Support My Blog

Thursday, July 7, 2022

BENCANA DARI LADANG MUSANG KING?

LADANG MUSANG KING (D197)
yang dilaporkan terbesar didunia kini berada di Negeri Kedah?. Pada 4 Julai 2022 media utama di Malaysia melaporkan akan kejadian banjir kilat yang telah mengorbankan 3 nyawa dan lebih 1,400 mangsa banjir dipindahkan akibat dakwaan penduduk projek ladang durian Musang King ini telah menjadi punca utama bencana. Dalam portal duriankini.com pada Feb 2021 dilaporkan isu dan persoalan dimana benarkah ladang Musang King ini terbesar dunia berada di Kedah sudah terhenti dan sejauh mana taikun sudah ambil untung? ianya menarik untuk dikongsikan.
Baru-baru ini tular video seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina yang mendakwa bahawa kawasan Gunung Inas tersebut di Kedah akan dijadikan ‘dusun durian terbesar di dunia’ iaitu dimana sudah sebanyak 500 anak pokok Musang King sudah ditanam. Apa pun gunung Inas terletak di Tenggara Kedah iaitu diantara Utara Baling dan Selatan Kulim membabitkan sempadan Perak. Dakwaan penerokaan hutan simpan ini melibatkan kawasan seluas 12,141 hektar di kawasan Gunung Inas terletak antara Kulim dan Baling. Menngikut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu adalah merupakan isu lama yang telah diwarisi pentadbiran kerajaan terdahulu dan diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019. EXCO Alam Sekitar semasa PH, Simon Ooi Tze Min mengelak dari kesalahan yang diletakkan sebaliknya mendedahkan bahawa pemilik lokasi telah memperolehi akan kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) pada 2013 dimana ia termasuk daripada Jabatan Perhutanan. Pada 2013 Kedah menyaksikan dua Kerajaan dan dua Menteri Besar. Apa pun sebagai menjawab video viral terbaru ini dan kegusaran rakyat, MB Kedah Muhammad Sanusi berkata dimana selepas mengambil alih pentadbiran negeri pada Mei tahun lalu, beliau telah mengarahkan kerja-kerja menanam durian di Gunung Inas itu dihentikan apabila ia mengakibatkan banjir lumpur di kawasan lembah. MB juga pada Julai 2020 lalu dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat yang menanam pokok durian di lokasi berkenaan supaya menanam tanaman penutup bumi dan pokok balak selepas kawasan Kupang di Baling mengalami banjir lumpur dipercayai berpunca daripada bukit tersebut. Dalam artikel tulisan saya dimana tanaman DURIAN Varieti Raja Kunyit (Durio ziberthinus Linn.) atau juga dipanggil Durian 'Musang King' telah didaftarkan dengan daftar D197 dalam senarai pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian Malaysia. Durian ini merupakan varieti yang sangat popular dengan banyak di tanam di kawasan Kelantan, Pahang (Daerah Raub), Johor dan juga Perak. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah , Kelantan pada 9 Disember 1993. Semasa didaftarkan nama varieti asal durian ini adalah 'Raja Kunyit' berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. Masyarakat biasa atau orang tempatan di Malaysia lebih kenal varieti ini dengan panggilan Klon D197. Artikel dalam  blog "Anim Agro Technology" kali ini berkongsi mengenai isu banjir dan jaitannya dengan projek tanaman musang king di Kedah yang menjadi tajuk media utama di Malaysia sebagai bahan bacaan semua.

