Support My Blog

Tuesday, July 26, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 4)

ULAM atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di luar bandar dan dikampung-kampung. Bagaimana pun kini ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk pihak tertentu membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka  kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(4) DAUN TENGGEK BURUNG
Daun Tenggek Burung (Euodia redleyi) merupakan sejenis herba dari tumbuhan dari keluarga Rutaceae iaitu merupakan tumbuhan renek yang selalu tumbuh secara liar di Malaysia. Tumbuhan ini telah diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung bersaiz kecil suka hinggap diatas pokok ini seperti burung kelicap, burung murai, burung kecil lain untuk mereka menyedut nektar daripada bunganya dan membuat sarang untuk bertelur. Penulis mula kenal pokok tenggek burung semenjak zaman remaja kerana terdapat beberapa pokok ini yang tumbur liar dikawasan rumah di kampong di Muar, Johor dahulu. Keluasan tanaman pokok tenggek burung belum ada maklumat yang saya dapat cari dari banyak sumber. Bahagian pucuk tumbuhan ini dipetik dan dijadikan ulam dengan rasa masam, kelat dan pahit sedikit dan biasanya amat enak dimakan dengan sambal belacan bersama nasi putih. Kajian para pegamal perubatan tradisional mendapati pucuk tenggek burung boleh digunakan untuk perubatan atau dianggap tanaman ulam untuk kesihatan (jika tidak dicemar dengan toksik). Pada asasnya ulam ini dipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi. Selain itu juga khasiatnya ialah dapat meningkatkan organ seks bagi lelaki serta juga memperbaiki pengedaran darah. Kajian secara saintifik mengenai bahan kandungan kimia dalam ekstrak ulam tenggek burung perlu di pergiatkan. Kandungan lain seperti bahan antioksidan dimana ia juga mungkin ada pada ulam daun tenggek burung. Ulam tenggek burung sesuai dimakan segar sebagai ulam dan mempunyai rasa Pahit dan Kelat yang mana ada kat ia kurang sedap. 
Jika pergi ke kebanyakan warung atau restoran pada waktu tengah hari mungkin diantara jenis ulam yang wajib ada ialah daun tenggek burung.

(5) PUCUK BETIK
Pucuk Betik (Carica papaya) merupakan bahagian atas pada pokok betik dari keluarga Caricaceae yang sesuai untuk dijadikan makanan berkhasiat. Mungkin ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang sudah jarang dapat melihat pucuk betik kerana mereka tinggal dikawasan bandar dan golongan muda. Pucuk betik memang pahit kerana mengandungi getah (lateks) atau sebenarnya bahan 'Papain'. Pembaca blog boleh juga membaca apakah itu papain dalam tulisan saya dalam blog ini sebelum ini (Sila klik disini). Papain adalah bahan yang mana jika dikomersilkan dimana ia mampu memberikan pendapatan baik dan ia meluas untuk digunakan. Penulis blog masih ingat ketika zaman remaja dikampong dulu diminta oleh ibu untuk memetik pucuk betik dikebun untuk dijadikan ulam atau dibuat rojak pecel. Pucuk betik dari pokok subut berwarna hijau lembut dan mudah dipotong dengan pisau atau sabit sahaja. Papain adalah sejenis bahan hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan 'papain' ini yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Dalam pucuk betik juga ada bahan papain didalamnya. Pucuk betik dan bunga betik sering dijadikan bahan asas makanan sebagai ulaman. Penulis juga suka petik buah betik muda dan digunakan sebagai bahan sayuran seperti dimasak sup, masak tumis cili dan juga dijadikan pecel. Apa pun kini ramai generasi baru yang tidak mengenali sayur enak daripada betik muda, pucuk betik dan bunga betik. 
Pucuk betik juga merupakan antara jenis ulam yang digemari orang kita dan turut dinikmati oleh warga negara Asia Tenggara yang lain. Ianya merupakan daun bahagian atas untuk pokok betik. Jika ianya pucuk betik muda, rasanya sedikit pahit. Antara manfaat kesihatan pucuk betik ialah ianya mampu mengawal tekanan darah, meredakan demam dan melancarkan penghadaman.

(14) PETAI
Petai (Parkia speciosa) merupakan sejenis herba atau tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae yang dulu tumbuh dalam hutan dan kini telah ditanam sebagai tanaman ulam-ulaman yang boleh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Petai merupakan sayuran yang kerap digunakan dalam masakan. Ianya boleh dibuat sambal dan jeruk. Malah, petai juga enak dijadikan ulaman. Apa pun disebabkan kandungan sulfur, ia turut dikaitkan dengan kesannya yang menyebabkan mulut sedikit berbau, namun tidaklah memudaratkan. Petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak. Kajian dimakmal mendapati petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkhan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar daripada skit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tanan buang air besar. Antara khasiat petai ialah ianya membantu untuk melancarkan penghadaman dan mencegah demam selsema. Ia juga membantu menangani stress, aktiviti antioksidan, berpotensi mencegah kanser, mengawal paras gula dalam darah, baik untuk kesihatan jantung, boleh menurangkan keradangan, aktiviti antiulcer, bagus untuk tulang dan gusi, antimikoobial dan membantu sistem penghadaman serta mencegah anemia
. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...