KERABU merupakan sejenis makanan tradisional yang kini semakin popular kerana ia berkhasiat dan dianggap sebagai sejenis kuliner makanan sihat. Apabila menyebut perkataan 'kerabu' mungkin ramai yang lebih mengenali 'Nasi Kerabu' pula yang sangat popular di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan. Nasi Kerabu kini ada dijual dimana-mana seperti di pasar malam, pasar tani, gerai tepi jalan, restoren, hotel dan sebagainya. Walau pun penulis blog kurang gemar makan nasi kerabu yang ada dibubuh budu akan tetapi kalau yang tidak ada budu boleh menjamahnya juga. Penulis blog lebih suka makan nasi putih dengan kerabu yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Terdapat berpuluh resepi makanan kerabu ini bergantung kepada bahan asas yang digunakan serta bahan campuran lain yang dicampurkan didalamnya. Pada penulis blog memang sejak zaman kanak-kanak lagi sudah dihidangkan dengan kerabu pucuk daun ubi kayu yang sering disediakan untuk makan tengahari atau pun semasa majlis jamuan diperingkat kampong di Muar, Johor dahulu. Bagaimana pun kini masih dapat menikmati makanan kerabu ini yang dibuat sendiri dirumah dengan menggunakan daun ubi yang ditanam dikawasan rumah. Memang sungguh enak makan kerabu dengan nasi putih sahaja tanpa laukpauk lain. Paling tidak pun makan kerabu dengan ikan masin bulu ayam memang sungguh nikmat. Ada sesetengah restoren yang menghidangkan menu kerabu sebagai hidangan makan tengahari dan antara jenis kerabu yang popular adalah kerabu daun ubi, kerabu kacang botor dan juga kerabu perut dan banyak lagi. Proses menyediakan makanan kerabu juga mudah asalkan mempunyai bahan mentah yang mencukupi dan kemahiran membuatnya. Makanan kerabu amat berkhasiat kerana ia kaya dengan serat dan vitamin serta banah mirenal lain. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" petang Khamis ini saya menulis beberapa resepi mengenai makanan kerabu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.
(7) Kerabu Telur Dadar
Makanan kerabu telur dadar mungkin agak berlainan dengan kerabu lain kerana ia menggunakan telur ayam dadar sebagai bahan asasnya. Kerabu ini mungkin agak jarang dijumpai ada dijual direstoren akan tetapi sering dijadikan hidangan keluarga. Telur ayam merupakan bahan makanan yang berkhasiat kaya dengan protin dan sebagainya. Bahan yang diperlukan untuk membuatnya adalah 3 biji telur ayam gred A, 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, secubit garam, 1 sudu teh tepung jagung. Sebaiknya ia disatukan dan kacau sebati untuk bahan telur dadar. Mengoreng telur dadar sesuai menggunakan guna kuali non-stick dan pastikan dadari ini adalah agar mudah digulung kemudian hiris nipis. Bagi ramuan lain membuat kerabu ini adalah 1 biji bawang besar yang di hiris nipis, 1 kuntum bunga kantan yang dimayang halus, 1 genggam daun kesum atau daun selom yang boleh dimayang halus, 1 biji tomato di buang biji di potong kecil, 1 genggam ikan bilis goreng, sedikit sos ikan, 2-3 biji limau kasturi yang di ambil jusnya serta sedikit gula. Bahi bahan untuk ditumbuk pula perlukan 1 biji cili merah, 10 biji cili padi, 1 ulas bawang putih dibakar dan juga 1/2 inci belacan. Bagi menyediakan kerabu ini dimasukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis dan digaul hingga rata. Renjiskan sedikit sos ikan dan kemudian dimasukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa dia dimasukan dalam mangkuk untuk dihidangkan dan dinakan dengan nasi panas.
(8) Kerabu Kaki Ayam
Kerabu kaki ayam sering dibuat dalam majlis rewang perkahmwinan dikampong dahulu apabila banyak bekalan kaki ayam yang sesuai dijadikan kerabu. Ada kalangan pembaca yang mungkin 'geli' dengan kaki ayam akan tetapi bagi penulis blog memang suka makan kaki ayam yang kaya dengan zat terbaik. Apa lagi kalau dibuat kerabu yang memberikan semua rasa lemak, pedas, masam, manis dan sebagainya. Bahan diperlukan adalah 10 - 15 kaki ayam, bawang merah yang hiris nipis, serai dihiris nipis, bunga kantan di hiris nipis, daun limau purut juga dihiris nipis, cili merah di hiris nipis, cili hijau di hiris nipis, tomato dihiris nipis, limau nipis dan juga kicap sotong secukup rasa. Cara untuk menyediakannya dengan membersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian. Kemudian dimasukkan juga semua bahan-bahan yang dihiris halus dan digaul rata. Perahkan jus limau nipis dengan secukupnya dan tambahkan kicap sotong untuk menyedapkan rasa. Gaul sebati dimana adalah lebih sedap jika letak sos sweet thai chili sauce mae pranom. Kalau sudah cukup rasa masam manisnya boleh dihidangkan.
(9) Kerabu Belimbing Buluh
Kerabu belimbing buluh menggunakan bahan asas buah belimbing buluh (Averrhoa bilimbi). Belimbing buluh di Pahang lebih popular untuk dijadikan produk ikon negeri tersebut iaitu 'Sambal Hitam'. Penulis blog yang pernah menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang pernah melaksanakan projek penanaman belimbing buluh terutama di Daerah Kuala Lipis, Jerantut, Raub dan Temerloh sebagai satu usaha menambahkan bekalan belimbing buluh di Pahang. Kali pertama dapat ujirasa kerabu belimbing buluh pun semasa membuat tinjauan projek tersebut di Lipis masa dulu dan memang enak sekali. Bagi menyediakan kerabu ini bahan diperlukan adalah Belimbing buluh, Bunga kantan, Cili merah, Cili padi, Belacan, Bawang merah atau Bawang Besar, Isi ikan sardin atau isi ikan temenung, Kelapa parut serta pastinya jangan lupa bahan perasa gula dan garam secukup rasa. Cara menyediakan kerabu ini dengan bahan belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam untuk kurangkan rasa kemasamannya. Seterusnga ditumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam mangkuk. Seterusnya tumbuk pula isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut. Satukan semua bahan tumbuk tadi bersama belimbing buluh yang telah dibasuh dan toskan airnya. Kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama dengan bunga kantan yang dihiris halus. Gaul sebati. Masukkan pula bahan gula dan garam secukupnya serta gaul lagi. Bila dah agak mesra, masukkan bawang yang dihiris. Kemudian kerabu yang siap ini boleh dihidangkan. Sebagai petua juga jika mahukan kerabu yang sediit berkuah maka penulis blog boleh letak sedikit santan. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN KERABU ...BANYAK JENISNYA...
MUDAH DISEDIA...IA JUGA ENAK RASANYA...
MAKANAN BERKHASIAT... KAYA SERATNYA...
BACA ARTIKEL.. SEGERA BUAT UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1443Hijrah)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.