Bidang pendidikan pertanian di IPT di Malaysia boleh dibahagikan kepada kumpulan Prasiswazah (Undergraduate) dan juga kumpulan Pascasiswazah (Postgraduate). Prasiswazah merangkumi program yang ditawarkan pada peringkat diploma dan sarjana muda oleh beberapa IPTA. Ketika ini dilaporkan terdapat tujuh buah IPTA yang sedang menawarkan 28 program pengajian pertanian prasiswazah iaitu tujuh ditawarkan di peringkat diploma dan 21 lagi ditawarkan di peringkat sarjana muda atau bacelor. Bagi program diploma dulu ditawarkan untuk tempoh 3 tahun di UPM, UMT dan UiTM. Bagaimana pun kini banyak program diploma ini sudah di sesuaikan semula. Pendidikan dalam program pengajian pertanian adalah pelbagai dan agak sukar untuk dibezakan. Diantara program yang pernah ditawarkan adalah Sains Pertanian (UPM), Akuakultur (UPM), Sains Hortikultur (UPM), Sains Haiwan (UPM), Perniagaan tani (UPM), Sains Bioindustri (UMS), Pengeluaran Tanaman (UMS), Hortikultur dan Landskap (UMS), Pengeluaran Ternakan (UMS), Akuakultur (UMT), Akuakultur (UMT), Agroteknologi dan Teknologi Lepas Tuai (UMT), Perikanan (UDM), Bioteknologi Pertanian (UDM), Pengeluaran & Kesihatan Haiwan (UMK), Keusahawanan Teknologi Pertanian (UMK), Teknologi Bioindustri (UMK), Sains Penternakan (UMK), Teknologi Pembangunan Produk (UUM), Pengurusan Perniagaan (UITM) dan juga Pengurusan & Teknologi Perladangan (UiTM). Kebanyakan program adalah selama 4 tahun kecuali di UMT dan UMS yang ada untuk 3 tahun. Terdapat beberapa IPTA yang menawarkan program yang sama iaitu Akuakultur tetapi tempoh pengajian adalah tidak seragam. Program ini hanya dijalankan selama tiga tahun di UMS dan UMT berbanding empat tahun di UPM. Selain itu terdapat juga nama program yang terlalu umum seperti program Pertanian dimana ia didakwa tidak jelas dari segi skop pengajian atau nama program yang hampir serupa seperti program lain seperti program Perniagaan Tani dan program Pengurusan Perniagaan Tani akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar yang memohon masuk ke IPTA dalam bidang pengajian pertanian. Dilihat majoriti program pengajian pertanian yang ditawarkan di IPTA adalah dalam kategori Sains Tanaman (lapan program) diikuti oleh Perikanan (enam program), Sains Ternakan dan Haiwan (lima program), Teknologi Lepas Tuai (lima program) dan Ekonomi Pertanian dan Perniagaan tani (empat program). Disetiap IPTA dilihat ada program yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri dan bukannya berdasarkan kemampuan atau pun kemahuan sesebuah IPTA. Ia bertujuan bagi menjamin kebolehpasaran graduan program pengajian pertanian.
Seterusnya adalah pendidikan pertanian dalam program Pascasiswazah atau pun 'postgraduate'. Program Pascasiswazah merangkumi program yang ditawarkan pada peringkat Sarjana (Master) dan Doktor falsafah (PhD). Bagaimana pun dilihat secara umumnya terdapat tiga kaedah (mode) pengajian yang boleh dipilih oleh para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian pertanian ke peringkat pascasiswazah di IPTA iaitu sama ada melalui penyelidikan, kerja kursus atau gabungan kerja kursus dengan penyelidikan. Pernah ditawarkan sebanyak sembilan (9) jenis kategori bidang utama dalam pengajian pertanian yang ditawarkan di IPTA serta kaedah penawaran program tersebut. Bidang tersebut adalah Sains Pertanian, Sains Ternakan dan Haiwan, Perikanan, Perlindungan Tumbuhan, Sains tanah, Ekonomi Pertanian dan Perniagaantani, Kejuruteraan Pertanian, Teknologi Lepas Tuai dan program Pengembangan. Dilihat bagi program pascasiswazah hampir semua IPTA yang terlibat menawarkan bidang sains tanaman dan bidang sains ternakan dan haiwan melibatjan aktiviti penyelidikan (P), Kerja Khusus (KK) dan juga keduanya (P+KK). Hanya tiga IPTA sahaja yang menawarkan program dalam bidang perikanan iaitu UMS, UPM dan UMT manakala UDM merupakan satu-satunya IPTA yang menawarkan program pengajian pascasiswazah dalam bidang seperti pengembangan pertanian (Agriculture extension) yang menarik. Pengembangan pertanian dilhat pernah menjadi teras utama Jabatan Pertanai pada awal tahun 1980'an sehingga tahun 2000 dengan program Latihan dan Lawatan (2L) sebelum ianya ditukar kepada Pengembangan Tekno Tani dan perladangan komersil masa kini. Bagaimana pun dilihat masih kurang graduan pascasiswazah yang mencukupi bilangannya di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan jumlah mereka di negara Taiwan, Thailand dan sebagainya. Adalah lebih baik ditambah jumlah siswazah PhD dalam bidang sesuai mengikut keperluan pertanian tempatan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara. Penulis blog juga berpendapat program seperti biakbaka tumbuhan, entomologi, pathologi, pengeluaran benih sayuran (seeds), perhutani, Industri Asas Tani dan BioTeknologi perlu diperbanyakkan. Sebagai contoh diantara faktor kemajuan sektor pertanian di Taiwan disumbangkan oleh pakar-pakar dengan kelulusan PhD seramai lebih 4,500 orang dilapangan (bukan ahli akademik) dalam semua bidang pertanian yang berada di Taiwan mahu pun di Luar Negara untuk memajukan sektor pertanian mereka.
