Support My Blog

Thursday, July 21, 2022

KALA JENGKING - APA FAKTANYA

KALA JENGKING
(Scorpions) merupakan sejenis haiwan serangga Araknid berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa. Terdapat 1752 spesies kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan tiga belas keluarga dikenali sehingga hari ini. Penulis blog semasa tinggal di kampong dahulu iaitu di rumah kayu sering kali jumpa kala jengking sekitar rumah dahulu zaman remaja dimana haiwan kecil berwarna hitam ini sedia untuk meyerang jika diganggu (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun kini agak jarang menjumpai kala jengking apabila tinggal dirumah konkrit. Ada laporan dimana walaupun kala jengking dikenali sebagai serangga yang mempunyai racun berbisa akan tetapi hanya 25 spesies kala jengking yang mempunyai nemom berbisa yang dapat membunuh manusia. Apa pun sering diingatkan dimana kalajengking menjadi salah satu haiwan kecil yang mesti diawasi kerana bisa racunnya. Kesan dari sengatannya tidak hanya mampu melumpuhkan mangsanya tetapa ia juga boleh menyebabkan kes-kes kematian kepada manusia. Haowan ini merupakan spesis haiwan purba dimana ada dilaporkan kalajengking jantan dan betina akan saling berpegangan satu sama lain dengan sepit mereka kemudian melakukan tarian sebelum mengawan. Proses ini hanya untuk tujuan kala jengking betina untuk menguji kekuatan jantan. Sementara itu yang jantan akan membantu untuk mencari lokasi yang sesuai untuk meninggalkan spermanya. Setelah beberapa menit proses ini selesai maka keduanya akan berpisah. Tapi dalam beberapa kes dimana kala betina kadang memutuskan untuk memakan kala jantan setelah mengawan.  Kalajengking membiak dengan melahirkan anaknya bukan bertelur. Semasa abak kala ini keluar atau lahir selalunya rangka luarnya masih sangat lembut sehingga mudah untuk dijadikan sasaran sebagai makanan pemangsa (predator). Bagaimana pun induk betina kala ini akan melindungi anak-anaknya dimana yang baru lahir akan memanjat ke punggung induknya yang lebih selamat. Sebagai contoh bagi spesis Kala jengking Kulit Kayu (Centriroides exilicauda) dilihat akan terus membawa anaknya di punggung. Beban kala jengking induk pun boleh membawa semua anaknya yang memang berat dimana dilaporkan sehinga mampu membawa sebanyak 100 ekor anaknya. Induknya akan tinggal di lokasi untuk selama beberapa minggu sehingga rangka kulit luar anak jengking ini menjadi keras. Tapi sesuatu yang mengerikan kadang terjadi dimana ada kes-kes dimana jika induknya kekurangan makanan maka ia aman memakan anak-anaknya yang disimpan dibadannya (Sila lihat foto di perenggan berikutnya). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 7,100 mengenai beberapa fakta tentang kala jengking untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 

