dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2021 akan tetapi jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun 2019 dan 2020 yang mana kutipan adalah sebanyak RM26 juta. Dalam pada itu LZS memberikan inisiatif membabitkan RM93,794 sebagai bantuan modal perniagaan untuk penerima memulakan atau mengembangkan perniagaan manakala inisiatif ketiga adalah RM50,000 untuk diagihkan.
Dalam portal hmetro.com ada sebuah kisah bertajuk 'Potensi jadi pengeksport beras' yang sesuai dijadikan bahan rujukkan juga. Dilaporkan bagaimana padi, jagung dan gandum antara tanaman sumber karbohidrat yang memberi tenaga kepada hampir 60 peratus penduduk dunia. Apatah lagi padi pula menjadi makanan ruji atau asasi kepada 46 peratus atau hampir separuh penduduk dunia selain makanan utama kepada kira-kira 90 peratus penduduk Asia. Ini menunjukkan betapa pentingnya tanaman padi kepada kesejahteraan umat dan kebergantungan masyarakat kepadanya. Secara purata, di negara yang makanan rujinya adalah nasi, setiap orang mengambil kira-kira 400 gram (g) beras untuk menghasilkan 2,100 kalori tenaga. Hampir semua negara di Asia memang telah mengeluarkan beras sebagai sumber makanan penduduk. Namun begitu keadaan tanah dan cuaca yang berbeza menjadikan pengeluaran padi secara umumnya tidak dapat menampung keperluan di dalam negara. Pada masa ini, pengeluar utama beras di dunia ialah China diikuti India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan Thailand. China mengeluarkan lebih 142.3 juta tan diikuti India sebanyak 110.4 juta tan sementara Indonesia 46.6 juta tan. Secara umumnya industri padi dan beras negara berkembang pesat. Pengeluaran padi negara meningkat dari 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan pada 2016. Walaupun kawasan pengeluaran padi secara umumnya tidak bertambah, pengeluaran padi terus meningkat. Peningkatan sebahagian besar disumbangkan kemajuan inovasi dan teknologi. Memandangkan pengeluaran beras negara kita lebih rendah berbanding permintaan pasaran, Malaysia dianggap negara pengimport bersih. Perdagangan beras menunjukkan 80 peratus daripada jumlah import beras Malaysia (anggaran di antara 700 hingga 900 ribu tan) didominasi beras putih. Sementara 20 peratus lagi membabitkan beras spesialti sama ada beras wangi, basmati, pulut dan sebagainya. Kadar import beras juga didapati meningkat setiap tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 4.4 peratus. Walaupun Malaysia mengimport sebahagian besar permintaan pasaran, ia masih boleh mengeksport beras ke negara lain. Analisis kelebihan bandingan juga menunjukkan Malaysia mempunyai faedah bandingan eksport yang positif terhadap beberapa negara seperti Filipina, Indonesia, Brunei dan Singapura bergantung kepada jenis beras dikaji. Pada masa ini, Malaysia mengimport kira-kira satu juta tan beras setahun bernilai kira-kira RM1.4 bilion. Trend import beras menunjukkan peningkatan tiga hingga lima peratus setahun dan jika tidak dibendung ia boleh menjejaskan kedaulatan makanan negara. Senario perdagangan beras antarabangsa menunjukkan Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk turut serta sebagai negara pengeksport komoditi ini. Malaysia dilaporkan mempunyai kelebihan bandingan dalam menghasilkan beras berkualiti yang diperlukan pengguna di rantau Asia Timur, Asia Barat dan Sub-Sahara. Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bekerjasama rapat dengan petani, pengilang, pemborong, pengawal selia untuk memastikan keselamatan makanan negara terjamin. Ia juga memastikan pendapatan petani serta kestabilan dan akses kepada bekalan beras kepada pengguna melalui keseluruhan pengurusan yang berkesan terhadap kewajipannya. Ketua Pegawai Eksekutif BERNASdakwa BERNAS ditubuhkan pada 1996 dan mengendalikan perolehan, pemprosesan padi serta pengimportan, pergudangan, pengedaran dan pemasaran beras di Malaysia. Beliau berkata, pihaknya mengulangi sokongan terhadap industri padi dan beras tempatan dengan memastikan masyarakat petani padi tempatan, pihak berkepentingan serta semua pengguna kepentingan terbaiknya dijamin selama beberapa dekad. Di bawah mekanisme ini, BERNAS terus memastikan kebajikan petani terbela sementara bekalan dan ketersediaan beras kepada pengguna kekal pada harga yang stabil serta berpatutan. Sebagai tambahan untuk menjaga keselamatan makanan, BERNAS juga mengekalkan kualiti penuaian padi tempatan melalui proses penggredan dan beras yang diimport menerusi juruukur kualiti. Selama lebih dua dekad, BERNAS bertanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan makanan terutama dengan menjaga pendapatan petani melalui memastikan pengeluaran penuh beras tempatan dan akses pengguna ke beras harga yang stabil serta berpatutan. Mereka akan terus menyampaikan dan menunaikan tanggungjawab kepada industri secara profesional dan tekun. BERNAS mengalu-alukan sebarang jemputan untuk membincangkan berkenaan bagaimana kami boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri. Apa pun rangkaian industri dilaksanakan secara holistik yang membabitkan kepentingan tiga polisi utama iaitu kebajikan pesawah, keselamatan makanan dan keperluan serta kepentingan pengguna. Industri padi dan beras direka untuk mengimbangi objektif ketiga-tiga polisi berkenaan. Namun, secara dasarnya ialah memastikan paras keselamatan makanan negara berada pada tahap paling baik. Kontrak BERNAS berakhir pada 2021 dan hingga tempoh berkenaan BERNAS akan terus melaksanakan peranannya sebagai pengawal selia tunggal dalam industri. Semuga artikel ini memneri info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam~!!!..
BERAS YANG MAHAL.... ADA AROMA....
NASI BERIYANI... NASI ARAB GUNA...
KISAH DI MEDIA... DI KONGSI SAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Shawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.