BAJA adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang sering dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen (N), Phosforus (P) dan Kalium (K) atau seing disebit sebagai baja NPK yang mana ia dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Biasanya antara bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah dan membantu utuk meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment) atau pun pelembap tanah (soil conditioner) dan bahan tambahan tanah (soil additives). Kesemua bahan ini adalah penting dalam mempertingkatkan kesuburan tanah bagi menampung keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Kini terdapat 18 unsur pemakanan tumbuhan yang diperlukan oleh tanaman dimana ia mengikut peringkat pertumbuhan, cara pengambilan unsur pemakanan tersebut dan jenis tanaman. Unsur yang paling utama dan paling penting dalam pertumbuhan hampir kesemua jenis tanaman ialah Nitrogen, Fosforus dan Kalium (N,P,K). Unsur Nitrogen sangat penting bagi pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal percambahan sehingga peringkat pembentukan daun. Unsur Fosforus pula dilaporkan amat penting bagi tanaman boleh lakukan pembentukan akar dan dahan, manakala unsur Kalium pula penting dalam pembentukan bunga dan buah. Dalam dunia pembajaan lazimnya disebuta 2 jenis baja asas iaitu Baja Kimia dan Baja Organik. Baja kimia adalah baja yang selalu dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik. Lazimnya kesan dari kekurangan tiga unsur utama ini akan menampakkan simptom secara umumnya pada daun (kurang nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang fosforus) dan tidak membentuk bunga (kurang kalium). Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur sekunder yang tidak kurang pentingnya dalam pertumbuhan tanaman iaitu kalsium, magnesium, sulfur dan sodium yang diperlukan tanaman untuk pertumbuhan yang subur.
Perlu diketahui dimana selain daripada unsur utama dan unsur sekunder didalam baja ada juga unsur surih atau Pekit (Minor element) seperti Boron (B), Zink (Zn), Ferum (Fe), Manganan (Mn), Klorin (Cl), Molybdenum (Mo), Cobalt (Co) dan Tembaga (Cu) yang diperlukan oleh tanaman tetapi dalam jumlah yang sedikit. Unsur Pekit ini maksudnya sama ada atau tidak ada unsur surih ini dalam pembajaan tidaklah begitu signifikan dari segi pertumbuhan tanaman. Bagaimana pun jika kepekatan unsur surih tinggi dalam tanah dimana ia akan menyebabkan toksik (keracunan) terutama bagi tanaman yang baharu disemai. Unsur seperti Oksigen (O2), Karbon (C) dan Hidrogen (H) yang tanaman perlukan adalah didapati daripada atmosfera iaitu dalam bentuk karbon dioksida dan air. Namun begitu biasanya unsur karbon dan hidrogen terdapat dalam baja urea disebabkan oleh penghasilan baja urea melalui proses ‘Haber’. Baja urea dihasilkan daripada gabungan gas nitrogen daripada atmosfera dengan hidrogen daripada gas asli contohnya seperti metana seterusnya membentuk gas ammonia. Secara teknikal dimana baja boleh dikelaskan mengikut empat kumpulan yang berbeza dari segi kandungan nutriennya iaitu Baja Kimia (bukan organik), Baja Organik, Baja Galian (mineral) dan Baja Organik Sintetik. Cara pelepasan nutrien dalam setiap jenis baja ini adalah berbeza mengikut kandungan nutrien baja tersebut.
Apa pun lazimnya jenis Baja Kimia adalah merupakan pilihan ramai petani terutama didalam mempastikan hasil tanaman terus meningkat. Baja kimia adalah baja yang dihasilkan dengan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik contohnya campuran bahan yang mengandungi Asid Sulfurik dan Gas Ammonia dalam proses pembuatan baja ammonium sulfat. Apa pun melalui tindak balas kimia dimana bahan tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul lalu ianya akan membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. Baja kimia ini mengandungi dua unsur iaitu nitrogen dan sulfur. Selalunya dianalisa dimana kandungan unsur pemakanan tumbuhan adalah tinggi dalam baja kimia. Pelepasan unsur pemakanan tumbuhan daripada baja kimia adalah cepat (fast release) jika hendak berbandingkan dengan baja organik (slow release). Dalam pada itu bagi baja mineral disebabkan sifat yang mudah larut dan mudah meresap ke dalam tanah juga penting digunakan untuk tanaman. Dalam pada itu selalunya baja kimia digunakan pada peringkat pertumbuhan yang tertentu, contohnya sepuluh ke 20 hari selepas proses penanaman, peringkat pembungaan dan pembentukan buah bagi memastikan nutrien daripada baja kimia digunakan sepenuhnya oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan tersebut.
