HOBI BERKEBUN (Gardening) merupakan salah satu hobi yang kini dilaporkan akan memberikan keuntungan dan faedah kepada pengusahanya. Hobi berkebun dilihat menjadi semakin popular semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Lockdown akibat wabak covid 19 melanda Malaysia dan seluruh dunia. Apa tidaknya ramai orang duduk rumah sahaja dan tidak ada banyak perkara yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Tidak mengira apa juga profession dimana ada yang mencuba-cuba menanam pokok terutaman tanaman sayuran dan ulaman dikawasan lapang keliling rumah. Apa pun mereka yang semulajadi mempunyai hobi berkebun sudah arif dengan aktiviti perkebunannya sepanjang masa. Ada yang memperluaskan aktiviti hobi berkebun dimana jika ada hasil yang banyak boleh dijual dan menjana pendapatan. Ada yang suka menanam sayuran disekeliling rumah seperti menanam cili padi, pokok pandan, daun kari, cekur (kencur), daun salam, daun sup, daun bawang dan pelbagai ulam-ulaman. Antara jenis ulam yang mudah ditanam dan segar setelah dipetik termasuk daun salam, daun kesum, ulam raja, terung pipit, salad dan beberapa lagi. Bagaimana pun ramai yang suka menanam tanaman hiasan (ornamental plant) bertujuan mencantikkan lagi landskap diluar rumah atau pun didalam rumah. Pada masa ini selain daripada amalan agronomi tradisional cara berkebun kini sudah ada teknologi fertigasi berkebun dikawasan rumah seperti fertigasi menanam cili padi (SIla lihat foto diatas). Teknologi menanam cili fertigasi selain daripada mudah dijalankan dimana ia juga menjamin penghasilan lebih baik dan berkualiti berbanding dengan cara penanaman konvensional. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah mengenai aktiviti berkebun yang dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Kisah menarik bagaimana seorang pesara mempunyai hobi berkebun dengan 'Kebun ada lebih 30 tanaman' di Pekan, Pahang manik dirujuk. Berdasarkan kepada pengalaman bekerja hampir 36 tahun di MARDI telah memberi kelebihan kepada Abd Kadir Yusof (60 tahun) untuk dia mengusahakan kebun dengan lebih 30 tanaman bersilih ganti pada satu-satu masa. Pesara terbabit bermula dengan tanaman 120 pokok durian belanda yang dijadikan landskap utama menuju ke kebunnya yang diusahakan secara berperingkat sejak 10 tahun lalu. Kebun ini bermula dengan pokok durian belanda disusuli halia bara ditanam dengan 3,000 beg semaian, halia bentong (20 beg semaian), kunyit dan bunga kantan masing-masing 200 beg semaian. Kebun seluas 0.8 hektar turut dipenuhi deretan 1,000 pokok jagung, terung (2,000 beg semaian) dan cili besar (2,000 beg semaian). Hasil sedikit dikongsi sedikit, jika banyak, banyaklah yang dikongsi. Saya turut menanam pokok kundang hibrid, delima merah, lemon sunkist, durian matadong, kelapa pandan dan kelapa jeli. Dalam pada itu ditanam juga belimbing, jambu batu, pisang, bluberi, cermai barbados, mempelam, anggur Brazil, buah bidara dan buah nona turut ditanam dikebunnya yang terletak di Kampung Pulau Rusa, Pekan. Walau pun kebunnya pernah ditenggelami banjir beberapa kali itu turut dipenuhi deretan pokok herba, ulam-ulaman, sayuran seperti sawi, kucai, bayam, kailan, salad, kangkung, kobis, lobak, keladi telur dan serai. Dia amalkan konsep ‘berkebun secara berjemaah’ iaitu mencari keluarga susah dan bantu mereka bekerja di kebun dengan upah setimpal pekerjaan dilakukan. Tanah tidak perlu digembur, tidak perlu batas panjang dan lebih penting, memudahkan pengunjung membeli tanaman dengan membawa pulang berapa banyak beg tanaman yang dikehendaki. Kelebihan ilmu dan kemahiran dimiliki tidak hanya untuk dirinya sendiri sebaliknya turut dikongsi bersama pengunjung yang melawat kebunnya dan pada masa sama mengambil peluang belajar kaedah penananam serta pembajaan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Pahang yang banyak membantu dari segi sokongan moral dan peralatan berkebun. Dia menggunakan sistem fertigasi iaitu kaedah titisan dengan tiga kali siraman untuk pokok besar dan sekali sehari bagi tanaman masih kecil.
