Support My Blog

Sunday, March 20, 2022

POKOK DUIT-DUIT DAN KISAHNYA

KISAH POKOK DUIT-DUIT
(Pyrrosia piloselloides) agak jarang dilaporkan didalam media tempatan. Pada penulis blog yang telah mengenali tumbuhan ini telah menulis kisahnya dalam blog ini pada pautan berikut (Sila klik disini). Pokok duit-duit merupakan sejenis tumbuhan parasit dari keluarga PAKIS dan hidup menumpang pada batang pokok. Bacaan daripada laman sesawang menunjukkan pokok duit-duit merujuk kepada yang saya sebutkan diatas dan satu lagi ialah tumbuhan Epiprrenum aureum atau Pokok Duit-duit Cina. Kedua-dua tumbuhan iai agak berbeza dari segi marfologi dan taksonominya. Foto diatas adalah Pokok Duit-duit pada pokok Nangka (Aterocarpus heterophyllum) di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Temerloh, Pahang kelolaan Jabatan Pertanian. Tumbuhan ini banyak tumbuh pada dahan pokok nangka yang berlumut dan menjadi parasit kepada pokok tersebut. Menurut Pengurus Stesen En Roslan, Pokok Duit-duit ini menyebabkan dahan pokok nangka akan mati kalau dibiarkan tumbuh. Kawalan dijalankan dengan kaedah manual iaitu dengan membuangnya iaitu menarik keluar dan musnahkanya setiap 6 bulan. Tidak ada kawalan secara kimia boleh dijalankan. Pakar Rumpai Jabatan Pertanian juga menyatakan belum ada cara kawalan yang lebih baik dari cara manual. Pokok Duit-duit merupakan sejenis tumbuhan parasit yang mempunyai batang tang menjalar pada Batang Pokok Besar dan akar yang melekat pada kulit batang kayu. Akarnya akan merebak dipermukaan batang kayu dengan kuat dan sebahagian akan masuk dalam kambium kulit kayu untuk menyerap makanan dan air daripada pokok. Ia sesuai tumbuh dikawasan dahan yang lembab, redup atau panas dengan ada sinaran matahari. Daunnya berbentuk bulat, lonjong atau bujur berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang. Susunan daunnya bersilang atau bertentang bergantung kepada spesis. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta kisah mengenai tumbuhan duit-duit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Portak berita bharian.com.my dengan artikel bertajuk 'Pokok duit-duit bukan penyebab Leukemis' wajar dijadikan bahan rujukkan artikel ini. Berita daripada Kuala Lumpur ini melaporkan dimana semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau 'Ong' dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM). Apa pun nama saintifik pokok tersebut bukan sama dilihat marfologinya dengan yang diatas kerana pokok ini mempunyai nama botani sebagai Zamioculcas zamiifolia atau singkatannya 'ZZ'. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan tahan kemarau dan sesuai ddilettakan didalam rumah yang kurang cahaya matahari. Bagaimana oun ia merupakan tumbuhan beracun yang perlu dielakkan daripada capaian kepada kanak-kanak terutamanya. Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh mendakwa sehingga kini masih tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan. Dia laporkan setakat ini mash tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan. Oleh itu perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak dakwanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka iaitu ketika diminta mengulas isu terbabit. DIa juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.


Kisah yang bertajuk 'Pokok Menari Tetapi Beracun' dalam portak hmetro.com wajar dirujuk. Ada banyak jenis tumbuhan yang mempunyai ciri menari untuk tujuan deko. Memilik kediaman dengan taman menarik tentunya menjadi impian setiap dari kita. Tidak kira kediaman dari jenis atas tanah atau pangsapuri. Jika kediaman bertanah pastinya laman rumah menjadi tempat untuk dihiasi dengan landskap tumbuh-tumbuhan menghijau. Begitu juga dengan kediaman bertingkat, kebanyakkannya akan menjadikan ruang balkoni sebagai taman mini. Dalam usaha menzahirkan keunikan itu ramai dalam kalangan kita akan berkunjung ke nurseri tanaman atau lot perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis tumbuhan hidup sebagai koleksi hiasan paling menarik. Kebanyakan sekadar memilih tanaman yang menarik,menepati cita rasa rekaan landskap diimpikan dan mudah dijaga selain mempunyai jangka hayat hidup yang lama. Namun di sebalik keghairahan kita membeli pelbagai tanaman itu, berapa ramai pula yang melihat pada sisi lain iaitu sejauh manakah iq selamat untuk menghiasi ruang halaman atau balkoni kediaman anda? Harus dinilaikan juga, adakah tumbuhan itu menghasilkan batang yang panjang, menghasilkan duri, mengeluarkan bau kurang enak dan beracun?. Jadi untuk beberapa minggu berikutnya saya akan berkongsi berkenaan beberapa tanaman menarik untuk dijadikan hiasan, tapi sebenarnya mempunyai racun yang boleh memudaratkan anda dan keluarga. Berikut beberapa tanaman hiasan yang seelok-eloknya dielakkan untuk dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Antaranya seperti pokok duit-duit sebagai sejenis tanaman tropika ini berasal dari Afrika dan dikatakan boleh menyebabkan gatal pada bahagian tubuh terutama kulit sensitif. Dikatakan juga dimana tanaman ini mempunyai racun pada bahagian tertentu. Pada kebiasannya pokok duit-duit dijadikan hiasan meja sudut luar atau dalam rumah. Ini kerana daunnya yang tebal dan berkilat menghasilkan sudut pandangan menarik. Namun harus berwaspada kerana tumbuhan ini antara pokok hiasan beracun yang boleh membahayakan kesihatan. Seterusnua adalah jenis pokok keladi dieffenbachia yang merupakan tanaman hiasan ini sering kelihatan menghiasi taman dan bahagian dalam rumah. Jika diteliti dengan mikroskop, ia mempunyai hablur kristal halus berbentuk jarum dari ‘kalsium oksalate.’ Apabila daun ini mungkin dimakan tanpa sengaja oleh anak, ia boleh menyebabkan rasa ‘mencucuk’ lidah, mulut membengkak dan air liur meleleh. Jika dalam keadaan teruk, mulut jadi kaku dan memudaratkan. Tumbuhan ini haruslah dijauhi dan dielakkan terutama bagi yang mempunyai anak kecil.

