Support My Blog

Monday, July 4, 2022

JAMBU AIR - PELBAGAI KISAHNYA

BUAH JAMBU AIR
(Syszygium samarangense sinonim S. aqueum) merupakan sejenis buah tropika yang termasuk dalam famili Myrtaceae yang merupakan tanaman dipercayai berasal Malaysia dan Asia Tenggara lain sejak dahulu adalah buah segar dimusim kemarau. Buah Jambu Air yang matang banyak mengandung air sekitar 90% dari 100 gram bahagian buah yang dapat dimakan dan berfungsi sebagai penghilang rasa haus. Selain itu Jambu Air juga mengandung protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, potassium, zinc, copper, asid Citrik , fosforan, serat, vitamin C, vitamin A, niacin, riboflavin, thiamin dan sejumlah zat lain. Dalam tubuh manusia terdapat unsur yang dikenali sebagai 'antioksidan' iaitu bahan yang dapat menetralkan radikal bebas seperti bahan Enzim SOD (Superoksida Dismutase), gluthatione dan catalasye. Antioksidan juga dapat diperoleh dari penyerapan bahan makanan yang banyak mengandung vitamin C, vitamin E dan betakaroten serta bahan fenolik. Bahan makanan yang dapat menjadi sumber antioksidan semulajadi adalah seperti yang ujud dalam rempah-rempah, coklat, biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran seperti buah Jambu Air, Tomato, Betik, Limau dan sebagainya. Jambu Air memiliki banyak spesies yang menghasilkan buah, memiliki bentuk dan warnany menarik serta menghasilkan buah yang dikomersilkan. Penulis blog kenalpasti dimana terdapat 2 spesies jambu air yang dikenal yaitu Jambu Air Kecil (Syzygium aqueum) dan Jambu Air Besar atau spesis lain Jambu Air Semarang (Syzygium samarangense). Syzygium samarangense merupakan varieti jambu air yang paling polular di kawasan Asia Tenggara termasuk yang di tanam di Malaysia. Buah Jambu Semarang berukuran sedikit lebih besar dibandingkan dengan buah Jambu Air lainnya. Sejarah menunjukkan dimana semanjak awal abad ke 20 tanaman jambu air telah diusahakan di beberapa negara seperti Jamaica dan Suriname. Bagaimana pun terkini Jambu Air telah banyak ditanam di negara-negara seperti India, Thailand, Cina, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Saya ada banyak menulis mengenai tanaman dan buah jambu air dalam blog ini untuk dibuat rujukkan. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa kisah mengenai jambu air seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Beberapa media tempatan melaporkan kisah 'Lori seludup 1,780kg jambu air ditahan' pada tahun 2020 dengan mana sebuah lori muatan yang cuba diseludup masuk ke dalam negara. Kisah dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ini laporkan dimana sebuah lori membawa muatan buah-buahan dari Thailand ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah ketika cuba menyeludup 1,780 kilogram jambu air bernilai RM8,900 ke negara ini (Sila lihat foto dsebelah). Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah iaitu Lily Rosalind nyatakan dimana seorang pemandu lori berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen sah daripada MAQIS seperti permit import dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal. Jambu air tersebut akan ditahan manakala syarikat pengimport terbabit bakal dikenakan kompaun. Apa pun anggota penguat kuasa semasa memeriksa muatan lori yang ditahan dimana mengikut Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728) iaitu semua orang yang membawa barangan bawah kawalan Akta MAQIS memerlukan permit daripada MAQIS. Kegagalan mematuhi peraturan import boleh dikenakan denda iaitu kompaun bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Perkompaunan Kesalahan) 2019. Penemuan itu adalah hasil pemeriksaan bersama pihaknya dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan bagi mengekang kemasukan perosak seperti serangga perosak buah dan penyakit yang boleh menjejaskan industri pertanian negara sekiranya tidak dikawal sebaiknya. Jika ini berlaku naka ia boleh menyebabkan isu kerajaan menanggug kerugian tinggi yang berpunca daripada penyakit tidak dikawal. Perbuatan mengimport sesuatu barangan tanpa permit sah juga menjadi kesalahan bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (AKTA 728) yang boleh dihukum bawah seksyen 11(3), didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Portal berita utusan.com ada laporkan bagaimana 'Pesta jambu di kebun Pak Cik Wahid tarik pengunjung negara jiran' yang sesuai ditulis semula dan dikongsikan dengan pembaca semua. Bagi pemilik kebun jambu air Wahid Talib yang menunjukkan jambu air di kebunnya yang telah diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu di Felda Sungai Sibol, Kota Tinggi, Johor amat teruja (Sila lihat foto disebelah). Beliau adalah juga betugas sebagai seorang guru agama berjaya menjadikan kebun jambu air miliknya sebagai produk agro- pelancongan sehingga menarik kehadiran pengunjung bukan sahaja dari negeri ini bahkan dari negara jiran. Beliau dakwa kebun yang diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu itu memiliki 162 pokok jambu air yang kini amat popular sebagai produk agro-pelancongan di kampung tersebut melalui ‘pesta jambu’ yang dianjurkan setiap kali musim buah berkenaan. Apa pun dakwanya pengunjung datang dari pelbagai kawasan seperti Singapura, Indonesia selain Kelantan, Terengganu, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan serta Johor sendiri. Orang ramai boleh makan secara percuma di kebun berkenaan dan hanya akan dikenakan bayaran sekiranya mereka mahu membawa pulang. Idea menganjurkan pesta jambu ini tercetus selepas kebun mempunyai lebihan jambu air yang sudah masak, jadi masa itu pasaran tiada dan selepas bersedekah kepada masjid dan saudara mara pun bekalan jambu masih ada. Dia yang juga guna konsep ini selepas berkunjung ke Cameroon Highlands dan lihat orang yang masuk ke kebun strawberi dikenakan bayaran, hendak petik pun dikenakan bayaran. Jadi, saya beritahu anak-anak untuk anjurkan ‘pesta jambu’ di mana pengunjung boleh masuk secara percuma, makan percuma kecuali jika hendak bawa pulang barulah dikenakan bayaran. Beliau memang tidak sangka sambutannya amat menggalakkan, mulanya anak hanya buka iklan melalui media sosial untuk sekitar kampung kemudian terbuka kepada semua dari mana-mana sahaja. Saya masih ingat sebelum ini hampir 3,000 orang datang ke kebun, dalam sehari sahaja jambu habis. Bapa kepada 11 anak itu nyatakan untuk setiap musim, jambu air di kebun itu mampu menghasilkan lebih satu tan buah dan dengan hasil itu dia membesarkan kesemua anak yang ada di antara mereka kini telah berjaya sehingga menamatkan pengajian di universiti. Menceritakan bagaimana tercetus untuk membangunkan kebun tanaman jambu air itu, Wahid berkata, sebelum ini dia pernah menjual jambu air yang diambil daripada peraih dan berjaya menjual sehingga 60 bakul dalam sehari pada ketika itu. Para peraih kemudian menaikan harga pada satu harga yang tidak mampu diambil menyebabkan dia bertekad untuk menanam sendiri buah itu selain memang minatnya dalam bidang pertanian. Masa itu dengan bermodalkan berniaga kuih-muih dia gunakan untuk membeli benih jambu air iaitu beli sikit-sikit kerana tidak mampu. Kini dengan wang jambu air ini dia dapat besarkan semua anak-anak dan kini anak nombor enam membantunya  di kebun. Banyak cabaran yang beliau telah dilalui sepanjang mengusahakan kebun ini termasuk musim panas selama tiga bulan menyebabkan semua buah jambu tidak cantik. Bila tidak cantik tidak dapat jual maka masa itu memang tidak dapat balik modal. Wahid dakwa dia amat berharap agar ada pihak berkenaan atau agensi terlibat dapat membantunya didalam usaha menambah baik dari segi kemudahan di kebunnya agar kawasan itu yang memang sudah dikenali terus menjadi daya penarik para pelancong untuk datang ke daerah ini.

Kisah ketiga mengenai kes berlainan dimana jambu air dilaporkan dalam sinarharian.com bertajuk 'MAQIS rampas 200 kg jambu air' juga berkait dengan tajuk tulisan kali ini. MAQIS negeri Kedah memeriksa jambu air yang telah cuba diseludup masuk dari Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Julai 2021. MAQIS berjaya merampas 200 kilogram jambu air yang diseludup dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam. Hasil pemeriksaan rutin ke atas sebuah lori di kompleks berkenaan pada pukul 11 malam menemukan jambu air itu yang bernilai kira-kira RM2,000. Dagangan jambu air yang ditahan kerana memberikan dokumen Sijil Fitosinatasi dari negara asal yang mengelirukan. Kes mengisytiharkan dokumen yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan pihak berkuasa merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua–duanya sekali. Tindakan tegas akan diambil ke atas pengimport yang cuba membawa masuk keluaran pertanian tanpa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Pihak MAQIS sentiasa memantau dan memeriksa setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU AIR... MERAH WARNANYA...
MUDAH DITANAM...SENANG DIJAGA...
MAQIS TAHAN... THAILAND ASALNYA...
AGRO-TOURISM... ADA DI JOHOR SANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1433H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...