Support My Blog

Wednesday, July 13, 2022

DAUN LIMAU PURUT - ADA BANYAK PETUA

POKOK LIMAU PURUT
(Citrus hystrix) atau juga dipanggil sebagai "Kaffir Lime" merupakan sejenis limau dari keluarga Rutaceae iaitu dari kumpulan Genus Citrus. Limau Purut dipercayai berasal dari Asia Tengara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Laos serta negara jiran yang lain. Pokok limau purut ditanam diseluroh dunia sebagai bahan tanaman herba atau tanaman hiasan dan ornamental dikawasan keliling keliling rumah. Keluasan tanaman limau purut di Malaysia yang saya buat kajian dengan Jabatan Pertanian tiada rekod rasmi kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau jenis ini dipanggil sebagai limau purut kerana bentuk buahnya yang mengerutu seperti purut atau seperti kulti katak puru (Sila lihat foto diatas). Selain itu bentuk daunya juga berbeza dengan limau jenis lain kerana ia seakan mempunyai bentuk 'Nombor 8'. Terdapat beberapa kajian mengenai varieti limau purut oleh beberapa saintis pertanian tetapi sehingga kini belum ada varieti khusus yang didaftarkan dibawah 'Nasional Listing Jabatan Pertanian'. Pokok limau purut mengeluarkan buah dan daun yang berbau harum dan digunakan dalam masakan tempatan (Masakan Rendang Daging/ Rendang Ayam, Masakan Tomyam, Sup Sayur, Masakan Sup Asam dan sebagainya). Daun limau purut mengandungi sejenis minyak yang beraroma wangi yang kuat iaitu bahan kimia yang dikenali sebagai Citrus hystrix sebanyak 14% bagi sabinine dan 15% bagi liminene. Daun limau purut sangat sesuai dikisat (blender) dengan buah mengkudu untuk menghilangkan rasa tidak enak jus buah mengkudu (305 biji buah mengkudu dimasukkan 2-3 helai daun limau purut). Penulis blog dapati dimana fikir kalau ada varieti limau purut di Malaysia akan saya katakan 'Varieti Lumau Purut Tempatan' sahaja. Maklumat dari beberapa sumber menunjukkan ramai petani di Johor, Kelantan dan Selangor yang menanam limau purut secara komersil tetapi ianya bercampur dengan pokok buah2an yang lain. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa petua tentang limau purut untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.

Pokok limau purut memang ada banyak jenisnya daripada jenis yang dikatakan 'original' kepada jenis lain yang bentuk buah dan daunnya berbeza-beza. Daun Limau Purut yang dikatakan original adalah diman aia terbentuk kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah seakan menjadi nombor lapan (8). Ia mempunyai lai daun yang tebal berwarna hijau gelap dimana seakan kelihatan permukaan atasnya berlilin (waxy). Apabila diramas dengan tangan ia akan mengeluarkan bau kuat limau purut dikenali sebagai Sabmine (14%) dan juga bahan Liminene (15%) seperti didalam tulisan saya sebelum ini yang boleh dicapai dengan pautan berikut (Sila klik disini). Daun ini yang sering digunakan untuk pelbagai kegunaan masakan, kosmetik, perubatan tradisional dan sebagainya. Bagaimana pun ada sejenis lagi daun limau purut yang berbentuk 'Lebar' walau pun sebenarnya ia ada juga dua bahagian (yang dibawah adalah kecil sangat). Warnanya juga hijau gelap dan mempunyai permukaan daun yang agak berlilin (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun petua pakar masakan ada mendakwa dimana jenis daun limau purut yang lebar ini jika digunakan didalam masakan akan menyebabkan pula kelainan iaitu 'RASA PAHIT'. Belum ada penjelasan mengenai perkara ini secara saintifik akan tetapi memang ia berlaku. Sebaiknya jika hendak menanam sendiri dirumah (apa yang penulis bloh memang selalu ada pokok in dirumah) akan mencari anakbenih yang sudah ada daun. Jika anakbenih tersebut mempunyai bentuk daun 'no 8' maka boleh dibeli dan ditanam. Pokok limau purut ini adalah dicantum dengan pokok induk menggunakan limau lemon atau jenis limau lain dimana batang pokok induk selalu akan tumbuh lebih cepat dan subur dari pokok limau purut yang dicantum. Jenis ketiga adalah pokok limau purtu bersaiz kecil dan warnanya hijau muda. Daun ini masih mempunyai bentuk no 8 akan tetapi aromanya sedikt kurang dan masih boleh digunakan untuk masakkan.