Kisah berkaitan juga ada diaporkan bertajuk 'Ketahui tarikan pokok hiasan' sesuai dirujuk. Kediaman atau premis perniagaan yang dihiasi tanaman semula jadi di negara kita sememangnya boleh menjadi penyeri dan mampu memberikan aura tersendiri kerana ia lebih nampak tenang serta mendamaikan. Apa pun sebelum ini, tular apabila ada dalam kalangan kita yang mula menjadikan aktiviti menghias kediaman dengan tumbuhan hidup di dalam pasu bagi mengisi waktu santai kerana 'terperangkap' di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebenarnya selain menanam pokok di dalam pasu, tumbuhan jenis menjalar juga mempunyai daya tarikan tersendiri. Apatah lagi, jika anda tinggal di kediaman jenis teres. Berkongsi mengenai tanaman pokok jenis menjalar, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Kompleks Pertanian Serdang, Muhamad Adli Salihin Samsudin berkata, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan daripada kategori menjalar ataupun melekat pada dinding. Jelasnya, selain memberikan elemen yang menarik kepada ruangan dekorasi di kawasan kediaman, ia juga mampu memberikan kesan yang unik. Dilaporkan terdapat dua kategori pokok hiasan daripada jenis itu iaitu memanjat di struktur yang disediakan khas seperti pergola ataupun gerbang dan juga jenis memanjat dan melekat di dinding. Memang terdapat pelbagai jenis pokok hiasan yang boleh ditaman dalam rumah. Kategori pokok memanjat di struktur khas seperti pergola dan gerbang yang biasa digunakan di negara kita seperti Pokok Akar Dani (Quisqualis indica), Pokok Kesidang (Vallaris glabra), Pokok Bunga Kertas (Bougainvilla spp), Pokok Kerawit (Artabotrys hexapetalus), Pokok Cissus (Cissus sicyoides), Pokok Markisa (Passiflora edulis), Pokok Bauhina (Bauhinia kockiana) dan Pokok Bunga Telang (Clitoria ternatea). Bagi kategori pokok melekat di dinding mempunyai sistem akar perekat yang mampu melekat dan tidak memerlukan sokongan untuk melekat seperti Pokok climbing fig (Ficus pumila), Pokok Monstera (Monstera spp) dan Pokok Duit-duit (Epipremnum aureum). Biarpun berada dalam dua kategori berbeza namun teknik penjagaannya sama iaitu dengan membuang daun yang kering dan berpenyakit, membuang dahan atau ranting yang patah dan kering dan juga membuang atau pangkas pokok yang boleh mengganggu pemandangan. Seterusnya perlu melakukan pembajaan tiga hingga empat bulan sekali sert siraman jika perlu dan juga membuat kawalan serangan penyakit dan serangga perosak dengan terkawal. Dalam masa yang sama orang ramai boleh mempraktikkan aktiviti penyelenggaraan tanaman hiasan dengan menggunakan peralatan perkebunan yang difikirkan bersesuaian dan juga pakai sarung tangan selain pelitup muka sebagai langkah pencegahan kendiri. Jika menggunakan racun serangga untuk mengawal serangan perosak dan penyakit, pastikan menggunakan dos yang disyorkan dan tidak berlebihan. Selain itu amalkan untuk membersihkan kawasan selepas melakukan aktiviti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK DUIT-DUIT... BANYAK JENISNYA...
DIDALAM KEBUN... BULAT DAUNNYA..
UNTUK DEKO PULA... BERACUN IANYA...
JADIKAN HIASAN... CANTIK LANDSKAPNYA...

By,
M Anem,
Agriculturist Expert,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...