KERABU merupakan sejenis makanan tradisional yang kini semakin popular kerana ia berkhasiat dan dianggap sebagai sejenis kuliner makanan sihat. Apabila menyebut perkataan 'kerabu' mungkin ramai yang lebih mengenali 'Nasi Kerabu' pula yang sangat popular di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan. Nasi Kerabu kini ada dijual dimana-mana seperti di pasar malam, pasar tani, gerai tepi jalan, restoren, hotel dan sebagainya. Walau pun penulis blog kurang gemar makan nasi kerabu yang ada dibubuh budu akan tetapi kalau yang tidak ada budu boleh menjamahnya juga. Penulis blog lebih suka makan nasi putih dengan kerabu yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Terdapat berpuluh resepi makanan kerabu ini bergantung kepada bahan asas yang digunakan serta bahan campuran lain yang dicampurkan didalamnya. Pada penulis blog memang sejak zaman kanak-kanak lagi sudah dihidangkan dengan kerabu pucuk daun ubi kayu yang sering disediakan untuk makan tengahari atau pun semasa majlis jamuan diperingkat kampong di Muar, Johor dahulu. Bagaimana pun kini masih dapat menikmati makanan kerabu ini yang dibuat sendiri dirumah dengan menggunakan daun ubi yang ditanam dikawasan rumah. Memang sungguh enak makan kerabu dengan nasi putih sahaja tanpa laukpauk lain. Paling tidak pun makan kerabu dengan ikan masin bulu ayam memang sungguh nikmat. Ada sesetengah restoren yang menghidangkan menu kerabu sebagai hidangan makan tengahari dan antara jenis kerabu yang popular adalah kerabu daun ubi, kerabu kacang botor dan juga kerabu perut dan banyak lagi. Proses menyediakan makanan kerabu juga mudah asalkan mempunyai bahan mentah yang mencukupi dan kemahiran membuatnya. Makanan kerabu amat berkhasiat kerana ia kaya dengan serat dan vitamin serta banah mirenal lain. Artikel menarik dalam blog "Anim Agro Technology" petang Khamis ini saya menulis beberapa resepi mengenai makanan kerabu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.
(4) Kerabu Pegaga
Kerabu Pegaga (Centenlla asiatica Linn) adalah antara jenis kerabu yang sering dibuat untuk hidangan makan tengahari dirumnah atau pun direstoren. pegaga adalah tumbuhan yang sering dimakan sebagai ulam mentah dimana ia memang dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Pegaga ini mudah dibeli dengan harga murah atau ramai kalangan pembaca yang mungkin ada menanamnya sendiri. Saya ada banyak menusli mengenai tanaman pegaga dalam blog ini (Sila klik disini). Bagi membuat kerabu pegaga disediakan bahan iaitu 1 ikat pegaga (lebih kurang segengam) yang dihiris, 1 ikat ulam raja yang dihiris, 4 ulas bawang merah yang ditumbuk, 1/2 sudu makan lada hitam biji di tumbuk, Cili padi (ia mengikut tahap kepedasan sendiri kalau tidak mahu pun boleh) yang perlu ditumbuk, santan pekat (lebih kurang dalam sebiji kelapa), 3-4 sudu makan kelapa parut goreng, 3-4 ekor isi ikan selayang (bakar atau rebus), 3-4 biji limau nipis (di perah ambil jus) serta bahan garam dan gula secukup rasa. cara memasak dengan memanaskan santan dengan bahan tumbuk sampai mengelegak. Tambah sedikit air tapi jangan sampai berkuah. Padamkan api.(panaskan santan bagi tujuan untuk kerabu tahan lama dan tak cepat basi. Keudian disatukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Boleh ditambahkan santan yang dimasak tadi juga. Sebaiknya kerabu pegaga ini mesti memberikan rasa lemak, masin, manis dan masam. Biar seimbang rasa baru sedap dan ia sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
(5) Kerabu Jantung Pisang
Makanan kerabu jantung pisang adalah menggunakan jantung dari pokok pisang (Musa spp) yang sesuai. Makanan ini memang antara jenis makanan yang eksotik kerana semakin ramai genarasi baru yang tidak kenal akan makanan kerabu jantung pisang ini. Kerabu ini juga mudah disediakan, murah dan berkhasiat. Bagi menyediakannya diperlukan bahan iaitu Jantung Pisang, 1kg kerang, Tauge, Cili padi, Cili merah, belacan secukupnya, sedikit kerisik, santan pekat, gula dan garam secukup rasa. Bahan lain diperlukan adalah bawang merah kecil, beras yang digoreng tanpa minyak yang di tumbuk halus serta limau kasturi secukupnya. Cara memasaknya dengan bahan kerang dicuci bersih dan direbus. Bahan penting iaitu jantung pisang juga direbus lembut dan tauge dicelur hingga agak lembut kemudian diangkat dan toskan. Seterusnya tumbuk cili padi, cili merah dan belacan hingga lumat. Sediakan mangkuk dan dimasukkan jantung pisang yang dihiris, tauge, bahan tumbuk, santan pekat, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. Seterusnya dimasukkan kerang, bawang merah kecil yang dihiris dan juga beras goreng dan digaul lagi. Perahkan sedikit limau kasturi untuk kerabu tahan lama dan tidak basi dan ia sedi untuk dihidangkan dan dinikmati.
(6) Kerabu Pucuk Paku Kampong
Kerabu Pucuk Paku merupakan makanan kegemaran penulis blog dikampong semasa zaman remaja dahulu di Johor. Ini kerana memang ada banyak tumbuhan pucuk paku dikawasan keliling rumah dikawasan parit dan tanah gambut. Terdapat beberapa jenis pucuk paku yang sesuai untuk dibuat kerabu seperti Paku Pakis Kampong dan Paku Pakis Midin yang berlainan rasanya. Bagi membuat kerabu ini diperlukan bahan iaitu 2-3 ikat pucuk paku, 1 biji santan kelapa yang perlu dibahagi dua (separuh untuk menggoreng dan separuh diperah ambil santan), 4 ulas bawang merah, 1 sudu kecil lada hitam, 3 ekor ikan selayang rebus, 1/2 sudu makan garam, 1 1/2 sudu makan gula serta sedikit air untuk merebus pucuk paku. Cara menyediakannya dengan memanaskan air sehingga mendidih. Kemudian dimasukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan. Bagi bahan kelapa bahagikan dua dimana separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Baki kelapa separuh lagi per;u digoreng tanpa minyak (sangai) sehingga warnanya menjadi kekuningan ( jadikan kelapa goreng). Kemudian di tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus dan diketepikan. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula. Seterusnya dimasukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan secukup rasa dimana ada kala bukan semua yang dimasukkan mengikut selera memasing tapi yang penting agak lembap. Pada penulis blog ianya lebih enak jika kerabu ini agak sedikit basah. Masukan dalam mangkuk untuk dihidangkan dengan nasi putih. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN KERABU ... BANYAK JENISNYA...
MUDAH DISEDIA...MEMANG ENAK RASANYA...
MAKANAN BERKHASIAT... KAYA SERATNYA...
BACA ARTIKEL.. SEGERA BUAT UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1443Hijrah)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.