Di Sungai Buluh, Selangor kejayaan 'Tanaman subur di kebun dapur' dimana biarpun kawasan halaman rumahnya bersimen dan diturap namun ia tidak menjadi halangan buat Nabihah Hamid (32 tahun) menjadikan hobi berkebun dapur kerana menyedari banyak manfaat yang diperoleh daripadanya. Walaupun kawasan kosong di rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor itu boleh dikatakan ‘sekangkang kera’, ibu kepada seorang cahaya mata ini bijak menyusun atur ruangan sedia ada dan memanfaatkan sepenuhnya kawasan itu untuk bercucuk tanam. Menurutnya, mewujudkan taman dapur tidak sesukar yang disangka malah dengan teknologi di hujung jari, maklumat mengenainya begitu mudah dicari, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak mengusahakannya. Minat mula bercambah selepas saya dan suami mula-mula memasuki rumah ini tiga tahun lalu kerana melihat ruangan kosong di depan rumah. Kami berpendapat lebih elok jika tidak dibiarkan begitu saja dan dari situ timbul idea untuk menanam sayur. Dia amat berpuas hati dapat melihat buah mangga yang ditanam sendiri di laman rumah berbuah lebat. Jadi, tiada alasan untuk tidak memanfaatkan ruangan yang ada walaupun tinggal di kawasan perumahan dengan ruang terhad. Antara yang menyerikan halaman kecilnya termasuk termasuk cili, limau kasturi, kubis, pandan, kesum, bayam, pokok kari, bunga ros Jepun dan mangga. Dia banyak mempelajari cara menanam daripada laman sosial dan Internet selain berkongsi minat dengan rakan yang mempunyai minat sama. Baginya bercucuk tanam tidaklah sukar kerana kebanyakan sayuran yang dipilih senang hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ada kalanya dia perlu berulang kali menanam benih yang sama kerana tidak menjadi, namun sekiranya benih yang disemai mengeluarkan pucuk atau akar, ia cukup menggembirakan hatinya serta tidak sabar menunggu hasil daripada pokok berkenaan. Dia juga semakin mahir menanam dan seronok dengan hobi barunya itu apatah lagi anaknya dapat bermain bebas sambil menikmati keindahan kebun dapur yang diwujudkannya. Ia menjadi satu kepuasan buat saya apabila dapat masak dan makan hasil sayur yang ditanam sendiri. Memang ada sesetengah sayuran kadang-kadang ambil masa lama sebelum boleh dituai, tapi berbaloi sebab sayur kita tanam ini tidak menggunakan racun. Dakwanya kalau beli sayur di pasar, sesetengahnya tidak terjamin sama ada bebas racun serangga yang berbahaya, jadi ada baiknya saya menanam sendiri sayur di rumah. Hobi berkebun ini manfaatkan tanah sekangkang kera yang ada ini. Seronok tanam sayur, rasanya lebih segar. Macam kubis yang saya tanam di sini lebih manis rasanya. Selain menggunakan baja yang sesuai, perlu pastikan pokok disiram setiap pagi dan petang apatah lagi kini negara sedang berdepan musim panas, tanaman juga perlu disiram lebih kerap. Dia amalkan tip iaitu tanah memang boleh digunakan untuk kompos sisa makanan. Di dalam tanah, sisa makanan ini akan reput, hancur dan menjadi baja. Tanah itu kemudiannya boleh digunakan semula untuk menanam sayur. Kini dia boleh mengitar semula sisa dapur menjadi bahan berguna. Baja kompos ini selamat dan mesra, jadi kita tidak perlu bimbang kesan sampingan. Cuma, kalau boleh beli bekas bertutup yang besar untuk menampung sisa dapur kita setiap hari. Bagi tip menanam pokok mangga pula perlu pastikan batang pokok sudah kukuh. Sekiranya bunga (buah) sudah mula keluar tetapi batangnya belum kukuh lagi, maka ia perlu ditebalkan terlebih dulu. Baka mangga cakonan dari Thailand yang saya tanam ini memang bagus dan amat berpuas hati kerana ia boleh berbuah lebih daripada sekali dalam setahun.
