(11) Udang Pasir
Udang Pasir (Penaeus orientalis) meru[akan jensi udang yang banyak dijumpai dikawasan perairan pantai yang berlumpur. Lazimnya udang ini berwarna coklat dan juga pada bahagian ekornya berwarna coklat kekuningan. Ia mempunyai bentuk kelapa yang leper dengan bentuk ekornya seperti kipas. Ia dipukat oleh nelayan pesisir pantai dimana harga udang ini adlaah antara yang murah dipasaran iaitu diantara RM10 - RM20 sekilogram dipasaran. Enak dimasak sebagai ramuan sayuran dan sebagainya. Udang ini adalah jensi udang yang popular diproses menjadi udang kering yang harganya berlipat kali ganda.
(12) Udang Putih
Udang Putih ini dibahagikan kepada jenis Udang Putih Kecil dan Udang Putih Besar (Penaeus indicus) dimana ia selalu berada didalam air masin. Udang putih kini telah dikomersilkan dan diternak dikawasan pinggir pantai. Penulis blog pernak melawat projek ternakan udang putih gunakan teknologi Bioflac di Pulau Kambing, Kelantan dimana teknologi ini popular di Thailand. Pada kebiasaannya udang putih itu menjadi buruan kepada ramai pemancing untuk dijadikan umpan memandangkan ia lebih lasak berbanding umpan lain dan sukar untuk mati. Apa pun dilaporkan dimana udang putih ini akan dijual pada harga RM45 hingga RM60 sekilogram iaitu bergantung kepada saiz iaitu sekitar 15 cm sudah boleh dijual dan ia turut mendapat permintaan daripada ramai pelanggan.
(13) Udang Kuning
Udang kuning ini agak jarang penulis blog dapat jumpa. Udang kuning ini diberikan nama kerana ia mempunyai warna kuning pada sebahagian besar tubuhnya dan hanya bahagian ekornya sahaja yang agak gelap warnanya. Udang ini dipasaran berharga diantara RM18 - RM25 sekilogram dan ada dijual secara online dengan jumlah tempahan minima diantara 30 0 50 kilogram satu bungkusan. Tidak banyak maklumat teknikal mengenai udang kuning ini keran ayang ada banyak diperkatakan adalah masak udang kuning dalam pelbagai resepi yang menarik.
(14) Udang Merah
Udang Merah atau Udang Ros ini pula memang paling unik warnanya kerana sebahagian besar badannya adalah berwarna merah. Ia mempunyai warna badan kemerahan kerana berada jauh didalam dasar lautan yang dalam. Isinya jug aberwrna kemerahan dimana ia adalah lebih manis dengan rasanya seakan dengan udang lobster. Ia terdapat berada dibeberapa lautan seperti di Atlantik dimana selalunya agak mahal harganya. Melihat kepada foto udang merah segar disebelah mungkin ada yang menyangka ia adalah udang biasa yang telah digoreng pula.
(15) Udang Solo
Udang Sola atau dipanggil sebagai Udang Sialor dalah jenis udang air masin atau udang laut yang agak jarang dikenali.
Udang Solo merupakan sejenis spesies udang yang dibuat urusniaga kerana mempunyai harga yang baik di pasaran. Ia merupakan sejenis spesies udang laut. Udang solo juga dikenali sebagai udang kepala keras di sesetengah tempat. Dari kajian dilaporkan dimana kebanyakkan udang solo menjadi rezeki kepada nelayan dipersisiran pantai. Udang yang bersaiz sederhana ini sangat sedap jika dibuat gulai atau goreng. Jika ke pantai Penarik Setiu Terengganu ada udang solo menjadi pilihan kepada pengemar celup tepung dan antara menu pilihan selain sotong dan ikan. Ciri -ciri udang solo ini adalah berkulit sedikit keras berbanding dengan udang oke atau udang putih, harga dipasaran adalah sekitar RM20-RM30.00 di pasaran tempatan. Kebanyakkan udang solo ini boleh diperolehi pada selepas musim tengkujuh diantara bulan Jan sehingga Mac dikawasan Laut China Selatan. Cara penangkapan udang solo adalah menggunakan jaring atau pun pukat tunda. sesetengah kawasan adalah salah menggunakan pukat tunda, kerana boleh menyebabkan banyak habitata kehidupan laut akan terjejas seperti penyu, batu karang dan lain-lain. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen yang perlu dibaca bersama iaitu Part 1, Part 2 dan Part 2. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.