Dalam portalberita bharian.com pada 2 Nov 2019 bertajuk 'EKSKLUSIF: Hutan simpan gondol' dilaporkan dari Baling, Kedah wajar dirujuk. 
Keperluan menanam semula anak pokok balak di kawasan seluas kira-kira 1,200 hektar Hutan Simpan Gunung Inas di sini telah dipercayai tidak dipenuhi apabila ditukarkan kepada tanaman durian iaitu khususnya baka Musang King. Penanaman benih durian itu dipercayai dijalankan pihak tertentu selepas pembalakan di kawasan berkenaan selesai sejak lebih setahun lalu. Keadaan itu menyaksikan tanaman durian kini meliputi empat kompartmen hutan simpan iaitu Enam, Tujuh, Lapan dan Sembilan yang masing-masing seluas 300 hektar. Tinjauan BH mendapati, pekerja ladang durian yang terdiri daripada warga asing, yang menggunakan pacuan empat roda melalui dua laluan ke kawasan puncak gunung berkenaan iaitu jalan air terjun Lata Chelak dan laluan Bukit Hijau. Kesan gondolan hutan sehingga ke puncak gunung yang bersempadan dalam tiga daerah iaitu Baling, Kulim dan Pengkalan Hulu, Perak itu, dapat dilihat jelas dari arah Jalan Kupang-Gerik. Lebih malang apabila kesan pembalakan dan gondolan hutan simpan itu membuatkan sungai yang menjadi sumber air graviti 3,000 penduduk Kampung Iboi musnah sama sekali apabila bertukar keruh sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membantah Projek Musang King, Malik Arshad, berkata pihaknya tidak menolak pembangunan atau projek yang mahu dilaksanakan di situ tetapi pemaju perlu lebih bertimbang rasa. Gondolan hutan gunung ini membawa banyak kesusahan kepada penduduk sekitarnya. Selain pencemaran sungai, bekalan air graviti kegunaan harian kami selama lebih 40 tahun termasuk untuk minuman dan masakan, tercemar hingga tidak dapat digunakan lagi. Mungkin ada beranggapan kami boleh mendapat air daripada paip Syarikat Air Darul Aman (SADA), namun bukan semua penduduk mampu, selain bekalan sering terputus. Keadaan Hutan Simpan di Gunung Inas yang dipercayai diteroka untuk dijadikan kawasan penanaman Musang King (Sila lihat foto disebelah). Pengerusi Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Ooi Tze Min, pernah melawat kawasan itu tahun lalu namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Akibat projek itu kini Lata Chelak yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai aktiviti rekreasi dan pernah viral dengan kedai makan dalam sungai telah pun bertukar suram apabila air jernih kini bertukar kemerahan. Bagi peniaga, Zaini Harun (52 tahun) mendakwa sejak setahun lalu hanya dapat membuka kedai makannya tiga atau empat hari sahaja seminggu kerana sudah tidak lagi  mempunyai sumber air bersih. Jika tidak hujan, bekalan air akan bersih dan saya boleh berniaga seperti biasa. Bila hujan, bekalan air akan bercampur tanah, menyebabkan kedai terpaksa ditutup. Dia yang tidak boleh bergantung kepada bekalan air paip kerana alirannya sangat kecil dan penduduk terpaksa menakung air seawal jam 2 pagi dimana dia juga ada perlu membayar pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) setiap minggu. Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Abd Ramlizauyahhudin Mahli, mengesahkan kawasan seluas 5,000 hektar sekitar Hutan Simpan Gunung Inas diluluskan sebagai kompartmen pembalakan sejak 2005. Bagaimanapun aktiviti pembalakan yang diselia Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu tamat pada 2016, kawasan itu sepatutnya ditanam semula dengan anak pokok hutan bagi tujuan pemuliharaan. Kerajaan negeri kemudian bersetuju membangunkan beberapa peratus daripada kawasan terbabit sebagai kawasan tanaman durian. Kawasan tanaman ini hanya diluluskan berdekatan anak sungai kerana ia memerlukan air yang banyak. Sehingga kini, kita belum tetapkan berapa peratus keluasan tanah di situ dijadikan kawasan tanaman pertanian, cuma pada dasarnya kita bersetuju dijadikan sebagai kawasan tanaman durian berkenaan. Susulan maklumat diterima, pihaknya akan menyemak semula kawasan pembalakan kompartmen tujuh, lapan dan sembilan Hutan Simpan Gunung Inas, yang tidak ditanam semula dengan anak pokok hutan, sebaliknya dibangunkan tanaman durian Musang King. Bagi Abd Ramlizauyahhudin berkata, JPNK tetap memberi keutamaan kepada proses tanaman semula anak pokok hutan di kawasan berkenaan demi menjaga ekosistem alam. Diharapkan penduduk kawasan berkenaan tampil membuat laporan, sekiranya ada aktiviti mencurigakan berlaku. Jika ada pihak yang menceroboh, kita boleh mengambil tindakan undang-undang mengheret mereka ke mahkamah.

Ada banyak sumber portal berita termasuk malaysiagazette.com yang melaporkan 'Pe
nduduk dakwa projek Musang King punca banjir' dimana insiden kepala air serta banjir besar yang melanda beberapa kampung di daerah ini didakwa berpunca daripada projek durian Musang King di Gunung Inas di sini. Apa pun dakwaan tersebut diakui rata-rata penduduk kawasan berkenaan terutamanya Kampung Iboi yang terjejas teruk dalam insiden kepala air itu. Penduduk turut mendakwa yang mereka dibelenggu pelbagai masalah akibat projek Musang King itu sejak lima tahun lalu. Menurut Sopian Mohd Aziz (53 tahun) dimana kejadian kepala air serta banjir ini merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh 50 tahun dia menetap di Kampung Iboi. Penduduk di sini sangat terkesan dengan projek Musang King tersebut kerana ia mengganggu bekalan air masyarakat yang diguna mereka sejak berkurun lalu. Mereka difahamkan ada kolam takungan sebesar dua padang bola dibuat di atas gunung ini, selain ia diterokai untuk projek Musang King. Projek Musang Kini itu dilakukan sejak lima tahun lalu dan kemuncak kesannya adalah semalam yang mana Kampung Iboi ini lumpuh sepenuhnya akibat dibadai kepala air. Lebih teruk lagi apabila air masyarakat yang digunakan selama ini keruh dipercayai akibat projek sama. Nasib baik ada saluran air Syarikat Air Darul Aman (SADA) kalau tidak tak tahu nasib kami. Selain itu juga Sopian turut mendakwa tempat peranginan Lata Celak yang dulu menjadi tumpuan pelancongan ‘mati’ sejak projek Musang King dilaksanakan susulan air sungai bertukar keruh sekali gus tidak sesuai untuk aktiviti riadah. Turut menyampaikan dakwaan sama, Muhammad Yusof Mohd Piah (53 tahun) yang berkata, projek durian itu mendapat bantahan majoriti penduduk susulan bimbang kejadian sebegini berlaku. Kes kejadian banjir besar hingga meragut nyawa serta kehilangan harta benda inilah yang kami tak mahu berlaku menyebabkan bantah dibuat berkaitan projek Musang King itu. Semuanya kini hancur seperti yang dijangka dimana mereka berharap tindakan diambil terhadap mereka yang menyebabkan dalam kalangan kami kehilangan ahli keluarga serta rumah. MG juga ada difahamkan tujuh buah rumah hanyut akibat insiden tersebut termasuk kediaman tiga beranak yang dilaporkan hilang sehingga kini.  

