HALWA BUAH-BUAHAN merupakan sejenis makanan yang daripada buah-buahan yang direndam dengan air gula dan manis serta tahan lama. Penulis blog percaya makanan snek ini ada dibanyak negara sebagai snek yang asasnya adalah sebagai salah satu teknologi mengawetkan produk makanan terutamanya buah-buahan terpilih. Di Malaysia lazimnya snek halwa yang popular seperti Halwa Betik, Halwa Kundur, Halwa Nanas, Halwa Keluing, Halwa Mangga, Halwa Pala, Halwa Nangka dan banyak lagi. Bagaimana pun dalam portal wikipedia ada perkataan menyamai halwa iaitu 'halva' yang dinyatakan sebagai 'Halva (also halvah, halwa, and other spellings) refers to various local confection recipes. The name is used for referring to a huge variety of confections, with the most geographically common variety based on toasted semolina. Halva is popular in Western Asia, Central and South Asia, the Balkans, the Caucasus, Eastern Europe, Malta, North Africa and the Horn of Africa. Halva can be kept at room temperature during non-summer months with little risk of spoilage'. Ada kemungkinan teknologi membuat halwa di negara kita sama atau berlainan dari segi jenis bahan asas yang digunakan , cara membuatnya dan juga produk akhirnya. Bagaimana pun makanan manisan ini sering dihidangkan kepada tetamu dan kini telah dikomersilkan. Ada banyak kedai yang menjual makanan halwa ini di pasaraya, pasar malam dan juga kedai runcit yang dibungkus dalam pelbagai kaedah. Memang makanan snek yang manis ini disukai oleh ramai terutamanya kanak-kanak dan remaja. Dalam sesetengah masyarakat dimana pemberian manisan halwa ini dijadikan sebagai satu adat yang penting. Artikel ini menyentuh 3 jenis makanan halwa yang agak popular di Malaysia iaitu Halwa Betik, Halwa Kundur dan Halwa Nanas untuk di tulis dalam blog "Anim Agro Technology'' bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Pada penulis blog antara makanan snek yang popular adalah makanan Halwa Betik untuk hiasan atau hantaran dalam majlis perkahwinan (Sila lihat foto disebelah). Bahan yang diperlukan untuk membuat halwa betik termasuk Buah Betik Muda (1 biji), Gula Pasir (ikut tahap kemanisan yang dikehendaki), Gula batu (jika suka), Kapur sirih, Pewarna yang disukai (Merah, hijau epal, kuning, ungu dan sebagainya). Cara membuatnya dimulakan dengan membelah buah betik yang telah dikupas kulitnya kepada beberapa bahagian dan ukir bentuk yang disukai mengikut tahap keabstrakan seni kreatif dan inovatif anda.Celurkan kepingan-kepingan betik yang telah diukir berbagai bentuk seperti daun, bunga rose dan sebagainya ke dalam air panas dan toskan. Rendamkan pula ke dalam air kapur sehari semalam kepingan betik yang diukir tadi dan dibiarkan diam dalam air kapur. Pada keesokan harinya, bersihkan kepingan betik yang direndam di dalam air kapur. Masakkan air gula dalam 200 gram dan masukkan pewarna yang digemari mengikut pembahagian yang ditetapkan (Jika suka warna merah, letak pewarna merah dalam satu bahagian air gula dan jika suka warna hijau,letak pewarna hijau dalam satu bahagian air gula lagi). Apabila gula telah larut kemudian dimasukkan kepingan-kepingan betik yang telah diukir tersebut dan biarkan diam-diam semalaman. Pada keesokanya boleh dikeluarkan kepingan-kepingan betik tersebut dan sediakan lagi air gula lagi. Bila sejuk maka dimasukkan sekali lagi kepingan betik itu ke dalam air gula semalaman. Proses diatas dibuat berulang-ulang sehingga gula nampak berselirat pada permukaan kepingan betik tersebut. Akhir sekali perlu jemurkan halwa betik tersebut dan bolehlah disimpan di dalam balang buat kudap-kudapan atau dijadikan bahan hantaran.
