Support My Blog

Friday, March 4, 2022

RAWATAN BUAH NANAS UNTUK EKSPORT

BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang popular di tanam dan di makan didunia dalam bentuk buah nanas segar atau diproses. Tanaman Nanas termasuk varieti MD2 daripada keluarga Bromaliaceae di Malaysia merupakan satu bidangusaha yang mampu memberikan pulangan baik kepada pekebun kecil dan perladangan. Nanas MD2 yang didaftarkan dengan nombor rujukkan AC9 yang dikategorikan sebagai ‘Nanas Premium’ di Malaysia malahan di kenali diseluruh dunia kerana kualitinya dan ia mampu dipasarkan untuk pasaran domestk dan pasaran eksport. Nanas MD2 juga mempunyai ciri sebagai varieti Nanas Hibrid, berbentuk selinder, tahap kemanisan diantara 12 - 19 darjah brix dengan kandungan asid citric diantara 0.05 - 0.3% (tidak lidas) dan purata berat buat 1.2 - 2.5 kg. Nanas MD2 segar dipasarkan dengan harga premium kerana permintaan yang baik dikalangan pengguna. Di Malaysia sehingga akhir tahun 2020 seluas lebih daripada 2,000 hektar nanas MD2 telah ditanam diseluruh negara oleh 7 buah lokasi secara perladangan dan ramai pekebun kecil dan usahawan sederhana telah mengusahakannya. Pasaran eksport nanas dari Malaysia kini telah berjaya memasukki ke beberapa negara seperti negara China, Singapura Korea, Jepun, Negara-negara Arab dan banyak lagi dalam bentuk nanas buah segar. Kaedah penanaman nanas MD2 telah lengkap untuk digunakan bagi kawasan tanah mineral dan kawasan tanah gambut dengan sedikit perbezaan teknologi. Artikel ini bagi penuaian nanas MD2 ini bertujuan untuk dijadikan panduan usahawan atau syarikat untuk proses pemasaran terutama pasaran eksport. Bagaimana pun terdapat kelainan untuk rawatan eksport nanas segar yang diperlukan bagi negara tertentu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perkara aktiviti lepas tuai dan rawatan buah nanas untuk dijadikan rujukkan semua.

Buah nanas boleh dituai apabila telah menunjukkan ciri-ciri kematangan terutama pada kelopak mata bebuah (fruitlets) dan warna kulitnya. Buah yang cukup matang akan menjamin mutu dan memenuhi kehendak pasaran. Rujukan Marketing Of Fresh Pineapple Malaysia Standard MS:1149 (1974) dan Specification for Fresh Pineapple 1041 (1986) boleh dijadikan panduan. Nanas MD2 merupakan sejenis varieti nanas yang perlu dipastikan tahap ketulenannya daripada sumber benih yang ditanam. Nanas MD2 disyorkan ditanam menggunakan anakbenih (sulur) daripada pokok induk yang telah disahkan dan mempunyai sijil dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Penggunaan benih nanas MD2 daripada sumber Benih Kultur Tisu (Tissue culture Suckers) adalah TIDAK DISYORKAN kerana berlaku masaalah “Somaclonal Variation’ atau variasi yang dilaporkan menyebabkan ketidaksetragaman buah nanas MD2. Ini adalah kerana berkemungkinan walau pun buah yang hendak dituai tersebut mempunyai ciri bentuk selinder, warna yang serupa akan tetapi ciri citarasa buah tersebut mungkin tidak memenuhi spesifikasi nanas MD2 sebenar. Lebih malang apabila benih tulen yang disahkan ditanam bercampur dengan benih MD2 TC kerana ia menyukarkan semasa membuat tuaian dan proses penggredan sebelum di pasarkan. Dilaporkan dimana benih TC MD2 ini akan menghasilkan daun berduri (Ciri asal daun nanas MD2 tidak berduri), Buah yang bentuknya tidak selinder (Tappered Fruit), Kemanisan isii buah yang tidak sekata (atas dan bawah berbeza), Isi buah masam dan beberapa ciri-ciri asas buah nanas MD2 yang unik berlainan. Bagaimana pun beberapa syarikat swasta yang besar dan ingin segera menanam nanas MD2 telah menggunakan benih TC ini akibat kekurangan bekalan benih sulur. Ladang mereka bagaimana pun telah dikenalpasti oleh pihak LPNM melalui rekod dan pemantauan. Pada penulis blog aktiviti penggunaan benih nanas MD2 TC perlu diawasi atau dihalang kerana dalam jangkamasa panjang ia boleh menjejaskan industri nanas negara.

Penuaian buah nanas di ladang perlukan beberapa amalan agronomi yang perlu dipatuhi untuk mempastikan kuatiti buah yang dituai terbaik. Berikut adalah beberapa amalan semasa aktiviti penuaian nanas dijalankan dimana disyorkan kerja penuaian seeloknya dilakukan waktu pagi (8.00 - 12.00 tengahari). Penuaian lepas hujan adalah tidak digalakan (kerana buah basah). Buah yang basah akan menyebabkan berlaku serangan perosak dan penyakit. Kerja penuaian buah nanas mesti dilakukan dengan menggunakan dengan parang tajam dimana parang tersebut tidak berkarat. Semasa menuai pastikan tangkai nanas di potong tidak kurang dari 10cm panjang dari pangkal buah kerana ia perlu disesuaikan untuk piawaian pasaran eksport. Piawaian buah nanas MD2 untuk eksport segar d tangkai bersisa untuk ketahanan. Sebaiknya gunakan bekas untuk mengangkut buah nenas dipetik keluar dari ladang perlu dialas kusyen dimana sebaiknya buah disusun berbaring dengan jumlah yang tidak terlalu banyak bertimdih. Lazimnya buah yang ditindih pada paling bawah sekali akan mengalami kerosakan. Diantara kesilapan pekerja semasa menuai buah nanas MD2 boleh menyebabkan buah cedera termasuk memetik buah belum matang. Sebaiknya peralatan untuk menuai bhan nanas disediakan terdiri daripada keperluan seperti Alat Refractometer (untuk menguji kemanisan buah atau kandungan guna), Parang Tajam Nanas, Kereta Sorong dan juga Bakul Lajong. Bagaimana pun bagi ladang yang mempunyai system penuaian berjentera dnegan conveyor sesuai untuk ladang yang tanahnya agak landau dan rata

