KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, November 3, 2011

POKOK DUIT-DUIT

POKOK DUIT-DUIT (Pyrrosia piloselloides) merupakan sejenis tumbuhan parasit dari keluarga PAKIS dan hidup menumpang pada batang pokok. Bacaan daripada laman sesawang menunjukkan pokok duit-duit merujuk kepada yang saya sebutkan diatas dan satu lagi ialah tumbuhan Epiprrenum aureum atau Pokok Duit-duit Cina. Kedua-dua tumbuhan iai agak berbeza dari segi marfologi dan taksonominya. Gambar diatas adalah Pokok Duit-duit pada pokok Nangka (Aterocarpus heterophyllum) di Ladang Buah-buahan FELDA Sg Tengi, Selangor.  Tumbuhan ini banyak tumbuh pada dahan pokok nangka yang berlumut dan menjadi parasit kepada pokok tersebut. Menurut Pengurus Stesen En Roslan, Pokok Duit-duit ini menyebabkan dahan pokok nangka akan mati kalau dibiarkan tumbuh. Kawalan dijalankan dengan kaedah manual iaitu dengan membuangnya iaitu menarik keluar dan musnahkanya setiap 6 bulan. Tidak ada kawalan secara kimia boleh dijalankan. Pakar Rumpai Jabatan Pertanian juga menyatakan belum ada cara kawalan yang lebih baik dari cara manual. Artikal hari ini saya menulis teknologi mengenai pokok duit-duit untuk bacaan umum.


Pokok duit2 di FELDA Sg Tengi
Pokok Duit-duit merupakan sejenis tumbuhan parasit yang mempunyai batang tang menjalar pada Batang Pokok Besar dan akar yang melekat pada kulit batang kayu. Akarnya akan merebak dipermukaan batang kayu dengan kuat dan sebahagian akan masuk dalam kambium kulit kayu untuk menyerap makanan dan air daripada pokok. Ia sesuai tumbuh dikawasan dahan yang lembab, redup atau panas dengan ada sinaran matahari. Daunnya berbentuk bulat, lonjong atau bujur berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang. Susunan daunnya bersilang atau bertentang bergantung kepada spesis . 


Tangkai nangka dan daun duit-duit
Pokok Duit-duit atau dipanggil juga sebagai DRAGON SCALE merupakan sejenis tumbuhan 'epiphyte fern' yang mempunyai akat diudara dan mampu meyerap air ketika hujan. Kaedah pembiakan adalah dengan ujudnya struktur Gameophytes berwarna hijau dengan dibahagian tepinya mengeluarkan spora yang berwarna coklat. Spora yang matang ini akan kering dan apabila ditiup angin maka spora akan terbang atau jatuh kebahagian dahan tumbuhan yang lain. Spora yang melekat ini apabila kena hujan atau cuaca lembab akan tumbuh dan membentuk pokok duit-duit yang baru. Saya dapati kadar serangan pokok duit-duit di kawasan tanaman nangka ini sehingga melebihi 80% daripada keseluruhan pokok. Agak sukar menghapuskan terus kerana spora yang terdapat dalam ladang adalah banyak.


Kegunaan pokok duit-duit pada masa kini belum dimenafaatkan lagi. Bagaimana pun saya menjumpai beberapa pemilik nurseri bungaan yang sengaja menanam pokok duit-duit pada batang kayu reput atau batang kelapa atau pada pokok hiasan ornamental yang lain. Pokok ini akan kelihatan cantik jika tumbuh dengan susunan yang diatur pada batang kayu hiasan dan digantung di hadapan beranda rumah. Harga satu set batang kayu dengan pokok duit-duit mencecah lebih RM 25.00 satu dan jika ada pokok pakis/fern mampu mencecah ratusan ringgit (Ala Bonsai). Kajian mengenai habitat, agronomi, kegunaan, kaedah kawalan dan khasiat pokok duit-duit perlu dibuat dengan lebih banyak. Mana tahu satu hari nanti yang tumbuhan ini sangat berfaedah kepada kehidupan manusia?


TUMBUHAN PARASIT...DUIT-DUIT NAMANYA...
HIDUP MENUMPANG..PADA DAHAN UTAMANYA....
SUKAR DIHAPUS..MANUAL CARA KAWALANYYA...
MENGURANGKAN HASIL...ITULAH AKIBATNYA...




Artikel berkaitan:
1. POKOK KEKABU (KLIK DISINI)
2. POKOK PALAS (KLIK DISINI)
3. POKOK KADOK (KLIK DISINI)
4. POKOK TURI (KLIK DISINI)


By,
M Anem
FELDA Sg Tengi, Selangor.
Malaysia
(6 Zulhijjah 1432H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...