Support My Blog

Saturday, March 19, 2022

STATUS BUAH MENGKUDU TERKINI

BUAH MENGKUDU
(Morinda citrifolia) meru[akan sejenis buah yang didakwa bukan buah sebarangan oleh banyak pakar makanan apabila ia pernah menjadi topik hangat untuk mengatasi masaalah kanser. Pernah jus mengkudu menjadi produk minuman yang dijual dengan harga cukup tinggi semasa kemuncak promosi jus dari buah mengkudu ini sedang digilai ramai pengguna. Maka ramai pula petani yang tergila-gila menanam pokok mengkudu di Malaysia waktu itu (sekitar tahun 1998 - 2000). Memang mudah untuk menanam pokok mengkudu kerana ia merupakan pokok yang lasak dan boleh dikatakan tiada serangga perosak dan penyakit yang perlu dihadapi. Bagaimana pun apabila banyak buah yang dihasilkan dilaporkan 'tiada' pembeli pula atau harga ditawarkan adalah rendah menjadikan ramai petani membiarkannya sahaja. Penulis blog melihat pulohan ekar kebun mengkudu di Mersing dan Segamat waktu itu dibiarkan begitu sahaja dan ramai menebangnya kemudian. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai pokok dan buah mengkudu dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Bagaimana pun pada tahun 2022 ini jus mengkudu sudah kurang dibicarakan dikalangan pengguna. Ada beberpa berita dari negara jiran dimana jus mengkudu digunakan dalam usaha untuk elakkan daripada serangan virus covid19.  Apa pun memang ada banyak laporan menyatakan dimana buah mengkudu juga elok dijadikan jus untuk dimanfaatkan. Ia didakwa selain dapat menjana tenaga bagi tubuh badan, dimana bahan serat (polisakaride) dan protein yang ada terkandung di dalam buah mengkudu juga berfungsi sebagai sebatian yang berupaya mengawal penyakit kencing manis. Apa pun dalam blog "Anim Agro  Technology" pada malam Sabtu ini saya menulis beberapa fakta terkini mengenai mengkudu seperti dilaporkan dalam beberapa media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Di Malaysia walau pun masih ramai yang ada menanam dan memproses buah mengkudu akan tetapi agak kurang diwar-warkan seperti masa dulu. Apa pun faktanya buan yang semakin kurang dikomersialkan masih ramai generasi muda yang kurang atau tidak tahu bahawa buah ini mengandungi banyak khasiat. Dilaporkan dimana walau pun penampilannya kurang 'menggoda' adalah ternyata banyak manfaat buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia untuk kesihatan yang mungkin pembaca blog mungkin tidak pernah tahu. Kalau masa dahulu di kampung-kampung dimana buah ini sering ditanam dan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja. Mungkin juga buah mengkudu yang berwarna hijau kekuningan yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian dek mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya adalah hanya segelintir daripada pengguna yang  memanfaatkannya dengan menjadikannya jus atau suplemen makanan yang diusahakan oleh pengusaha kecil. Adakah pembaca tahu dimana tahukah anda bahawa masyarakat Barat sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhan semulajadi ini bagi mendapatkan 1,001 manfaatnya. Penulis blog beberapa kali merujuk kepada laporan media dimana secara saintifik daripada laporan oleh pakar dan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya. Salah satu laporan dimana pada tahun 2008 apabila FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010 FRIM meneruskan untuk mereka menyelidik potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek iaitu Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior FRIM. Bagi Pegawai Penyelidik, Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM, Abdul Rashid Li dapati dimana hasil kajian dijalankan iaitu kandungan sebatian polisakarida atau serat larut air tinggi di dalam buah mengkudu.

Hasil kajian mendapati dimana semasa dijalankan analisa dimana ada sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kadar kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain. Sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus didalam makmal yang diberi dos berlebihan parasetamol. Hasil daripada penyelidikan itu didapati juga buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi. Dilaporkan melalui ujian renang paksa atau force swim test, tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan. Penggunaan jus mengkudu juga dinasihatkan agar jangan berlebihan. Menurut saintis Abdul Rashid dimana susulan hasil penyelidikan sebatian polisakarida mengkudu sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah dimana pihaknya berjaya untuk mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk A Medicinal Composition. Kini hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC. Sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara. Jika ada pengguna mahu memanfaatkan buah dengan kesan terbaik hendaklah dibuat diproses di dalam bentuk jus daripada buah masak yang segar.

Kepada mereka yang belum pernaah ujirasa jus mengkudu akan mendapati dimana rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan untuk diminum. Adalah disarankan juga jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan seperti jus limau, jus mangga, jus durian belanda dan sebagainya. Penulis  blog suka minum jus mengkudu dengan jus buah belimbing dahulu. Pembaca blog dan pengguna baru bagaimana pun perlu berjaga-jaga kerana di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein adalah dilaporkan buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti Anthraquinone, Iridoid dan Sterol tumbuhan. Dilaporkan walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut akan tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini juga boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi. Disyorkan agar semua yang mengambil jus buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. beberapa fakta mengenai 10 manfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik untuk digunakan ternasuk ia mampu merawat artritis, menurunkan risiko gout, meningkatkan tenaga dan juga melembapkan kulit. Selain itu menafaat jus mengkudu termasuk ia mampu melawan penuaan, merawat kerengsaan kulit kepala dan juga paling popular adalah kemampuannya untuk mengelakkan kanser. Buah mengkudu yang diambil juga didakwa mampu untuk meningkatkan kekebalan jangkitan, mMengurangkan stres dan juga mampu merawat demam. Penulis blog dapati dimana jus mengkudu mempunyai bau tengit dan menjadi tugas pula untuk mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa bagi tujuan untuk memudahkan ia untuk diminum. Produk jus mengkudu ini ada dijual secara online masa kini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!.
POKOK MENGKUDU... JUS JADINYA...
MUDAH DITANAM... BANYAK BUAHNYA...
BANYAK MANAFAAT... SIHAT JADINYA...
BAU TAK ENAK...MINUM UBAH CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandaraya Melaka, Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1443H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...