Buah nanas yang dituai dibawa kepusat pengumpulan untuk kerja-kerja rawatan pembersihan dan penggredan. Anak sulur, daun-daun yang tidak dikehendakki dan benda asing yang melekat pada buah hendaklah dibuang dengan Teknik seperti semburan air dan semburan angin kemudian untuk mengeringkannya (Sila lihat foto disebelah). Ada juga yang akan membasuh buah nanas dengan air berklorin kemudian didedahkan kepada suhu ambien untuk proses pengeringan. Bagaimana pun ada pengusaha hanya menggunakan semburan angin untuk membuang kotoran yang melekat pada buah. Bagi pasaran eksport lazimnya disesuaikan mengikut kehendak spesifikasi negara pengimport untuk jenis rawatan. Tangkai buah yang Panjang perlu dipotong sehingga 2.5 cm sahaja Buah nanas daripada varieti, gred dan tahap kematangan yang sama perlu dibumhlus menggunakan bekas atau bahan pembungkusn yang sesuai. Pembungkusan dengan bekas (lazimnya kotak khas) yang sempurna dapat memberikan perlindungan yang optimum daripada sebarang kerosakkan semasa proses pengendalian, pengangkutan dan pengedaran. Bekas pembungkusan mestikan dari jenis yang tidak ada kesan toksik, mempunyai lubang pengudaraan, kukuh dan melindungi sehingga buah sampai ke destinasi. Disyorkan bagi satu unit pembungkusan secara umumnya berat bersih yang dibenarkan tidak melebihi 30 kilogram. Kaedah pembungkusan berbeza antara pasaran tempatan dengan pasaran eksport. Bagi pasaran tempatan buah nanas dimasukkan dalam bakul. Bagaimana pun bagi pasaran eksport disyorkan nanas MD2 dimasukkan didalam kotak berukuran 21” X 16” x 5” dengan berat 10 kilogram satu kotak. Pembungkus yang disyorkan adalah jenis CFB Teleskopik atau Polisterina. Plastik polisterina PE dengan ketebalan 0.008 mm digunakan untuk menyarung bahagian jambul. Buah boleh disusun dalam kotak yang sama secara melintang atau menegak. Penyatuan kotak yang berisi buah nanas MD2 dengan menggunakan pellet digalakkan bagi mempercepat proses pemunggahan.

Kotak pembungkus ini perlu dilabel yang menyatakan keterangan tentang hasil seperti nama buah dan varieti, tarikh, berat bersih (kg), gred, saiz, nama dan alamat pengeluar, perkataan ‘Produce of Malaysia’ dan bilangan buah mengikut peraturan didalam Akta FAMA dan antarabangsa. Kotak pembungkusan yang berisi buah nanas perlukan pengendalian penyimpanan yang betul sebelum dihantar kedestinasi atau sebelum proses pengangkutan. Ia juga bertujuan untuk menunggu lokasi penghantaran dan mencukupkan kuantiti penghantaran. Buah nanas ini perlu disimpan didalam bilik sejuk dengan suhu dikawal antara 10 - 15 Celcius dengan paras kelembapan bandingan antara 80 - 85%. Susunan kotak dalam setor penyimpanan boleh mengikut 2 x 2 atau 3 x 3. Perlu diingatkan dimana jangka masa terbaik buah nanas untuk dipasarkan adalah 5 hari selepas menuai untuk pasaran domestik. Bagaimana pun untuk pasaran eksport ia boleh dianggap masih segar dalam masa 2 minggu. Susunan buah nanas bagi pengangkutan pasaran tempatan sekitar 1,200 biji dalam satu lori dengan jumlah berat sekitar 1.4 metrik tan. Ada beberapa perkara perlu dilakukan semasa pengangkutan ini seperti ia tidak boleh kena hujan atau basah dan apabila berlaku perlu dikeringkan dengan segera. Sebaiknya buah nanas perlu dikendalikan dengan berhati-hati dan cermat kerana ia mudah cedera jika keadaan jalan kurang baik atau jarak yang agak jauh. Perlu juga dipastikan kotak penyimpanan perlu sesuai dengan buah nanas. Terdapat juga isu dimana jika ada buah yang masak didalam unit pembunglusan akan mempengaruhi proses pemasakan buah nanas yang mentah. Peratus kerosakan buah nanas dalam proses penghantaran kendalian ekonomik untuk pasaran tidak melebihi 8 - 10% dalam satu-satu lot. Pengudaraan adalah sangat penting semasa penghantaran diatas lori. Berlainan pula dengan buah nanas untuk ekdport yang di susun semua kotak didalam kontena yang ada sistem kawalan suhu. Buah nanas MD2 akan tahan lama didalam kontena sehingga 14 hari sebelum sampai kepada pengguna jika semuanya dalam keadaan terkawal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH NANAS...DAH MATANG DITUAI...
PERLU DIGREDKAN... IKUT PIAWAI...
DI RAWAT BERSIH... KOTAK SESUAI...
PASARAN ... KE NEGARA PELBAGAI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...