Support My Blog

Wednesday, July 6, 2022

FAKTA MENARIK TEMPE - APA DIA? (Part 2)

TEMPE
adalah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa di Pulau Jawa, Indonesia dan popular juga di Malaysia. Pada penulis blog yang suka juga makan makanan tempe ini di anggap dimana ia sering kali dikaitkan sebagai makanan berkhasiat. Apa pun tempe sebenarnya kacang soya yang melalui proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. Tempe diproses bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Proses yang penting adalah ia ditambah dan bahan ragi iaitu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) untuk ditapaikan. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30 °Celcius. Terdapat jalinan miselium putih jika proses tempe ini menjadi. Bagaimana pun kika proses penapaian dibiarkan terlalu lama maka spora hitam mungkin terbentuk di bahagian permukaan walau pun ia tidak berbahaya. Tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang akan kelihatan. Apa yang penting adalah terdapat protein soya ada di dalam tempe dolaporkan ia amat mudah diceranakan dangan proses penapaian tersebut. DI zaman ini ada laporan menyatakan bahawa tempe sudah menjadi makanan wajib kepada golongan vegetarian diseluruh dunia. Mungkin ada kalangan pembaca blog ini yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu bahawa tempe merupakan salah satu daripada makanan sihat di dunia. Tempe yang diperbuat daripada kacang soya menerusi proses fermentasi dan ia juga merupakan makanan yang bukan sahaja sihat malahan tahan lama. Sejarah menyatakan asal nama “tempe” itu sebenarnya dikatakan berasal daripada perkataan Jawa Kuno iaitu “tumpi” yang merupakan nama sejenis makanan bergoreng yang diperbuat daripada sagu serta tepung beras dan kelihatan seperti rempeyek. Asal-usulyang berlainan pula ada ianya menyatakan bahawa perkataan ini berasal daripada perkataan tempatan di sana iaitu “tape” atau “tapai” yang membawa maksud proses fermentasi itu sendiri. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info dan fakta mengenai tempe untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Ramai kalangan pembaca blog ini mungkin tidak terkejut dengan beberapa fakta unik dan menarik mengenai tempe. Ini kerana selain kajian yang mendapati makanan tempe ini dilaporkan memang mempunyai nutrisi yang sangat tinggi dimana didakwa makanan jenis tradisional ini juga mempunyai banyak lagi fakta mengenainya yang unik dan menarik. Pada penulis blog tempe goreng berempah dan dicicah dengan sambal kicap merupakan kuliner kegemaran yang sangat disukai (Sila lihat foto disebelah). Makana ini selain lazat dan pedas memang mengenyangkan juga. Masakan tempe tumis pedas dengan cili api atau sambal tempe juga amat enak dengan dimakan bersama nasi panas semasa makan tengahari dan sedang lapar. Kini sudah tidak hairan jika pengamal makanan vegetarian akan mendapatkan sumber protin dan zat-zat lain darpada memakan makanan ini.  Berdasarkan kepada asal usul namanya sahaja makanan ini merupakan sejenis lagi makanan yang berwarna putih dan bernama 'kuih tumpi'. Dari segi luarannya sahaja dilihat dimana ia saling tidak tumpah seperti tempe namun perbezaannya tumpi diperbuat daripada tepung sagu dan bukannya kacang soya. Disebabkan dari ujud kekeliruan ini dilaporkan dulu masyarakat di sana mula memanggil makanan tradisional ini dengan nama 'Tempe' dan terus digunakan sehingga ke hari ini. Sejarah menyatakan dimana makanan tempe ini adalah merupakan sejenis lagi makanan khusus anggota kerajaan zaman dahulu kala. Memang makanan sihat ini sebenarnya sudah berusia ratusan tahun lamanya dimana menurut kitab Jawa Kuno iaitu Serat Centhini dimana ia sebenarnya sangat popular pada abad ke-18 dahulu sebagai makanan khusu anggota kerajaan zaman tersebut. Kandungan nutrisi yang ada didalam tempe membuatkan makanan ini memberikan kelebihan kepada mereka yang memakannya.

Fakta lain dinyatakan dimana tempe ini kini sudah sangat mahal di luar negara khususnya negara maju. Kalau di Malaysia atau pun di Indonesia masih ramai dapati dimana harga makanan tradisional ini satu keping hanya berkisar antara RM1.00 (Bungkusan kecil guna kertas/daun) atau RM2.00 (bungkusan plastik lebih besar) atau di Indonesia sekeping adalah sekitar Rp3,000 - Rp8,000 rupiah sahaja. Bagaimana pun beberapa  laporan di luar negara dimana harganya akan berlipat kali ganda. Sebagai contoh hasil kajian dibuat di Australia harganya mampu mencapai sehingga AUD 15 (RM45.00) atau lebih kurang Rp150,000 rupiah untuk satu keping. Ini jelas menunjukkan bahawa harganya agak mahal di luar negara. Di Malaysia pula memang ia menjadi pilihan ramai orang khususnya mereka yang berketurunan Jawa di Johor, Selangor dan Perak untuk penyediaan kuliner khas mereka. Antara makanan yang ada gunakan tempe termasuk lodeh, sambal goreng jawa, sambal tempe, kerepek tempe, rojak petis, tumis tempe dan beberapa lagi. 
Fakta seterusnya berkait dengan dakwaan dimana tempe sebenarnya adalah ia lebih sihat dari tauhu dan daging. Apa pun selalunya tauhu seringkali dianggap sebagai makanan yang sihat. Sebenarnya tahukah pembaca bahawa ia akan kalah jika dibandingkan dengan makanan tradisional tempe hasil kajian saintis. Ini kerana tauhu diperbuat daripada hampas kacang soya yang diperhaluskan sehingga kemudian menjadikan nilai nutrisinya akan menurun manakala makanan sihat tempe ini diperbuat daripada kacang soya yang telah difermentasikan lalu menjadikan nilai nutrisinya akan kekal malahan lebih tinggi. Makanan tradisional tempe ini lebih sihat daripada daging  kerana telah wujud beberapa kajian saintifik berkenaannya yang menyatakan bahawa kandungan proteinnya adalah jauh lebih tinggi berbanding daging. Selain itu dilaporkan ia juga mengandungi serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta pelbagai lagi mineral seperti zat besi, kalsium dan fosforus yang mungkin juga boleh didapati dalam daging akan tetapi tidak pada kadar yang ditawarkan dari tempe.