Petua untuk menyimpan daun limau purut agar tahan berbulan-bulan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Bagi penulis blog yang memang ada dua pasu pokok limau purut tidak menjadi masaalah lagi kerana setiap kali ingin memasak rendang atau tomyam atau asam pedas atau lain-lain kuliner hanya perlu petik beberapa helai sahaja daun yang masih segar depan rumah. Dahulu sebelum pokok limau purut tumbuh dengan baik perlu membeli dengan kuantiti agak banyak atau ambil sahaja di kampong di Johor kerana pokoknya sudah besar sangat dan banyak daunnya. Oleh otu perlu petua yang betul untuk menyimpan dau limau purut agar tetap segar dan boleh digunakan bila-bila masa. Ada beberapa petua menyimpan daun limau purut. Petua pertama dengan memasukkan daun limau purut tersebut didalam balang plantik yang kedap udara dan dimasukkan didalam ruangan 'chiller' dalam peti sejuk. Cara kedua dengan mengeringkan daun limau purut dahulu dan dimasukkan kedalam plastik jernih yang ada sistem penutup kedap udara. Ada juga yang menyimpan daun limau purut ini dengan mengisarnya dahulu menjadi serbuk (powder) dan kemudian ia dimasukkan kedalam bekas pembungkusan plastik dan dimasukkan didalam masakan kemudiannya. Penulis blog dapati ia ada dibuat oleh mereka yang hendak duduk lama di luar negara dimana daun limau purut tidak ada.

Petua menggunakan daun limau purut memang sudah terkenal dan berkhasiat. Bagaimana pun berikut dilongsikan 
5 khasiat daun limau purut untuk dijadikan panduan pembaca blog ini. Daun limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, rendang, asam pedas dan laksa. Daun limau purut tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit. Selain baunya yang menyegarkan, daun limau purut juga kaya dengan pelbagai khasiat termasuk pertama ia didakwa mampu untuk membuang toksin dalam badanDi antara tanda badan pembaca bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walaupun baru bangun dari pada tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda patut cuba mandi air daun limau purut untuk detox. Cara untuk dapatkan amalan dengan mengambil 10 helai daun limau purut dan ia dihiris halus bersama 5 biji buah limau purut yang dipotong kepada 4 bahagian. Kemudian semuanya dimasukkan kedalam satu baldi air suam dan diramaskan daun limau purut serta diperah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya. Seterusnya gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi dengan meratakan ke seluruh badan terutamanya juga bahagian kepala yang ada rambut. Didakwa dimana air mandian limau purut  ini akan membuang toksin yang sudah terkumpul dalam badan dan mungkin mengelakkan gangguan makhluk halus juga. Limau purut juga sesuai digunakan sebagai bahan pewangi kereta dan bilikKesegaran bau dalam kereta dan bilik amatlah penting bagi keselesaan kita semua. Ramai yang memilih untuk menggunakan pewangi yang dibeli dari kedai untuk diletakkan dalam kereta atau bilik. Apa pun tahukah pembaca bahawa pewangi yang dibeli mengandungi bahan kimia dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada anak kecil. Kini sebagai alternatif semua boleh buat sendiri pewangi untuk bilik dan kereta anda. Ianya bukan sahaja berbau harum malah dijamin selamat tanpa sebarang bahan merbahaya. Caranya dengan mengmbil 10 helai daun limau purut, 2 helai daun pandan, ambil sedikit kelopak mawar. Kesemuanya dihiris halus daun dan dimasukkan kedalam bekas kain kasa untuk menjadi pewangi bilik atau kereta. Limau purut juga dilaporkan mampu menyegarkan udara. Ini kerana jika pembaca blog duduk dalam tempat yang tertutup dan berhawa sejuk seperti bilik, adalah baik jika menggunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara. Caranya dengan mengambil daun dan buah limau purut dan dihiriskan dan masukkan ke dalam bekas kemudian diletakkan dia atas meja. Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan bilik anda dan dapat memberikan kesegaran. Kehebatan limau purut juga mampu untuk menghilangkan bau badan. Petua ini sesuai diamalkan kepada mereka yang ada masaalah bau badan. Amalkan untuk mengmbil 10 helai daun limau purut dan dihiris halus bersama dengan 5 biji buah limau purut yang dipotong 4 dan kemudian dimasukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam. Ramaskan daun limau purut dan di perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Gosokkan daun limau purut dan buah limau purut ke seluruh badan dimana kesannya adalah bau wangi dari daun dan buah akan melekat pada badan. Siapa sangka jika petua yang ke 5 dimana limau purut dilaporkan akan menghilangkan kelemumur. Pembaca blog ini yang ada mengalami masalah kelemumur, apa kata kalau anda cuba kaedah menggunakan daun limau purut. Cara amalkan dengan mengmbil 10 helai daun limau purut. Ia kemudian dikisar bersama sedikit air dan jangan terlalu cair.  Bagi mereka yang ada tenaga boleh ia ditumbuk dalam lesung dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Selepas mencuci rambut sebaiknya diambil pes tadi dan diletakkan di kepala dengan diratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut. Lakukan sedikit urutan supaya pes tadi meresap dan dibiarkan seketika dimana kemudian ia dibilas sehingga bersih. Petua-peyua ini boleh diamalkan kepada semua pembaca bloh ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 7.098 kali ini. Wasallam!!!..
POKOK LIMAU PURUT... UNIKNYA...
ADA BUAH... MENGERUTU DIA...
AMBIL DAUN... BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL... AMBIL PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamman Cendana, Jalan Cndana off Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Me,aka, Malaysia.
(11 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...