Kisah bagaimana 'Kebun lokasi terapi minda' kepada individu yang mempunyai hobi berkebun di laporkan media di Taiping, Perak. Gunakan halaman rumah dengan pelbagai tanaman dan sayuran bukan saja memberi kepuasan buat mereka yang meminatinya malah menghidangkan panorama indah serta menyejukkan pandangan. Apa pun buat sesetengah orang, hobi berkebun juga menjadi antara terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang. Selain berfungsi sebagai kebun dapur, ia boleh menjadi ruang yang menarik jika bijak menyusun atur tanaman dan mungkin juga boleh mewujudkan taman mini untuk melengkapkan landskap halaman. Aktif menanam sayur dan pokok bunga sejak empat tahun lalu, Fauziah Harun antara yang memanfaatkan halaman rumahnya dengan pelbagai tanaman (Sila lihat foto disebelah). Dia mengakui minatnya itu bukan saja dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan di dapur, tetapi mampu menjadi lokasi sesuai untuk terapi minda. Pelbagai sayuran ditanamnya termasuk kubis, cili, kailan, halia, kunyit, serai, kucai, markisa selain bunga kertas dan ros dan yang mengindahkan halaman rumahnya di Kampung Sungai Punggur, Trong, Taiping, Perak. Modal bagi menanam sayur juga tidak besar malah ada di antaranya boleh didapati secara percuma. Sebenarnya bukan susah hendak mewujudkan taman dapur. Maklumat mengenainya begitu mudah dicari dan banyak di Internet, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak untuk dia aktif mengusahakannya. Memang gembira bukan kepalang apabila semua tanaman mengeluarkan hasil. Selain mengindahkan landskap laman rumah, hobi ini dapat menenangkan hati dan jiwa saya setiap kali berada di luar. Dia banyak mempelajari cara menanam daripada laman sosial dan Internet selain berkongsi minat dengan rakan yang mempunyai minat sama. Baginya bercucuk tanam tidaklah sukar kerana kebanyakan sayuran yang dipilih senang hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia juga satu kepuasan buatnya apabila dapat makan hasil sayur yang ditanam sendiri. Memang ada sesetengah sayuran kadang-kadang ambil masa lama sebelum boleh dituai, tapi berbaloi sebab sayur yang kita tanam ini tidak menggunakan racun. Kalau beli sayur di pasar, sesetengahnya tidak terjamin sama ada bebas racun serangga yang berbahaya, jadi ada baiknya saya menanam sayur di rumah. Hobinya itu membolehkan dia menjimatkan kos barangan dapur kerana ada antaranya seperti cili yang dijual agak mahal dapat dipetik sendiri jika dia memerlukannya. Hasil tanaman biasanya digunakan sendiri atau disedekahkan kepada keluarga dan jiran. Pokok bunga pula katanya, ada yang dijual kepada rakan dan secara tidak langsung ia juga dapat menambah pendapatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PALING MALAS... BILA NAK MULA...
RAMAI MENANAM... DIA BAHAGIA...
HASIL DITUAI... SEGAR KUALITINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.