Fakta yang tidak asing diman tempe kini 
merupakan makanan wajib golongan vegetarian. Golongan vegetarian akan cuba sedaya upaya mereka untuk menghindarkan diri daripada makan produk yang berasaskan haiwan. Mereka sebenarnya menjadikan makanan dari haiwan ini salah satu ancaman buat diri sendiri kerana sudah pasti mereka tidak akan boleh menerima vitamin B12 yang cuma boleh ditemui dalam produk berasaskan haiwan seperti daging, ikan dan ayam. Apa pun kini kekurangan vitamin ini akan meningkatkan risiko gangguan saraf pusat dan anemia. Merujuk laporan dari  Jurnal Applied and Environmental Microbiology dimana ia telah menjalankan kajian lantas mengesahkan bahawa vitamin B12 ada terkandung di dalam makanan tempe ini. Ini adalah punca utama mengapa ia merupakan makanan wajib kepada golongan vegetarian. Jika melihat analisa makmal berkenaan dengan kandungan nutrisi yang dikandungi tempe memang dikatakan ia memang merupakan makanan yang sihat. Analisa mendapati kandungan nutrisi bagi 3 auns atau 84 gram tempe terdapat sebanyak 162 kalori, Protein (15 gram), Karbohidrat (9 g), Lemak (9 g), Sodium (9 mg), Zat besi (12% of the RDI),  Kalsium (9% of the RDI), Riboflavin (8% of the RDI), Niacin (12% of the RDI), Magnesium (18% of the RDI), Fosforus (21% of the RDI) dan juga Manganese (54% of the RDI).  Selain itu makanan tempe ini faktanya mengandungi bahan dikenali sebagai bahan Prebiotik dan Probiotik. Hasil daripada proses fermentasi ada Asid Phytic yang ditemui dalam kacang soya yang mana ia merupakan bahan utama dalam makanan sihat ini akan diuraikan dan santat baik didalam usaha menambahbaikkan sistem penghadaman. Makanan tempe yang melalui proses ini juga cenderung mengandungi prebiotik dan probiotik yang juga bagus untuk sistem penghadaman.

Makanan tempe ini juga faktanya memang ia adalah 
tinggi lemak. Hasil kajian juga mendapati dimana bagi setiap 166 gram makanan sihat ini membekalkan 31 gram protein. Menurut sebuah kajian lain dimana diet yang penuh protein mampu didalam merangsang thermogenesis iaitu bahan yang akan meningkatkan metabolisma lalu membantu anda membakar lebih banyak kalori setiap kali selepas makan selain membantu anda mengawal selera anda. Fakta berkaitan temp setrusnya dimana ia didakwa mampu untuk membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Ini dimana secara tradisionalnya diperbuat daripada kacang soya yang memang mempunyai sebatian semula jadi yang dinamakan sebagai isoflavones. Bahan ini didakwa juga ia dikaitkan dengan kemampuannya didalan mengirangkan kadar kolesterol. Hasil dari beberapa penyelidikan yang dilakukan terhadap tikus yang menghidapi kerosakan hati dan diberikan tempe dimana didapati iaitu kerosakan pada organ tersebut dapat diperbaiki selain merendahkan kadar kolesterol dan trigylceride terhadap tikus tersebut. Fakta selanjutnya berkaitan dimana tempe ini didakwa ia mampu membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. Hasil dari beberapa kajian memang menunjukkan bahawa isoflavones pada kacang soya juga mampu mengandungi antioksidan yang mampu didalam cara mengurangkan tekanan oksidatif. Antioksidan berfungsi meneutralkan radikal bebas dan atom yang tidak stabil serta mampu mengakibatkan pelbagai penyakit yang kronik seperti diabetes, sakit jantung dan kanser. Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada 6,000 penduduk di Jepun dimana mereka yang memakan makanan berasaskan kacang soya kurang berisiko mengalami sakit jantung dan kanser. Makanan tradisonal ini terutamanya didakwa adalah yang paling bagus dalam kalangan makanan kacang soya yang lain ekoran kandungan antioksidanya yang paling tinggi. fakta terakhir dimana tempe ini didakwa ianya mampu membantu dalam menguatkan tulang. Makanan tempe ini adalah kaya dengan kalsium iaitu sejenis mineral yang mampu menguatkan kekuatan dan ketumpatan tulang anda. Kekurangan individu yang mana pengambilannya boleh kurang akan menyebabkan osteoporosis iaitu keadaan dimana ia dikaitkan dengan kerosakan dan kelemahan tulang. Pengambilan kalsium yang cukup dapat membantu meningkatkan perkembangan tulang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Walaupun produk tenusu merupakan sumber utama kalsium akan tetapi hasilan kajian menyatakan bahawa makanan tradisional tempe ini adalah merupakan sumber kalsium yang lebih baik. Artikel ini dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info bermakna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA TEMPE.... POPULAR DIA...
PELBAGAI JENIS... ASAL INDONESIA...
BANYAK KHASIAT... DIMAKAN SENTIASA...
HARGA MURAH... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...