Dalam pada itu penulis blog merujuk beberapa media tempatan termasuk oleh sinarharian.com melaporkan dimana 'UPM perjelaskan isu graduan PhD' menarik dikongsikan. Media laporkan dimana Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan kenyataan di laman-laman portal berita tempatan yang mempertikaikan bilangan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) UPM adalah mengelirukan dan tidak tepat. UPM dalam satu kenyataan mendakwa dimana kaedah Pengajian PhD di UPM adalah melebihi syarat minima yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan kualiti graduan yang dihasilkan oleh UPM sentiasa dijaga dengan baik. Tempoh pengajian PhD adalah dalam lingkungan tiga hingga lima tahun di mana pelajar wajib membuat penyelidikan dan mengikuti minima 12 jam kredit kursus. Selain itu juga pelajar perlu membuat pembentangan cadangan penyelidikan dan lulus Peperiksaan Komprehensif yang dinilai oleh panel sebelum tahun kedua bagi melayakkan mereka untuk meneruskan pengajian. Pelajar juga perlu menghasilkan tesis yang merupakan syarat wajib lulus untuk dianugerahkan PhD dan tesis pula akan dinilai sekurang-kurangnya tiga orang penilai yang terdiri daripada seorang penilai luar (Universiti luar negara seperti United State, United Kingdom, Australia dan sebagainya) dan dua lagi penilai dalaman serta perlu lulus peperiksaan viva voce. Pihak senat UPM juga menetapkan dua penerbitan jurnal berindeks (Citation Indexed Journal) sebagai syarat bergraduat bagi memastikan kualiti penyelidikan graduan PhD yang dihasilkan. Dilaporkan UPM mempunyai kekuatan tenaga akademik berkelulusan PhD seramai 1,649 orang yang layak menyelia pelajar PhD dan ia telah mencerminkan kemampuan universiti dalam menghasilkan graduan PhD dengan merujuk kepada amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Jumlah graduan PhD yang dikeluarkan oleh UPM merupakan bilangan yang lazim dikeluarkan oleh Universiti Penyelidikan dan ia selari dengan amalan terbaik universiti terkemuka dunia di mana enrolmen pelajar PhD merupakan indikator kecemerlangan sesebuah universiti. UPM sebagai salah satu Universiti Penyelidikan di Malaysia tidak ketinggalan dalam terus menyumbang meningkatkan penyelidikan dan mengeluarkan modal insan yang berilmu dan berkualiti tinggi. Berkaitan dengan dakwaan penulis bahawa universiti terkemuka dunia yang hanya mengeluarkan tidak lebih daripada 20 graduan setahun adalah tidak benar. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman web rasmi, Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada 2020 telah mengeluarkan 563 graduan PhD manakala Harvard University telah mengeluarkan 572 graduan PhD serta dari segi ranking dunia dilaporkan MIT berada pada kedudukan pertama manakala Harvard University berada pada kedudukan kelima dalam QS World University Ranking 2022. UPM menegaskan jumlah graduan PhD yang dikeluarkan oleh UPM bagi konvokesyen kali ke-44 kohort pelajar 2020 merupakan hasil daripada pengajaran, pembelajaran, penyelidikan berkualiti tinggi (Sila lihat foto disebelah). Ia telah dinilai di peringkat kebangsaan serta antarabangsa bagi menjamin kualiti sebagai bukti pendidikan tinggi di Malaysia adalah diiktiraf dan setaraf di peringkat antarabangsa. Dalam Majlis konvokesyen UPM ke-44 melibatkan seramai 398 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), sarjana (1,093 orang), sarjana muda (3,544 orang) dan diploma (660 orang). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DISEKLOLAH ADA... PENGAJIAN TINNGI ADA...
DIPLOMA, IJAZAH... MASTER, PHD DISEDIA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT FAHAM ISINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1443 Hijrah).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.