Support My Blog

Monday, July 25, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 3)

ULAM
atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar terutama beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengambil ulaman jenis lain yang memang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog ada mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(7) JERING
Jering (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan jenis ulaman atau herba yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Pada penulis blog yang mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar, Johor ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah native atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di negara Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Daripada pembacaan dan kajian serta dari sumber Jabatan Pertanian dimana memang ada melaporkan anggaran keluasan tanaman Jering 2020 seluas 45-50 hektar CHE dengan pengeluaran hasil sebanyak 255 - 350 tan metrik. Anggaran nilai pengeluaran jering agak kurang tepat dianggarkan sekitar RM700,000 sebagai jering segar dan juga jering proses. Penanaman jering seperti juga pokok petai hanya ditanam secara bercampur dengan pokok buah-buahan lain disekitar rumah atau kebun. Belum ada catatan rasmi mengenai kebun jering yang ditanam secara 'monocrop' dikawasan yang luas. Kajian saintifik di makmal menunjukkan setiap 100 gram jering mengandungi air (93 g), Protin (3.5 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (1.7 g), Kalsium (21 mg), Posforus (25 mg), Fe (0.7 mg), Vitamnin A (240 IU), Vitamin B (0.1 mg), Vitamin C (12 mg) dan tenaga sebanyak 92 kJ (Rujukkan: Buku PROSEA : Vegetable production for ASEAN country - 1994). Jering juga bahan yang mengandungi asid amino yang tinggi dan bahan cysteine. Biji jering yang masak mengandungi kanji sebanyak 70%. Purata berat biji jering adalah 15 gram sebiji. Jering didakwa mampu meningkatkan selera makan dan khasiatnya termasuk menurunkan darah tinggi juga. Kandungan Asid Djengkolik dalam jering dilapor memberikan khasiat khusus pada jering. Antara khasiat jering termasuk sebagai bahan antioksidan, membantu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dalam darah, berpotensi untuk mencegah penyakit kardiovaskilar, potensi mencegah kanser, sebagai bahan antimokrobial atau antibakteria,membantu pembentukkan tisu badan dan jugamengurangkan risiko batu karang serta aktiviti anti ulser atau anti gastrik dalam badan.

(8) PERIA
Peria (Momordica charantia) merupakan sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Penulis blog merujuk dari maklumat dalam perubatan Ayurveda dimana masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam. Bagi masyarakat Melayu di Malaysia pula dimana selain dijadikan ulam buah dan daun peria terutama Jenis Peria Katak adalah penting dimana ia berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes. Apa pun sebenarnya sejak zaman purba lagi peria memang banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian. Bagi memberi info tambahan diman aantara khasiat peria katak didakwa mampu membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga. Ia juga melewatkan lagi pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa. Peria yang mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan. Peria adalah kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser. Bagaimana pum perlu diketahui akan keburukan peria katak antaranya sebaiknya cara penyediaan penting. Peria katak perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut. Juba boleh disesuaikan semasa dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu. Bagi penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden. Selain itu ia ada
 digunakan untuk merawat asma, meredakan sembelit, mencegah diabetes dan memulihkan kulit yang melecur.

(9) KACANG BOTOR
Kacang Botor (Psophocarpus tetragonolobus) atau juga di panggil Kacang Botol atau Kecipir (Jawa) atau Winged Bean (English) dari keluarga Fabaceae merupakan sejenis tanaman kekacang yang dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Tanaman ini di tanam sebagai tanaman pagar dan tidak banyak petani yang menanam secara meluas sebagai tanaman utama. Buah kacang botor boleh dituai selepas 2-3 bulan penanaman sehingga pokok mati. Buah yang sesuai ulam atau sayuran masih lembut dan rangup mestilah. Kacang botol dmakan sebagai ulam dengan sambal belacan atau di buat Urap. Urap menggunakan bahan utama dari kacang botol yang dihiris sepanjang 1-2 cm dan digaul dengan kelapa parut yang mengandungi ramuan cili api, bawang dan garam serta gula. Pucuk kacang botor boleh dijadikan ulam dengan mencelur dalam air panas. Biji yang tua boleh diproses untuk dijadikan makanan ringan. Ada pembaca blog yang mengambil bunga kacang botor untuk dimakan dan dimasukkan dalam nasi sebagai pewarna dan aroma.
Dalam 100 gram kecipir mentah terkandung 409 kkal tenaga, 0.795 miligram Asid pantotenate, sekitar 0.45 miligram Riboflavin, dan 0.175 miligram vitamin B6. Buah kacang botor ini sendiri merupakan tumbuhan melilit pada junjung dimana hampir semua dari bahagiannya bisa digunakan. Bermula dari buah dimana bahagian biji, umbi sehingga daunnya dapat dijadikan bahan untuk dikonsumsi harian. Sayuran ini yang juga dikenali ramai sebagai 'winged beans' ini dimasak menjadi makanan enak, murah dan menyihatkan. Manfaat kecipir boleh memengaruhi kesihatan dan juga kecantikan. Selain memiliki kandungan nutrisi yang telah disebutkan di atas, kecipir juga memiliki kandungan antioksidan tinggi. Ia merupakan sumber 'folate' yang memiliki manfaat luar biasa untuk wanita hamil dan janinnya. Kehebatan ulam kecipir yang pertama berkaitan dengan kandungan kalori dan seratnya. Kecipir memiliki kandungan kalori yang rendah dan ia juga memiliki serat berlebih yang membantu penurunan berat badan secara sihat. Serat tinggi dan kalori rendah membantu membuat semua orang merasa kenyang sehingga didakwa mengurangkan kemungkinan selalu makan berlebihan yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan. Didakwa kecipir menganduni antioksidan asli yang membantu mencegah membran sel diserang oleh radikal bebas yang menyebabkan kerusakan kulit. Vitamin C dan vitamin A kecipir mencegah aktiviti penuaan awal dan melindungi kulit anda daripada berkedut. Khasiat lain kacang botor termasuk mengurangkan masaalah sakit kepala atau migrain, mengawal paras gula dalam darah, meningkatkan immuniti, sumber bahan folate yang baik, ulam awet muda, ada serat yang baik bantu penghadaman dan juga sesuai dimakan semua peringkat umur pengguna. 
Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...