Pembaca blog mungkin meminati ulam-ulaman sebagai bahan untuk menambah selera makan dan mendapatkan info akan kehebatan khasiatnya. Mengetahui, menanam atau membeli ulam-ulaman memerlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi nilai tambah perkara tersebut. Ini kerana bahan ulaman juga merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan mentah atau dicelur atau diproses dengan cara yang sesuai. Ianya bukan sahaja enak dan segar dimanan akan tetapi memberikan khasiat kesihatan kepada mereka yang menggemarinya. Maka kini memang tidak hairanlah sudah ramai orang di Malaysia yang sudah gemar menikmatinya sebagai hidangan sampingan. Di Malaysia diantara 12 jenis ulam yang popular termasuk timun, daun selom, ulam raja, daun salad, pegaga, jantung pisang, peria, kaduk, daun salad, kacang botol, daun salad, jering, petai, cekur dan juga pucuk betik serta beberapa lagi.
(1) TIMUN
Buah Timun (Cucumis saticus) adalah merupakan sayuran jenis buah yang sesuai digunakan sebagai ulam. Timun juga merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia. Ia termasuk dari sayuran jenis buah yang kedua terpopular selepas cili. Buah timun yang masih muda digunakan sebagai ulaman dan dimakan mentah dimana ada juga timun yang dimasak atau dibuat acar atau jeruk. Timun tua pula ditanam untuk dijadikan bahan sayuran sup dikalangan penduduk tempatan atau masakan asam ikan patin tempoyak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dankarbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1,vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. Buah timun adalah dituai dari tanaman merambat yang ditanam secara meluas dalam keluarga labu Cucurbitaceae yang menghasilkan buah cucumiform. Ianya kaya dengan manfaat kesihatan dimana dilaporkan ianya kaya dengan antioksidan yang dapat ianya membantu menghidrasi badan dan mengawal paras gula dalam darah.
(2) SELOM
Daun selom (Oenanthe javanica) adalah tumbuhan genus dropwort air yang berasal dari Asia Timur. Pada penulis bloy yang menanam tumbuhnan ini dirumah mendapati dimana ianya turut digunakan sebagai ulam atau sebagai makanan sampingan. Daun Selom merupakan sejenis tanaman kaegori ulam-ulaman dari keluarga Umbelliferae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara. Selom di Malaysia ditanam sebagai tanaman sampingan dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan, penggunaan atau ekspot di peringkat antarabangsa. Penulis menganggarkan seluas 15-25 hektar CHE tanaman selom ditanam di Malaysia saban tahun untuk tujuan pasaran tempatan. Pembacaan penulis dari Buku Asean Vegetables oleh PROSEA, Bogor 1994 mendapati kandungan Selom setiap 100 gram adalah 0.16 g protin, 0.4 g lemak, air 91.6 g, 4.4 g serat, 0.51 g Vitamin A, 138 mg Kalsium, 60.5 mg Vitamin C, 0.31 mg Vitamin B dan sebanyak 110 kJ tenaga. Biji selom juga mengandungi 3.5% minyak selom. Selom mempunyai bentuk tumbuh menegak (erected) kira2 10 cm panjang dan ada yang merayap (jika terlalu tinggi atau varieti lain) serta mempunyai batang yang 'hollow' dibahagian tengah. Daunnya berbentuk oblong atau ovate berwarna hijau muda dan lembut. Saiz daun lingkungan 0.5-7 cm x 0.3-3.5 cm. Bunga selom berwarna putih, tangkai sepanjang 2-5 cm panjang dan ada 5 petal. Buah selom adalah scizocarp bersaiz kecil 2-3mm x 0.5-1 mm. Selom tidak mudah dibiakkan dengan biji benih. Selom ini selain digunakan sebagai ulam, daun selom turut dijadikan sebagai bahan masakan utama untuk hidangan laksa dan kerabu. Diantara khasiat daun selom ialah ianya mampu meredakan demam kuning, mengurangkan masalah insomnia atau gangguan tidur dan melegakan selsema.
Daun Salad (Latuca sativa) memang ada banyak kegunaannya dimana selain selalu digunakan sebagai sayuran dalam hidangan seperti Nasi Ayam ianya juga digunakan sebagai ulaman. Tanaman salad di Malaysia ada dilakukan dikawasan pertanian tanah tinggi yang cuacanya sejuk dan juga di kawasan tanah pamah yang agak panas. Salag juga adalah sejenis tanaman sayuran jenis berdaun dari keluarga Asteraceae yang di tanam kebanyakkanya untuk di makan sebagai makanan salad segar. Bagaimana pun tanaman salad di Malaysia adalah untuk tujuan kegunaan domestik dan hanya sebahagian kecil untuk ekspot. Salad yang berwatna ungu, merah dan berbagai warna lagi didakwa mengandungi banyak nutrien. Kajian mendapati setiap 100 gm salad mengandungi 55 Kcal tenaga, 2.2 gm Karbohiderat, 1.1 gm Serat, 0.2 gm lemak, 1.4 gm Protin, 96 gm air, 166 microgram Vitamin A dan 73 micrograms Vitamin B2. Ada juga jenis salad yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin K serta Vitamin C. Salad juga mengandungi dan menyerap lithium yang aktif. Salad yang ditanam di Malaysia terdiri dari salad tanah tinggi dan salad tanah rendah. Salad tanah rendah adalah dari jenis daun warna hijau. Salad sesuai ditanam diatas tanah gembur berpasir yang banyak bahan organan dan mempunyai saliran sempurna. Biasanya petani akan membansuh salad dahulu sebelum dipasarkan. Salad dimakan sebagai salad mentah yang dipotong2 dan dicampur dengan sos salad dan bahan-bahan sayuran lain. Salad juga di makan sebagai ulaman dengan nasi ayam, rojak dan bahan dalam burger. Dinegara-negara moden mereka makan salad setiap hari sebagai makanan rutin bersama-sama dengan daging dan ikan. Daun Salad Segar didakwa memberikan rasa yang agak rangup dimana sesiapa sahaja akan ketagih jika pandai menikmati. Daun salad ini sedikit berair dan ia mampu untuk menghilangkan rasa dahaga. Manfaat lain daun salad ialah ianya kaya dengan zat besi (Fe), kalsium (Ca), potasium (K), magnesium (Mg) dan zink (Zn). Saalad juga sangat enak dan berkhasiat maka pembaca blog dilaporkan 'rugi' jika tedak amalkan memakan ulam daun salad. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...
By,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.