Ramau pembaca yang mendenrar akan Baja Organik. Baja organik adalah baja yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia. Cara dalam penghasilan baja organik adalah daripada pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan. Penguraian bahan asli daripada semua sisa tanaman dan haiwan mengambil masa lebih kurang dalam julat tiga bulan sehingga lapan bulan mengikut tinggi atau pun paling rendahnya kandungan bahan organik yang digunakan itu jenis yang mudah atau lambat terurai. Lazimnya hasil akhir daripada proses penguraian ini dikenali sebagai kompos (Compost) iaitu sejenis baja organik yang terkenal didalam meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman. Kandungan bahan humus (organik) dalam kompos adalah tinggi dan kandungan nutriennya bergantung kepada campuran sisa yang digunakan. Sebagai contoh dimana jika campuran kompos tersebut memang menggunakan daun kekacang dan sisa haiwan maka hasilnya adalag baja organik yang mana ia mempunyai kandungan unsur nitrogen(N) adalah tinggi. Dalam pada itu dilaporkan dimana jika abu daripada proses pembakaran pelepah sawit digunakan dalam campuran pembuatan kompos yang terjadi maka kandungan unsur kalium (K) adalah tinggi. Berhubung dengan pelepasan bahan seperti humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.
Bagi jenis Baja Galian atau juga disebut sebagai Baja Mineral pula dimana ia adalah baja yang dihasilkan melalui pemecahan batuan yang mengandungi unsur nutrien contohnya batu kapur yang mengandungi kalsium serta magnesium dan batuan fosfat yang mengandungi fosforus. Proses dalam penghasilan galian ini adalah disebabkan oleh tindakan luluhawa fizikal dan luluhawa kimia terhadap batuan yang merubah bentuk dan kandungannya. Selain daripada itu aktiviti perlombongan batuan dilakukan bagi mendapatkan galian dalam bentuk serpihan yang lebih kecil atau serbuk galian yang sedia untuk digunakan. Kebanyakan baja galian mempunyai nutrien tumbuhan yang rendah dan cara pelepasan unsur pemakanan ke dalam tanah adalah lambat disebabkan batuan ini lambat larut dan memerlukan jumlah air secukupnya bagi proses pelarutan dalam tanah. Apa pun dipasaran antara jenis baja galian ialah termasuk baja ‘China Rock Phosphate’ (CRP), ‘Christmas Island Rock Phosphate’ (CIRP) dan ‘Egyptian Rock Phosphate’ (EGP) dan banyak lagi. Batuan fosfat ini dinamakan mengikut tempat perlombongan batuan fosfat tersebut. Jenis ke 4 adalah jenis Baja Organik Sintetik dimana sejenis baja yang dihasilkan daripada gabungan gas dan sebatian organik yang disintesis secara bukan semula jadi. Proses penghasilan baja organik sintetik menggabungkan gas ammonia, hidrogen dan karbon dioksida. Sumber kepada gas ammonia ialah pengikatan gas nitrogen (N2) oleh proses Haber atau pembentukan ‘cyanamide’ (sebatian hablur asid lengai terhasil daripada pembebasan ammonia), manakala sumber kepada gas karbon dioksida ialah gas yang terbebas daripada perindustrian dan perkilangan. Baja urea merupakan satu-satunya penemuan yang unggul dalam pembuatan baja organik sintetik. Dalam proses penghasilan baja urea, gas hidrogen yang terhasil melalui tindak balas air dan gas membentuk gas karbon dioksida dalam jumlah yang banyak. Biasany apa yang berlaku dimana gas yang terhasil daripada air, berfungsi dalam menyeimbangkan campuran nitrogen dan hidrogen yang mengandungi kepekatan gas karbon dioksida yang tinggi (70 - 80%). Proses penghasilan baja urea ini ialah tindak balas berbalik dan memerlukan suhu yang tinggi (400 – 500° C). Penemuan dalam kaedah penghasilan baja urea ini menyebabkan penggunaan baja urea secara meluas bukan sahaja disebabkan cara pelepasan unsur pemakanan yang cepat tetapi juga disebabkan oleh kandungan nitrogen yang tinggi iaitu 46%. Kesimpulannya penulis blog setuju jika ilmu pengetahuan mengenai jenis kandungan unsur pemakanan dalam setiap baja dan juga fungsi unsur tersebut kepada pembentukan dan pertumbuhan tanaman adalah penting bagi menentukan faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan baja. Cara pelepasan setiap nutrien daripada semua jenis baja memang mempengaruhi proses pertumbuhan dan kesan penghasilan tanaman dengan lebih signifikan dengan cara penggunaan baja. Semuga artikel ini memberi info bergun kepada semua pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NITROGEN, POSFORAN, KALIUM... UTAMA...
TUMBUHAN PERLU ...PENTING IA DIGUNA...
PETANI MEMBAJA... KINI NAIK HARGANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulhijjah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.