Manarik juga laporan oleh utusan.com dimana '
Durian Musang King tidak disyor tanam di hutan simpan' seperti dakwaan oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) bersyukur apabila pihak Kerajaan Pusat mengakui pokok durian Musang King tidak sesuai ditanam di hutan simpan. Foto disebelah menunjukkan pemandangan Hutan Simpan Gunung Inas di Baling, Kedah yang musnah ditanam secara haram ratusan ribu anak pokok durian musang king. Berita dipetik dari Putrajaya dimana pengesahan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada webinar anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diadakan kelmarin itu ternyata menyebelahi Peka. Wakil badan bukan kerajaan alam sekitar itu di Kedah, Mohd. Sobri Ramlee berkata dimana jawapan bertulis agensi tersebut menunjukkan hutan simpan tidak wajar ditanam pokok berkenaan. Katanya apa yang dia tertarik ialah penegasan jabatan itu di peringkat Persekutuan apabila telah pun mengambil perhatian terhadap sebarang aktiviti yang berlaku dalam hutan simpanan kekal. Ini termasuk penubuhan ladang hutan oleh kerajaan negeri tertentu dan mengesahkan pokok spesies durian Musang King tidak disenaraikan untuk disyor tanam. Beliau yang juga Penasihat Sahabat Alam Sik merujuk tindakan ‘rakus’ individu tertentu di Kedah menanam pokok itu seluas lebih 10,000 hektar di Hutan Simpan Gunung Inas di Baling. Projek ladang hutan diusahakan sejak 2019 itu telah menjejaskan teruk kehidupan lebih 4,000 penduduk dari enam buah kampung sekitar Kupang termasuk gangguan bekalan air bersih. Ia meliputi Kampung Tanjung Nering, Kampung Bok Bak, Kampung Masjid Iboi, Kampung Padang Empang, Kampung Iboi dan Kampung Bukit Iboi selain juga kawasan riadah Lata Celak. Dalam masa sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan media telah pun mengarahkan pemberhentian penanaman 550,000 anak pokok buah durian itu awal Februari lalu.Mengulas lanjut, Mohd. Sobri mempertikaikan bagaimana boleh ditanam ribuan pokok durian premium itu di hutan simpan sehingga bukit botak ditarah dan banyak pokok balak ditebang. Durian  Musang King memang tidak disyorkan sejak dahulu lagi, tetapi, ada pihak lain lebih berkuasa bebas buat macam-macam daripada Jabatan Perhutanan sendiri. Webinar dikelolakan FRIM dengan tajuk ‘Kelestarian Hutan: Mengimbangi Pertumbuhan Ekonomi dan Kesejahteraan Sejagat itu turut mendapat kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada masa sama, beliau mendakwa tiada hasil kajian impak alam sekitar (EIA) bagi kelulusan penanaman durian musang king apatah lagi memberi faedah kepada para penduduk tempatan. Keadaan itu menyerupai isu melibatkan lebih 30 pengusaha kebun haram durian itu seluas 90 hektar di Hutan Simpan Ulu Galas, Jajahan Gua Musang di Kelantan yang tular bulan lepas. Begitu juga kes kontroversi penanaman haram durian itu seluas 101 hektar di Hutan Simpan Batu Talam dalam Daerah Raub, Pahang sejak dua dekad yang kecoh pada sekitar Julai lalu. Durian Musang King atau gred D197 turut disebut Raja Kunyit kerana keunikan rasa isinya dan mendapat permintaan tinggi di Singapura selain China dengan harga jualan yang amat mahal. Memang bencana banjir yang berlaku pada Julai 2022 telah membuka mata banyak pihak kesan pembangunan yang tidak terancang boleh menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ini. Wasallam!!!...
BANJIR KILAT ... KORBANKAN NYAWA....
MUSANG KING... DIDAKWA IA PUNCA....
BANYAK DILAPOR... OLEH MEDIA UTAMA...
MENUNGGU.. LAPORAN SETERUSNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11m Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...