Halwa Nanas atau buah nanas kering adalah merupakan salah satu makanan snek yang manis dan berkhasiat. Ia ada dijual dan mudah dibuat sendiri dirumah. Cara pembuatan manisan nanas kering adalah dengan memilih tiga biji buah nanas yang tua tetapi setengah matang iaitu yang berwarna hijau sedikit kuning. Sebaiknya buah nanas ini masih keras dan tidak terdapat luka atau pun serangan hama dan penyakit. Kemudian perlu di timbang gula pasir sebanyak 1 kg. Buatlah larutan garam 20%. Timbanglah 200 gram garam dapur, kemudian dilarutkan ke dalam air sampai isipaduya mencapai 1 liter (1.000 ml). Seterusnya adlah membuat larutan gula iaitu dengan cara menimbang gula pasir sebanyak 1 kg. Rebuslah air 1 liter dan setelah mendidih masukan 1 kg gula dan 2 gram asam citrat dan kemudian diaduk hingga larut. Selanjutya disaring dengan kain saring. Timbang 5 gram Natrium Benzoat dan kemudian masukkan ke dalam larutan gula dan diaduk sampai larut dan merata. Buatlah larutan kapur dengan menimbang kapur sebanyak 50 gram dan di larutkan dalam 1 liter air dimana ia kemudian disaring. Air kapur yang bersih di tampung. Kupaslah kulit buah nanas dengan pisau anti karat yang tajam dan buang mata buahnya dan buah dicuci dengan larutan garam 20%. Buah nanas dihiris menurut dengan bentuknya mengikut citarasa dengan ketebalan 1/2 cm. Rendam buah nanas dengan air kapur selama 30 minit. Pada tahap ini diharapkan buah nanas tetap segar dan bertambah keras. Setelah 30 minit maka hirisan buah nanas diambil dengan cara untuk menyaring. Lakukan blanching dengan air mendidih. Rebuslah air sebanyak 3 liter sampai mendidih. Masukan buah nanas ke dalam air yang sedang mendidih selama 5 minit dan kemudian angkat dan tiriskan airnya. Masukan potongan buah nanas yang sudah di blanching ke dalam larutan gula dan kemudian dipanaskan dengan api kecil sambil dilakukan mengacau secara pelahan sehingga sebati. Ambil potongan buah nanas apabila telah berwarna kuning berkiat dan air sirup sudah meresap dalam isi daging buah nanas. Keringkalnlah buah nanas dengan menjemur pada sinar matahari atau pada pengering oven eletrik. Jika pengeringan buah nanas telah dilakukan dengan pengeringan buatan maka pengeringan dilakukan pada suhu 65 Celsius. Taburikan hirisan nanas dengan gula pasir yang sedang dikeringkan setiap 1/2 jam sekali. Lakukanlah proses mentbalikkan nanas ini pada pertengahan pengeringan. Proses pengeringan apabila buah nanas sudah kering (tidak berair lagi) dan dilihat tidak lembek. Setelah kering maka halwa manis nanas disimpan didalam bekas kedap udara atau pembungkus lain yang sesuai.
Tanaman Belimbing Buluh (Averrhoa bilimbi) merupakan pokok yang lazimnya menghasilkan buah yang agak masam untuk dimakan segar. Walau pun ada varieti belimbing buluh yang manis akan tetapi penulis blog dapati yang lazim ditanam adalah kebanyakannya jenis masak hijau, lonjjong dan masam. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai tanaman belimbing buluh sebelum ini berdasarkan kepada pengalaman semasa menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang yang mempromosikan penanaman pokok belimbing buluh. Artikel ini boleh dibaca dengan pautan berrikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penanaman belimbing buluh di Pahang khususnya di Daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Raub adalah sebagai satu tanaman untuk menghasilkan buah yang diproses menjadi Sambal Hitam Pahang dan Halwa Belimbing Buluh. Halwa Belimbing Buluh merupakan snek yang enak dimakan kerana ia memberikan rasa masam, manis , masin dan lemak juga serta sesuai dihidangkan kepada tetamu. Resipi membuat Halwa Belimbing Buluh perlu disediakan bahan iaitu Belimbing buluh segar (atau yang telah direbus), 1sudu besar kapur, Air dan juga gula pasir. Cara membuatnya mudah iaitu dengan merendam belimbing bersama sedikit air dan juga dibubuh kapur untuk selama 2-3jam. Kemudian buah dibasuh bersih dengan ait mengalir. Dalam masa sama masak air bersama gula sehingga mendidih (kadar air dan gula disesuaikan agar tidak terlampau banyak air dengan setengah kilo gula pasir). Kemudian masukkan buah belimbing buluh yang sudah dibersihkan dan dimasak selama 15 - 30 minit sahaja dengan api sederhana. Ada pengusaha juga yang suka memasukkan sedikit pewarna kuning untuk menjadikan halw ]a lebih cantik warnanya. Kemudian ia diperap semalaman dan seterusnya adalah proses menjemur dibawah sinaran matahari selama 2 - 3 hari sehinga mendapat warna halwa menarik (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh dihidangkan untuk dimakan atau sesuai disimpan didalam bekas kaca yang kedap udara atau cara pembungkusan lain yang sesuai. Boleh dijual dipasaran dengan harga yang baik juga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HALWA BETIK... POPULAR DIANYA...
PENULIS SUKA... HALWA NANAS JUGA...
HALWA BELIMBING BULUH...ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(25 Rejab 1443H).
Posted from:
Room 2118, Pullman Waterfront Miri Hotel,
Miri, Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.