Dilaporkan Kalajengking adalah antropod karnivor berkaki lapan yang terdapat di seluruh dunia. Terdapat kira-kira 2,000 spesies kalajengking dikenalpasti saintis iaitu yang terdapat di kebanyakan negara di dunia sekarang ini. Habitat asal kalajengking berada di hemisfera selatan dari kawasan padang pasir sehingga kepada habitat seperti hutan tebal. Tempat paling utara yang dapat dijumpai kalajengking di alam liar adalah Isle of Sheppey di United Kingdom iaitu lokasi yang merupakan sebuah pulau kecil di Utara Kent. Jangkamasa usia umum bagi kebanyakan spesis kalajengking adalah antara 6 bulan sehingga umur 25 tahun. Bagaimana pun dilaporkan jangka hayat sebenar kebanyakan spesis kalajengking tidak diketahui kerana mereka adalah haiwan yang sangat sukar difahami diamana memng sukar dijumpai kerana ukurannya yang kecil. Apa pun kalajeng king adalah araknid (bukan serangga) dan yang paling berkait rapat dengan labah-labah dan juga kutu. Kala jengking kadang-kadang disebut sebagai binatang kuno yang telah berada di bumi selama lebih dari 400 juta tahun atau dizaman ada haiwan dinosaur. Kala jengking pada amnya adalah haiwan malam yang bermaksud bahawa mereka ini akan menghabiskan hari di bawah batu dan di celah-celah dan kemudian keluar untuk memburu keselamatan kegelapan. Kala jengking adalah haiwan karnivor dan melumpuhkan mangsanya menggunakan sengatan berbisa yang berada di hujung ekornya sehingga kala jengking dapat memakannya tanpa masalah. Kala jengking juga mempunyai sepasang penyepit yang terletak di bahagian depan badan kala jengking. Penyepit besar ini membolehkan kala jengking berkesan menangkap dan memegang mangsa untuk menyengatnya dan kemudian memakannya. Kala jengking betina melahirkan anak muda yang masih kecil yang boleh berkisar antara 4 ekor  kala jengking bayi hingga 8 atau 9 kala jengking bayi. Kala jengking bayi naik ke belakang kala jengking ibu sebaik sahaja akan dilahirkan (Sila lihat foto disebelah). Induk Betina jengking akan menjaga kala jengking bayinya sehingga mereka dapat memburu diri mereka sendiri. Untuk sebahagian besar masa, ketika manusia disengat kala jengking selalu gejalanya sering serupa dengan sengatan lebah dimana dilihat ada tanda hanya membengkak dan menyakitkan. Ada sekitar 50 spesis kalajengking dianggap membawa cukup racun yang dapat menyebabkan bahaya yang lebih serius kepada manusia dan sekitar separuh dari 50 spesies kala jengking itu dipercayai mampu menyebabkan akibat yang mematikan ketika racunnya menyengat manusia.

Dalam portal utusan.com dengan kisah bertajuk '
255 labah-labah besar, 10 kala jengking antara disita Perhilitan' menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog. Sejumlah 255 ekor pelbagai spesies Tarantula atau labah-labah besar antara disita Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hasil pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di Georgetown, Pulau Pinang. Menurut kenyataan agensi berkenaan di sini semalam, melalui operasi khas itu, pihak Perhilitan turut merampas sebanyak 10 ekor kalajengking jenis Asian Forest, 10 ekor ular Ball Python, lapan ekor spesies mantis dan enam ekor spesies Chinchilla. Pihak berkuasa juga turut menyita empat ekor pelbagai spesies katak serta masing-masing seekor burung kakak tua yang berwarna putih dari jenis Moluccan Cockatoo dan Umbrella Cockatoo. Kesemua haiwan nadir berkenaan disimpan si pemiliknya tanpa ada sebarang dokumen sah yang dikeluarkan pihak Perhilitan Semenanjung Malaysia.  Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala dua laporan polis kemudian dibuat petugas agensi berkenaan di Balai Polis Jelutong. Kesemua barang rampasan itu dibawa ke pejabat Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menarik kisah didalam portal berita hmetro.com dimana 'Kala jengking jadi senjata' untuk tujuan peperangan dan tujuan lain. Kisah dipetik dari Baghdad, Iraq dimana dilaporkan ada militan Negara Islam (IS) yang didakwa menggunakan kala jengking hidup diguna sebagai senjata dalam keganasan terbaru mereka di Iraq. Balang yang diisikan dengan haiwan berbisa itu ditembak ke kawasan pekan dan bandar yang menjadi sasaran serangan mereka, kata seorang pakar tentera Britain yang baru pulang dari negara berkenaan. Mengikut laporan Hamish de Bretton-Gordon yang juga bekas ketua senjata kimia dan biologi NATO mendakwa memang perbuatan mereka gila. IS mengubah suai peralatan mereka untuk membolehkan ‘bom’ berkenaan dilancarkan. Mereka menguar-uarkan kaedah itu dan ini mengakibatkan panik. Kala jengking haiwan yang tahan lasak. Walaupun di lepaskan sebegitu ia masih mampu hidup dan merangkak apabila balang berkenaan pecah. Ada jengking yang berbisa, tetapi matlamat utama mereka ialah untuk mencetuskan perasaan takut dalam kalangan penduduk. Bagaimana pun berita ini didakwa sebagai satu propogabda pihak tertentu didalam melakukan strategi dalam peperangan tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KALA JENGKING... BERBISA DIA....
TIDAK BERTELUR... LAHIR SAJA...
SPESIS BERBISA... MAUT JADINYA...
DALAM ARTIKEL... BANYAK FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang, 
Bandar Melaka, Melaka, 
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...